Tun Dr. Mahathir: "Pak Lah Bohong!"
Label: Pilihanraya, Politik
dari tegap bertimpuh, baik rebah merempuh!
Label: Pilihanraya, Politik
Semalam saya ditegur oleh seorang teman lama, saudara Saiful Bukhari Azlan (kiri dalam gambar), mantan Timbalan Presiden (I) Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN sesi 2006/2007 di sebuah majlis ceramah di Subang Jaya.Label: Diari, Pilihanraya, Politik
Isu agama dan ras ini juga menjadi perdebatan hangat antara saya dengan ibu yang sedikit prejudis dengan calon bukan Islam. Saya menyatakan bahawa di kawasan kami sememangnya sudah tiada pilihan lain memandangkan ke semuanya calon yang bertanding merupakan calon bukan Islam. Jadi apa masalahnya? Ibu merenung saya dalam-dalam dan tersenyum. Saya kira beliau sudah mengerti apa saranan saya selepas itu.
Konflik memilih akan timbul dalam situasi seperti mana dialami oleh teman saya tadi yang keliru sama ada untuk memilih calon Islam dari parti pemerintah (yang diketahui korup dan khianat) atau calon bukan Islam (yang cukup tegas dalam menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebajikan rakyat) dari parti pembangkang. Saya kira Ustaz Hasrizal ada jawapan dan penawar kepada permasalahan ini.
Berikut saya petik sebahagian daripada pandangan Al-Ustaz berkisar tentang persoalan ini:
SOKONG ISLAM ATAU MUSLIM?
Berat soalan ini.
Jika anda menyokong ISLAM, bermakna anda menyokong PRINSIP. Islam sebagai prinsip menjulang keadilan, ketelusan, komitmen kepada perjanjian dan amanah, iaitu nilai-nilai yang didukung bukan sahaja di atas nama Islam, tetapi boleh juga tanpa nama Islam.
Akan tetapi jika anda menyokong MUSLIM, maka anda mempertimbangkan identiti calon, dan bukan prinsip serta integritinya. Jika anda mengundi seorang calon hanya kerana dia itu MUSLIM… anda tidak berlaku adil, anda pengamal ASABIYYAH.

"Rasulullah SAW ditanya, apakah dianggap 'Asabiyyah jika seseorang itu mengasihi kaumnya? Baginda SAW menjawab, "TIDAK, AKAN TETAPI APA YANG DIANGGAP SEBAGAI 'ASABIYYAH ITU IALAH APABILA SESEORANG ITU MENOLONG KAUMNYA ATAS KEZALIMAN!" [Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, hadith Wathilah bin al-Asqa']
Sama ada seseorang itu diundi kerana dirinya seorang Melayu, atau semata-mata dirinya seorang Muslim, sedangkan pengundian itu bakal mengekalkan kezaliman pasukan yang diwakilinya ke atas sekalian rakyat, maka pemilihan itu adalah ASABIYYAH, tidak mungkin sama sekali boleh dilihat sebagai suatu pilihan yang disandarkan kepada mana-mana prinsip Islam.
Islam menjulang keadilan dan menentang kezaliman.
Keadilan harus dipertahankan, biar pun dengan mempertahankan seorang bukan Muslim.
Kezaliman mesti dibanteras, biar pun pelakunya adalah seorang Muslim, hatta bapa atau anakmu sendiri.
Baca selanjutnya di sini.
Label: Agama, Pilihanraya, Politik
Label: Diari, Kampus, Multimedia

Label: Pilihanraya, Politik, Tokoh

Label: Pilihanraya, Politik, Tokoh
Label: Diari, Pilihanraya, Politik
Label: Antarabangsa, Pilihanraya, Politik, Semasa
"Beliau (Abdullah Badawi) patut menjadi Perdana Menteri untuk satu penggal dan kemudian Najib patut ambil alih."Label: Pilihanraya, Politik, Semasa
Label: Pilihanraya, Politik, Semasa
"Saya yakin Kelantan akan terus menang dan saya bergantung pada Allah, tetapi yang menjadi masalahnya kerana kami berdepan dengan orang yang tak tahu undang-undang, tak tahu undang-undang macam Orang Utan; Orang Utan tak reti agama dan tak reti undang-undang."Label: Pilihanraya, Politik, Semasa
Label: Pilihanraya, Politik, Semasa
Tokoh muda Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin yang dijangka akan berentap melawan Khairy Jamaluddin dalam Pilihanraya Umum akan datang amat mengharapkan bantuan dana dari teman-teman untuk gerak kerja pilihanraya. Buat sesiapa yang prihatin akan nasib negaranya dan tidak ingin melihat kepimpinan negara ini jatuh ke tangan individu yang korup dan khianat, bolehlah menyalurkan sumbangan anda ke akaun khas seperti tertera di bawah;Label: Pilihanraya, Politik, Semasa
Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya (SPR), Abdul Rashid Abdul Rahman telah pun mengumumkan penetapan tarikh penamaan calon serta pembuangan undi sempena Pilihanraya Umum Ke-12 ini iaitu pada 24 Februari dan 8 Mac. Label: Pilihanraya, Politik, Semasa


Label: Demokrasi, Pilihanraya, Politik
"Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok tak ada pembubaran Parlimen."
Pun begitu, apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya. Ternyata Abdullah Badawi berbohong. Sekitar jam 12.35 tengah hari tadi, bertempat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Abdullah mengumumkan bahawa Parlimen secara rasminya dibubarkan hari ini:
"Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini."
Kenapa perlu berbohong Pak Lah? Jika mahu membikin kejutan sekalipun, janganlah sampai menjatuhkan martabat anda dari seorang pemimpin kepada seorang pembohong. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana pula nanti ketika berkempen untuk pilihanraya, apakah Abdullah akan terus mengamalkan sikap sebegini.
Barangkali Abdullah ingin kelihatan santai dan terus membuat banyak pihak tertanya-tanya serta berspekulasi tentang tarikh sebenar pembubaran Parlimen. Bayangkan, laporan akhbar milik Umno-BN hari ini melaporkan bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan hari ini namun laporan tersebut hanya bertahan kesahihannya sehinggalah jam 12.35 tengah hari tadi.
Apa yang masih menjadi tanda tanya sehingga kini ialah penetapan tarikh penamaan calon dan hari mengundi yang masih belum lagi diketahui. Saya difahamkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bakal mengumumkannya esok. Sama-sama kita nantikan.
Tiga video di atas merupakan kemaskini terkini berhubung dengan percubaan polis untuk menghalang majlis ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Khidmat Masyarakat PKR-PAS Parlimen Kelana Jaya di Flat Desa Mentari, Sungei Way baru-baru ini. Saksikan dan nilailah sendiri betapa demokrasi di negara ini sudah mati dicabuli oleh pemerintah Umno-Barisan Nasional.
Label: Demokrasi, Multimedia, Politik
Buat semua teman-teman berbangsa Cina dan seluruh rakyat Malaysia, Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai! Semoga Tahun Baru Tikus menjanjikan lebih kemeriahan dan kegembiraan buat semua.
Buku Islam & Pluralisme yang saya selesai khatam tahun lalu kini diisytihar haram oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN). Pengharaman buku ini turut disertai 10 buah buku lain, lapan daripadanya ditulis dalam bahasa Inggeris. Rasional pihak KKDN berhubung pengharaman ini ialah dengan alasan 'fakta yang terkandung dalam buku berkenaan menyeleweng daripada ajaran Islam'.