Iklan

Rabu, Disember 24, 2008

Mengingati 'Isa Al-Masih

Berkata 'Isa: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi;
dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaKu (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup;
dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka;
dan kesejerahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku mati dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali".
Itulah 'Isa putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya.
(Surah Maryam: 30-34)
Selamat Hari Natal!

6 ulasan:

guna berkata...

tak provokasi pon!

Syahir berkata...

Nabi Isa AS sebenarnya lahir pada 7 Januari 0000. Baginda tidak dilahirkan pada 25 Dis.

25 Dis dijadikan sbg Hari Natal oleh Maharaja Constantine the Great di ROM pada 323 AD, atas usaha beliau untuk menyamakan hari itu dengan perayaan Tahun Matahari dalam usaha utk menarik masy. pada ketika itu yng mengamalkan pagan utk menganut agama Kristian.

Eastern Ortodoks tidak merayakan hari 25 Dis sbg hari Natal kerana mereka merayakannnya pada 7 Januari.

tunggu santa tak sampai2 berkata...

err..stokin aku kosong, sial!

Tanpa Nama berkata...

kenapa perlu kita agung2kan apa yang tidak perlu??
walau sekadar ilmu namun ia ada kaitan dengan akidah..
mempercayai kepercayaan agama lain umpama menyimbah asid ke agama sendiri
dimanakah pegangan kita??
siapa yang sebenar kita cinta dan percaya??
tepuklah dada tanya selera..
wasalam

Dy berkata...

tertawa sendiri membaca komen tanpa nama diatas.
sungguh narrow minded!

aku berkata...

kadang kala,keterlaluan membuatkan manusia lalai lantas binasa. Bukan semua orang mampu berfikir secara lebar mahupun sempit. Ilmu Allah itu sgt luas. Biarlah kita sempitkan sikit minda kita dalam soal2 akidah yang melibatkan agama lain, ya kita tetap perlu hormat kpada agama lain, tapi yang Unggul ialah mengagungkan agama sendiri.

Bagi yang tidak tahu menilai, salah interpritasi, bagi yang kurang didikan agama mahupun cetek agamanya...mereka melihat benda ini seperti mengiyakan Kristian. Akhirnya,.....lu pikir lah sendiri.

situasi skrg, ramai muslim tapi perilaku mcm apa? ini kerna terlalu narrow minded kah atau terlalu wide minded?

Nauzubillah.