Iklan

Ahad, Oktober 19, 2008

Khairy Jamaluddin Bakal Berhijrah?

Tatkala saya menghadiri jamuan 'Eidulfitri bersama teman-teman sekolah semalam, saya ditanya berkenaan kewajaran memilih Khairy Jamaluddin sebagai ketua baru bagi menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Melihatkan kepada perkembangan bilangan pencalonan yang kini diterima oleh Khairy, saya kira harapan beliau agak cerah dan memberangsangkan.
Saya tetap bertegas bahawa Khairy merupakan satu-satunya calon yang layak dan mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin baru Pemuda UMNO. Ada hujahan teman yang bersifat emosi dan melulu terhadap Khairy.
Jujurnya, imej Khairy sebagai 'budak nakal' yang dibina oleh beliau sendiri sepanjang empat tahun lalu sedikit sebanyak mendatangkan masalah kepadanya. Ini ditambah dengan tohmahan oleh Dr. Mahathir sehingga umum melihat Khairy sebagai duri dalam daging buat Abdullah Badawi, UMNO dan Barisan Nasional.
Kelmarin, dalam satu majlis makan malam di Petaling Jaya, saya berkesempatan berbual dan bertukar cerita dengan saudara Badrul Hisham Shaharin, calon KeADILan yang menentang Khairy Jamaluddin dalam pilihanraya umum yang lalu.
Apa yang menarik ialah spekulasi yang mendakwa bahawa Khairy merupakan antara ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang bakal berhijrah parti -- sama ada dengan menyertai PAS atau KeADILan -- dalam usaha menjayakan proses peralihan kuasa yang digagaskan oleh Anwar Ibrahim!

6 ulasan:

Syahir the Owl berkata...

Bagus! Perkembangan ini amat dinanti-nantikan oleh orang UMNO dan BN yang sememangnya tidak lagi memerlukan Khairy yang membuat angkara di dalam BN.

Kalau tidak kerana Mahathir, sudah lama Khairy melakukan kerosakan di muka bumi tanah air Malaysia ini dengan lebih cemerlang, gemilang, terbilang temberang!

Semoga proses peralihan sokongan Khairy disokongi oleh semua orang BN!

Khairy, berani berubah!

gomen nasai berkata...

salam saudara najwan..
bagaimanakan proses peralihan kuasa yg digagaskan oleh DSAI?
kwn2 sy selalu bertyakan akan hal ini dan kadang kala, sy hanya mendiamkan diri..
boleh saudara jelaskan ttg rancangan peralihan kuasa itu?

PEJUANG MELAYU berkata...

aku tidak nampak KJ akan berhijrah ke mana2 parti .KJ bukan seperti Mahathir yg suka keluar UMNO ikut suka hati dia. dia ingat UMNO ni dia punya kot .

Kj telah memberi jawapan jika beliau tewas di dalam pemilihan ini ..syahir ,umur dia masih MUDA 32 taun bukan sama macam TUN . Masa masih panjang dan dia boleh pegang Ketua Pemuda ..

ini jawapan KJ kepada comment dari blog SUKJ

Jawapan KJ

Saudara Mohammad,

Terima kasih atas komen dan soalan Saudara.

Ingin saya jelaskan disini, visi saya untuk Pemuda UMNO dan generasi muda negara bukan hanya bergantung kepada kemenangan dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Saya percaya dan yakin bahawa visi ini akan dapat saya laksanakan samada memegang jawatan tinggi dalam Pemuda UMNO atau sebagai seorang Ahli Parlimen biasa.

Tetapi perlu juga diakui bahawa jika sekiranya ditakdirkan saya dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, tugas melaksanakan visi ini akan menjadi lebih mudah kerana saya mempunyai satu institusi dan platform yang cukup luas untuk memberi keyakinan kepada orang muda.

Jika ditakdirkan saya kecundang dalam pemilihan akan datang, saya akan terus dengan visi saya yang berteraskan setiakawan, untuk memastikan aspirasi dan suara orang muda samada dalam atau luar UMNO didengar oleh pucuk pimpinan parti dan kerajaan.

Itu janji saya.

Salam setiakawan



KJ akan tetap dgn UMNO !!!

Setiakawan

Syahir the Owl berkata...

Terima kasih ulasan dari Pejuang Melayu. Saya juga rasa KJ takkan keluar UMNO melainkan jika kena pressure berbuat demikian.

Ikhwan 'Pantherians' berkata...

KJ..anak muda popular di malaysia.

Seorang yg bercita2 tinggi..umur beliau lebih kurang Fairus Khairuddin TKM 1 Penang.

Sesuatu pekara yang menarik jika ramalan Najwan benar2 berlaku ...Hahaha

Politik ni amat sukar utk rakyat biasa menafsirkan..Penganalisis politik pun yg bertaraf Prof pn kkdg sukar meramal.

Hanya org politik tahu apa yang akan berlaku..

Poltik..harini bergaduh, esok..boleh blh berjabat tgn balik dan mesra kembali..

Tak MUstahil..

Chin Merican berkata...

KJ is now in the right person in the wrong party. He should come out and join PKR since he is also a fan of DSAI. Hey iPhone boy, janganlah malu-malu..i also got iPhone. it is okay to support the truth and truth always prevail. You want to become PM by age 40, better don't stay in UMNO la, nanti kena tendang keluar. If you can sit in between Tony Pua and Nik Nazmi, i don't think it will be a problem for you to sit in between Anwar and Azmin. Cheers, KJ (BN-Sedia Gempur)