Khamis, Januari 31, 2008
Usah Baca Jika Tak Suka!
Ishak Baharom Dalam Kenangan
Rabu, Januari 30, 2008
Selasa, Januari 29, 2008
Din Merican: Masa Untuk Perubahan!
Kakitangan UNITEN Dilarang Baca Blog
Khamis, Januari 24, 2008
Menulis Dalam Bahasa Inggeris
Rabu, Januari 23, 2008
10 Tahun Selepas Reformasi
Isnin, Januari 21, 2008
Keanehan Menjelang Pilihanraya
Ahad, Januari 20, 2008
Sham Rais Bercakap Tentang Demonstrasi Baling 1974
Saya baru selesai mengikuti Bengkel Media & Penerangan anjuran Institut Kajian Dasar (IKD) di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam. Antara panel penceramah yang terlibat ialah bekas aktivis mahasiswa, Sham Rais serta bekas wartawan Malaysiakini yang kini bertugas di The Star, Fathi Aris Omar.
Pengisian slot bersama Fathi Aris lebih tertumpu kepada teknik serta kaedah penulisan yang baik manakala Sham Rais pula menurunkan ilmu serta pengalamannya dalam dunia aktivisme melalui kaedah menghasilkan propaganda yang berkesan.
Ketika sesi kudapan, Sham menceritakan pengalamannya semasa ikut serta menggerakkan demonstrasi besar-besaran pada Disember 1974 yang menyaksikan para mahasiswa berarak menyatakan protes atas nasib yang menimpa para petani yang menderita kebuluran akibat kemiskinan. Untuk mengikuti rakaman wawancara santai bersama Sham di tangga kecemasan hotel, boleh saksikannya melalui video di bawah.
Jumaat, Januari 18, 2008
Mahathir Mudah Lupa

Anak Patung Kayu
Khamis, Januari 17, 2008
Gifts From Pak Din
My First Lesson On Democracy
Selasa, Januari 15, 2008
Siasatan Klip Video Lingam: Haidar Diminta Tarik Diri
Pura, pada tahun 2000, telah meminda dakwaannya untuk memasukkan dakwaan bahawa Lingam telah menulis sebahagian daripada penghakiman bekas hakim Datuk Moktar Sidin dalam satu kes saman fitnah yang keputusannya memihak kepada Tan.Cadangan pindaan itu juga termasuk dakwaan bahawa Lingam mempunyai hubungan rapat dengan bekas Ketua Hakim, Tun Eusoff Chin apabila keluarga mereka bergambar bersama ketika bercuti di New Zealand pada Disember 1994.Apabila kes tersebut dibawa ke mahkamah rayuan, Haidar mendengarnya di Mahkamah Rayuan dan Shim mendengarnya di Mahkamah Persekutuan. Kedua-duanya memutuskan bahawa pindaan dalam pembelaan Pura dibuat dengan niat jahat dan menolok tuntutannya itu.-Malaysiakini, 14 Januari 2007
"Siasatan ini berbeza dengan sebuah perbicaraan. Persoalan mengenai kemungkinan berlaku berat sebelah (oleh suruhanjaya tersebut) lebih menekan dan standard (supaya dilihat tidak berat sebelah) adalah lebih tinggi.Pesuruhjaya siasatan ini merupakan penimbangtara tunggal. Mereka perlu meneliti petunjuk-petunjuk yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan kepada salah seorang daripada mereka. Ianya terpulang kepada pesuruhjaya berkenaan untuk memutuskan sama ada mahu menarik diri atau tidak."
Jumaat, Januari 11, 2008
Hadiah Dari Pak Din
Din Merican menghadiahkan saya dua buah buku tentang ikon revolusi Amerika Selatan, Ernesto Guevara. Satu daripadanya telah saya khatam, iaitu Cuba: By Korda, menampilkan koleksi istimewa foto-foto yang dirakam oleh Alberto Korda, jurufoto yang merakam imej klasikal Guevara sehingga menjadi fenomena di seluruh dunia.
Tuhan Manusia
Saya baru selesai membaca Tuhan Manusia, karya novelis Faisal Tehrani yang semakin diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Faisal melalui novel tersebut menyinggung apa yang disifatkannya sebagai "kesesatan" yang dibawa oleh aliran pluralisme dan liberalisme.Rabu, Januari 09, 2008
Nostalgia Belajar Demokrasi Di AS
Saya teruja mengikuti kempen pemilihan Presiden yang kini sedang rancak di Amerika Syarikat (AS). Tahun lalu, ketika beliau mengumumkan kesediaannya untuk memburu tempat ke White House, Barack Obama mulai disebut-sebut antara calon yang bakal mengembalikan wakil Parti Demokrat untuk kembali mendiami kediaman rasmi presiden AS itu.Mazhab Cinta
Selasa, Januari 08, 2008
Hendak Ke Mana Dengan Parti Mahasiswa Negara?
"PMN mengakui bahawa wujud keperluan untuk kerajaan memainkan peranan sebenar untuk mengambil tahu hak rakyat, dan pembangkag perlu memainkan peranan sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan. Maka apa perlu ‘dibadutkan’ pemerintah dan pembangkang? Bukankah kenyataan di atas bermaksud bahawa kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang perlu memperkemaskan dan menambahbaik keupayaan mereka demi memastikan hak rakyat terbela.Ini membuktikan bahawa ada ruang untuk rakyat menentukan hala tuju negara melalui kedua-dua entiti berkenaan. Sekiranya pemerintah gagal mainkan peranan, pembangkang boleh menawarkan sesuatu yang lebih realistik dan mampu meyakini rakyat agar ada alternatif yang lebih baik buat rakyat.Sememangnya tidak dinafikan, rentetan beberapa peristiwa di dalam negara sepanjang tahun 2007 memperlihatkan ada keinginan rakyat untuk melakukan perubahan. Dan telah pun terbukti ada pihak-pihak yang mampu menyediakan alternatif yang baik buat rakyat. Maka di mana kelompongan yang disebut oleh PMN?Kita tidak boleh menafikan, selagi mana-mana pertubuhan itu bergelar parti politik, maka akan ada strategi dan taktikal politik yang rencam. Baik Umno, PAS, mahupun KeADILan ada taktikalnya untuk terus survive dalam arena politik nasional. Hatta diluaskan skop merangkumi Parti Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia ataupun Parti Keadilan Pembangunan (AKP) di Turki, selagi mana mereka berdiri sebagai parti politik, maka tidak akan terlepas hatta sekelumitpun aktivisme mereka daripada taktikal politik. Yang membezakan hanya ideologi, samada nasionalis, demokrat, islamis, mahupun sosialis.Malah PMN sendiri pun, seandainya mereka berdiri sebagai parti politik yang sah, apakah mereka akan berupaya mengecualikan diri mereka daripada kerencaman politik yang serba mungkin dalam landskap politik Malaysia? Mahu menjadi ‘third force’selepas pemerintah dan pembangkang itu adalah dialu-alukan, tetapi dengan menubuhkan sebuah lagi parti politik khusus untuk mahasiswa, tidak saya lihat sebagai satu langkah yang realistik."
"Isfandy, a graduate from IIU, said the party would disregard the University and University College Act (UUCA) which prohibited students from participating in politics, claiming that the act was unconstitutional."
Apa Motif Sebenar Parti Mahasiswa Negara (PMN)?
Semalam, bertempat di pejabat ibu pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di Putrajaya, sekumpulan mahasiswa melalui satu sidang media telah mengumumkan penubuhan Parti Mahasiswa Negara (PMN). Parti yang ditunjangi oleh aktivis Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) ini berhasrat untuk meletakkan calon bebas di beberapa kerusi dalam pilihan raya umum akan datang atas alasan hilang kepercayaan pada parti-parti serta pemimpin politik di negara ini.
Menurut jurucakap PMN, Meor Ispandi Meor Azizan, parti tersebut menghimpunkan beberapa ratus pelajar dari pelbagai univerisiti tempatan yang mahu melihat perubahan dalam lanskap politik negara. Tegas beliau:
"Selama lebih 50 tahun lanskap politik Malaysia tidak berubah dan masih di takuk lama. Pertandingan dalam pilihan raya seolah-olah hanya antara golongan aristokrat dari parti memerintah atau parti-parti pembangkang yang mewarisi empayar politik daripada kaum kerabat mereka.
Arena politik negara masih menyaksikan pertembungan dua parti dominan yang masing-masing menghadapi masalah dalam tersendiri. Barisan Nasional dan pembangkang, terutama PAS, ibarat badut yang sentiasa bertelingkah sesama sendiri sedangkan rakyat terus tertindas. Perbincangan dan perbahasan kalangan mereka hanya tentang perkara remeh dan omong kosong berbanding isu yang relevan dan tentang kepentingan rakyat banyak."
Tambah beliau lagi, calon bebas dari kumpulan itu akan dipilih daripada kalangan graduan memandangkan kekangan Akta Universiti dan Universiti Kolej 1971 menghalang mahasiswa menyertai kegiatan politik.
Apakah ini petanda kebangkitan anak muda? Atau sekadar retorik kosong dan usaha meraih publisiti murah menjelang pilihanraya umum yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat ini. Saya sebetulnya ragu, apakah motif sebenar penubuhan PMN ini?
Sabtu, Januari 05, 2008
Membina Salasilah Keluarga
Jumaat, Januari 04, 2008
Skandal Seks: Siapa Pula Selepas Soi Lek?
Kata bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek ketika sidang media perletakan jawatannya kelmarin bersabit kontroversi skandal seks beliau:
