Iklan

Isnin, November 03, 2008

Teori RAZAK: Azmin Bakal Perdana Menteri Tahun 2020


Saya dan Amin (bukan nama sebenar) secara santai menjadi nujum politik hari ini. Kami cuba merungkai masa depan Malaysia seandainya teori RAHMAN (teori politik berkenaan pemegang jawatan Perdana Menteri) berjaya dilengkapkan oleh Najib Razak. Amin mencetuskan teori RAZAK, yakni teori baru yang akan digunapakai selepas Najib menjadi PM.

Kami meramalkan, Najib tidak akan lama menduduki kerusi PM. Sebaik sahaja Abdullah Badawi melepaskan jawatan sebagai PM, Tengku Razaleigh Hamzah akan mengumumkan untuk menyertai Anwar Ibrahim melalui Pakatan Rakyat (PR). Antara yang akan mengikut jejak langkah Tengku Razaleigh ialah sekumpulan ahli parlimen UMNO termasuk Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin yang sudah tidak mempunyai harapan dalam percaturan politik UMNO. Penghijrahan ini seterusnya akan disusuli dengan ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak yang sememangnya sudah bersedia untuk menyertai PR.

Kemasukan beramai-ramai ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) ke dalam PR waktu itu nanti akan menyaksikan kejatuhan kerajaan BN seterusnya peralihan kuasa akan berlaku. Tengku Razaleigh akan menyertai PAS dan kemudiannya membuat perjanjian dengan Anwar Ibrahim untuk mengisi kerusi PM selama dua tahun (sehingga 2011). Melalui perjanjian ini, PAS berjaya menduduki jawatan PM melalui Tengku Razaleigh. Ini akan membenarkan teori RAZAK untuk huruf R iaitu untuk Razaleigh.

Pada tahun 2011, Tengku Razaleigh (selepas berjaya memenuhi impiannya untuk menjadi PM) akan melepaskan jawatan dan kerusi PM seterusnya diduduki oleh Anwar. Sebaik sahaja mengambil alih kerajaan, Anwar akan membubarkan Parlimen untuk membuka ruang buat Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) bagi memperoleh mandat baru dari rakyat. Keputusan PRU 13 bakal menyaksikan kekalahan teruk UMNO-BN dengan menyaksikan kekalahan di semua negeri kecuali Melaka dan Johor.
Anwar akan memegang jawatan PM untuk tempoh sepenggal (sehingga 2016) dan bersara kerana kesihatannya yang tidak mengizinkan. Kejayaan Anwar sebagai PM akan membenarkan teori RAZAK untuk huruf A iaitu untuk Anwar.

Ketika menjadi PM, Anwar melantik Ahmad Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang pada ketika itu merupakan tokoh penting PKR. Selepas Anwar bersara, Ahmad Zahid mengisi kerusi PM dan membubarkan Parlimen untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14). Pengaruh PR semakin kuat di kalangan rakyat dan PRU 14 menyaksikan kemenangan PR. UMNO-BN semakin lumpuh selepas kehilangan Melaka yang kemudiannya menerima Ketua Menteri baru bernama Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ahmad Zahid kemudiannya melantik Azmin Ali sebagai timbalannya seterusnya mentadbir negara dengan cemerlang selama empat tahun. Pencapaian Ahmad Zahid sebagai PM akan membenarkan teori RAZAK untuk huruf Z iaitu Zahid.

Menjelang tahun 2020, Ahmad Zahid mengumumkan persaraannya dan kerusi PM seterusnya diisi oleh Azmin Ali. Melalui kepimpinan Azmin Ali (berumur 56 tahun ketika dilantik sebagai PM), Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju sebagaimana yang diimpikan oleh Dr. Mahathir Mohamad (barangkali sudah tiada pada waktu itu). Azmin menerajui negara secara sistematik dan tersusun, pun demikian bersifat sedikit autoritatif seperti Dr. Mahathir.

Pada waktu itu, persefahaman antara kaum semakin harmoni dan isu perkauman sudah tidak punyai tempat di kalangan rakyat. Khairy Jamaluddin yang pada ketika itu merupakan pengerusi DAP telah dilantik sebagai TPM oleh Azmin. Azmin mentadbir negara lebih lama daripada Dr. Mahathir dan mencipta rekod sebagai PM paling lama pernah berkhidmat. Beliau mengumumkan persaraan ketika berusia 80 tahun (tahun 2044). Pencapaian Azmin sebagai PM akan membenarkan teori RAZAK untuk huruf A iaitu Azmin.

Ketika Azmin mengumumkan persaraannya, Khairy telah pun berumur 67 tahun. Impian beliau untuk menjadi PM sebelum berusia 40 tahun tidak berjaya direalisasikan pun demikian, beliau tetap menjadi PM dan merupakan PM paling tua pernah dilantik. Apa yang menarik, kejayaan Khairy sebagai PM bukan sekadar membenarkan teori RAZAK untuk huruf K, bahkan turut menyaksikan kejayaan DAP menduduki kerusi PM!

Apa pun, ini sekadar ramalan kami berdua. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap akidah dan keimanan kalian seandainya ada yang mempercayai ramalan ini!

29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semua org2 Bekas BN je...mana org PAS?.Ape PAS ni parti tempelan je ke dalam PR?....nampak mcm nak ketepikan peranan PAS dlm PR je!....semua x-UMNO je ke yg layak jadi PM?....

BukiTiLMu ( BI ) berkata...

haha...

lawak ye..

lepas teori razak,mesti teori hussein lak..


waiting for the next teory....


;p

nassis berkata...

teori RAHMAN tak salah saya dimulakan oleh seorang wartawan.siapa nama wartawan tersebut dan dari akhbar mana saya lupa pula.teori ini dimulakan sekitar 60an dulu.

pada mulanya teori ini tidak diendahkan tetapi entah bagaimana orang-orang kerajaan mula mnerima teori ini.tidak pasti pula jika teori ini memang diikut atau secara kebetulan semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

boleh tak nama anwar ibrahim tu dilupakan? boleh tak anwar tidak disenaraikan sebagai bakal perdana menteri malaysia?
kenapa nak sangat anwar ibrahim jadi perdana menteri? sanggupkah saudara membiarkan negara ini digadai oleh manusia bernama anwar ibrahim? lupakah saudara ketika dalam kerajaan (baca: umno) anwar lebih zalim dari pemimpin umno yang lain?
dalam pakatan rakyat, tidak ada kah pemimpin lain selain anwar? dalam pkr tidak ada kah pemimpin lain selain anwar?
saya juga sudah bosan dengan bn dan mahu kerajaan baru segera dibentuk tetapi saya tidak mahu manusia bernama anwar ibrahim dilantik menjadi perdana menteri kerana manusia bernama anwar ibrahim ini akan jadi lebih jahat, zalim, rakus dan tidak demokratik berbanding mahathir.

Tanpa Nama berkata...

Ntah apa-apa je teori ni.. Mengarut betul...Tak payah kita dok create teori baru untuk dijadikan sandaran siapa yang menjadi PM seterusnya dan seterusnya... Kita sebagai rakyat yang ada hak menentukan siapa pemimpin, gunakan ia untuk memilih...

Mohd Jimadie Shah Othman berkata...

hahaha!

C-:

Teori2 macam ini buat aku happy. Dan harapnya boleh jadi kenyataan.

amin (bukan nama sebenar) berkata...

kawan hang amin tu buat teori lain sket, hang ubah noo..hehe

nak juga tu azmin PM tahun 2020.. pastu kawan hang amin tu kata K Kiamat!

hahaha

Tanpa Nama berkata...

ramalan bodoh .. haha

Pewaris Reformasi berkata...

nama pun satira...

garudah berkata...

rasanya dah tak boleh pakai dah teori-teori macam teori Rahman ni.kita kena pilih pemimpin berdasarkan kemampuan dia dan bukannya bergalaskan teori.

Tanpa Nama berkata...

haha! mampukah najib memimpin?

Tanpa Nama berkata...

Aku gunapakai teori Sepool

Sharuddin berkata...

Andaian teori semua boleh berubah.Kita sebagai rakyat malaysia tidak kisah sangat siapa yang memerintah janji biarlah kerajaan yang memerintah tidak melakukan sesuatu yang macam Umno lakukan selama 50 tahun.Pemimpin janganlah seperti Umno yang suka nak rompak hasil negara tapi jadilah pemimpim seperti Tuan Guru Nik Aziz seperti yang di buat selama ini di mana hidup yang sederhana dan betul2 pemimpin berjiwa rakyat.

bumilangit berkata...

aku percaya teori R.A.H.I.M.I

klau ikot teori ni, azmin takkan jadi PM. hahahahah!

r_feev berkata...

Suka sangat teori ni!!!!

PEJUANG MELAYU berkata...

teori ini reka2 je ..tetapi KJ lompat tu DAP mustahil la .. tg razaleigh boleh la percaya dgn zahid.

tp cuba kita buat 1 teori azmin da anwar masuk BN ???hehe

anti-pkr berkata...

apa kata guna teori A.L. J.U.B.U.R.I. he..he... atau.......

teori S.E.D.E.K.A.H. he..he..

Syahir berkata...

hehe! Teori Razak membuatkan aku berkhayal. Kekejaman rejim Azmin akan membawa Malaysia diambang kemusnahan.

Kejadian KJ menjadi PM pada 67 ibarat orang tua mendapat gigi emas tetapi susuk tubuhnya sudah tua dan berkerut2...hehehehe!

ladymariah berkata...

kalaulah darah aku boleh dijadikan tangkal supaya najib tak berdiri sebagai PM, AKU SANGGUP!

Jayengbaya berkata...

mengarut.............

no2barisanno2pakatan berkata...

ramalan nujum pak keadilan banyak yang tak menjadi .....

Tanpa Nama berkata...

erm....teori logic yg boleh diguna pakai..hehehehe i like....

FARREL berkata...

aku setuju..

satu idea yang agak kreatif,
walaupun agak kurang logik

tapi aku sokong sepenuhnya!

\\`\\`\\` berkata...

dari korang dok bising dalaman nie baik korang pegi bising kat malingsia.com ... lagi bagos. org luar dok maki hamun kita, org senegara kita yg ko dok mengata. ceh. hape punye org la korang nie. baik kita start satu site indonesial.com ke indonesuck.com ke ape ke lagi bagos.

BukiTiLMu ( BI ) berkata...

huhu..

kita nak mengutuk2,mencarut2 kat site diorg tu wat pa?buang masa ja...p lantak diorg..


dah aku lepak site tu..
site yang tak de kemajuan..
site yang tak de mentaliti.
mentaliti tahap bawahan..

kita malaysia beb..
jgn jadi cam diorg..

buang masa,n jgn riso,mmg ade hacker yg sentiasa berperang ngn diorg...

Tanpa Nama berkata...

this is sick..

Tanpa Nama berkata...

walaupun aku org pas seumur hidup..
tapi bila aku baca artkel ni.. lawak pun ada... main pakai logik akal sendiri jer jer hang nak tulis.. tapi lantak hang le apa hang nak tulis.. aku peduli hapa...
jujurnya ramai org pas sendiri yg tau anwar ibrahim cakap tak serupa bikin.... suka cakap main bedal..
rakyat sekrg suka memerhati.. gelagat2 org termasuk le umuno, pas pkr dan sewaktu dgn nya..
makin lama makin ramai yg tak pakai akal.. main sedap kepala sendiri jer..

jebatsari berkata...

salam.

teori razak mengarut. kenapa menyanggah teori ibrahim saya? hahahhhha...

salam perkenalan.

Tanpa Nama berkata...

Harap teori ni menjadi... aku sokong