"Keputusan itu hanya membabitkan satu pilihan raya kecil seperti pilihan raya kecil lain sebelum ini. Ia bukan perkara yang boleh melemahkan BN kerana kita tidak kehilangan 20 atau 30 kerusi. Oleh itu, saya berasakan kita masih boleh bergantung harap kepada Umno serta BN kerana kita menang dalam pilihan raya umum lalu. Kita hanya tidak mendapat majoriti dua pertiga."
-Abdullah Badawi, Presiden UMNO, 27 Ogos 2008
---------------------------------------------------------------------------------
"Tak tempang dari segi amalan demokrasi di negara ini. Kita bersedia buat perubahan yang perlu supaya dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN."
-Najib Razak, Timbalan Presiden UMNO, 26 Ogos 2008
----------------------------------------------------------------------------------
"Saya kira kita (BN) perlu mengambil ini (keputusan) sebagai isyarat bahawa rakyat tidak menerima penjelasan pucuk pimpinan kita, seolah-olah mereka sudah membuat keputusan bahawa BN tidak akan menang."
-Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, 26 Ogos 2008
----------------------------------------------------------------------------------
"Selepas ini Umno dan BN akan membuat bedah siasat bagi mengenal pasti punca kegagalan kita menawan kerusi berkenaan. Kita perlu membuat kajian bagi mengenal pasti punca kekalahan ini... kita kalah bukan kerana orang tak sokong, tetapi mungkin ada faktor lain termasuk strategi Anwar sendiri."
-Mohd Ali Rustam, Naib Presiden UMNO, 27 Ogos 2008
----------------------------------------------------------------------------------
"Tidak, saya tidak jangka lain, saya memang jangka dia menang...itu kampung dia. Dia adalah orang tempatan."
-Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, 27 Ogos 2008
----------------------------------------------------------------------------------
"Ini mesej (pengundi) kepada Pak Lah. Tapi saya percaya dia akan tutup telinga dan mata dan akan salahkan sabotaj. Mesej bulan Mac tak faham. Mesej kali ni pun kalau tak faham, BN akan kalah teruk pada pilihan raya umum akan datang."
-Dr. Mahathir Mohamad, bekas ahli UMNO, 27 Ogos 2008
----------------------------------------------------------------------------------
"Saya masih wakil rakyat dan akan terus bekerja seperti biasa, bukan sahaja di Seberang Jaya, tetapi juga di dua lagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Permatang Pauh."
-Arif Shah Omar Shah, Adun Seberang Jaya, 26 Ogos 2008
----------------------------------------------------------------------------------
"Bagi BN dan Umno, kami telah berusaha dan bekerja keras bagi mendapatkan kepercayaan serta keyakinan pengundi tetapi nampaknya takdir telah menentukan begitu dan kita terimalah apa yang telah ditakdirkan."
-Abdul Rashid Abdullah, Timbalan Pengerusi BN Pulau Pinang, 26 Ogos 2008
----------------------------------------------------------------------------------
"Jumlah undi yang diperolehi BN kurang daripada bilangan ahli-ahli Umno di kawasan (Parlimen) itu. Mustahil untuk disembunyikan: beliau (Abdullah Badawi) tidak memiliki lagi sekelumit kewibawaan yang perlu untuk mentadbir negara dari hari ke hari, apatah lagi mengatur arah baru yang kita semua perlukan untuk maju dalam dunia yang kompleks."
-Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang, 27 Ogos 2008
----------------------------------------------------------------------------------
"BN perlu menstruktur semula mekanisme tindakannya supaya parti itu tidak kehilangan sokongan pada masa akan datang."
-Dr. Teng Hock Nan, Naib Presiden Gerakan, 27 Ogos 2008
----------------------------------------------------------------------------------
"Ia tidak menjejaskan kepimpinan parti yang sedia ada, Pak Lah tetap ahli Parlimen Kepala Batas dan perdana menteri, Datuk Seri Najib tetap ahli Parlimen Pekan dan beliau tetap Timbalan Perdana Menteri."
-Ahmad Shabery Cheek, bekas ahli Semangat 46, 27 Ogos 2008
----------------------------------------------------------------------------------
"Sebenarnya BN perlu membuat analisis berhubung kekalahan itu dan mengambil langkah perlu untuk menangani sebarang kekurangan dan masalah yang kita hadapi, sama ada keputusan itu disbebakan isu harga minyak atau kita masih tidak sensitif terhadap suara rakyat."
-Wee Ka Siong, Setiausaha Pemuda MCA, 27 Ogos 2008
----------------------------------------------------------------------------------
"Secara peribadi saya sudah menjangka keputusan ini dan saya tidak terkejut dan saya fikir kita tidak patut terlalu memikirkan mengenainya."
-Syed Hamid Albar, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, 27 Ogos 2008
----------------------------------------------------------------------------------
"Kemenangan ini bukan suatu yang luar biasa, Barisan Nasional (BN) sudah pun menjangkakannya dan tidak terperanjat. Kalau BN yang menang, ini baru boleh dipanggil luar biasa."
-Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjung Karang, 27 Ogos 2008
----------------------------------------------------------------------------------
"Kita mesti hormat keputusan pengundi dan amalan demokrasi di negara ini memandangkan mereka anggap Anwar seorang pemimpin yang baik. Walau apa pun pandangan BN (Barisan Nasional), kita mesti menerima keputusan ini kerana ia dibuat oleh rakyat."
-Ong Ka Chuan, Setiausaha Agung MCA, 27 Ogos 2008
----------------------------------------------------------------------------------