Iklan

Jumaat, September 12, 2008

Ops Lalang 2?

1.10 petang, 12 September 2008: Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau ditahan di rumahnya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

8.30 malam, 12 September 2008: Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang di bawah ISA. Beliau merupakan wartawan yang menulis berkenaan kenyataan perkauman Ahmad Ismail, bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera.

11.18 malam, 12 September 2008: Ahli Parlimen Seputeh merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bandar Kinrara, Teresa Kok ditahan di bawah ISA ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.
----------------------------------------------------------------------------------
Apa itu Ops Lalang?
Operasi Lalang atau lebih dikenali sebagai Ops Lalang telah dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh Polis Di Raja Malaysia bertujuan untuk melumpuhkan pergerakan pimpinan parti-parti pembangkang dan aktivis sosial. Operasi ini menyaksikan penahanan sejumlah 106 individu dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pembatalan permit penerbitan dua akhbar harian iaitu The Star dan Sin Chew Jit Poh dan dua akhbar mingguan iaitu The Sunday Star dan Watan.
Pergolakan politik yang dicetuskan oleh Pemuda UMNO yang diketuai oleh Najib Razak sebagai reaksi terhadap protes yang dijalankan oleh MCA dan DAP berhubung isu sekolah Cina telah menyebabkan seakan-akan wujud ketegangan di antara kaum.
Antara tokoh politik dan aktivis sosial yang ditahan dibawah ISA pada waktu itu ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang; Presiden Aliran, Chandra Muzaffar; Timbalan Pengerusi DAP, Karpal Singh; Ketua DAP Perak, Chan Cit Chee, Ketua Pemuda PAS Pusat, Halim Arshat; Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali; dan Pengerusi Exco Pendidikan Pemuda UMNO, Mohd Fahmi Ibrahim.
Ops Lalang turut menyaksikan penahanan Pengerusi Persatuan Pendidikan Cina, Lim Fong Seng; Ketua Publisiti Jawatankuasa Hak Asai, Kua Kia Soong dan aktivis wanita, Irene Xavier.
Selain daripada itu, turut ditahan ialah Hilmy Noor, seorang Melayu beragama Kristian yang dituduh sebagai 'pengkhianat'. Semua tahanan ditempatkan di Pusat Perlindungan Tahanan Kamunting di Taiping, Perak.
Walaupun terdapat beberapa orang yang ditahan kemudiannya dibebaskan, terdapat seramai 40 orang lain yang dilanjutkan tempoh penahanan selama dua tahun. Ini termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh serta beberapa ahli PAS dan DAP juga sekumpulan aktivis sosial.

7 ulasan:

Syahir the Owl berkata...

ISA perlu jika sesiapa mainkan isu perkauman sehingga menimbulkan ketegangan. Tak kira Melayu, Cina, India dan sesiapa.

Syahir the Owl berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

masa sekarang ni..ada 5 ops lalang pun xpe,asalkan penyangak2 ni sedar diri

Tanpa Nama berkata...

Saya tak nampak Teresa Kok dan DAP membela seperti apa yang tersurat dalam perlembagaan. Jadi macamana saya nak percayakannya.

Dah 51 tahun kita merdeka sepatutnya kita telah dapat selesaikan masalah perkauman, tetapi tidak.

Misalnya isu bahasa kebangsaan di papan-papan tanda perniagaan masih lagi mengekalkan pelbagai bahasa asing sedangkan kita telah ada bahasa Malaysia. Kenapa tak guna BM.

Apakah tulisan bukan bahasa Melayu ini bersifat merentasi perkauman. Nampaknya isu-isu perkauman masih lagi belum mati. Relevankah ini semua.

PEJUANG MELAYU berkata...

Isu perkauman tidak akan habis jika ada DAP yg suka main isu ini ..Najwan halimi ,buka minda anda jgn terlalu taksub dan fanatik sgt dgn Anwar dan DAP .teresa kok mmg terbukti mmg mencetuskan perkauman dan semua pemimpin DAP ini hanya perjuangkan bangsa cina shj .Dasar mereka di negeri Perak,Selangor kebanyakkan menyebelahi kaum cina.

Orang melayu yg masih lagi syg akan bangsa,agama,tanahair masih lagi ada dan tidak akan bisu,buat pekak mcm melayu dlm PAS dan PKR .

Sy lebih suka mengutamkan kepentingan bangsa,agama,negara mengatasi yg lain ..

Tanpa Nama berkata...

tujuan DAP ialah :

1.HAPUSKAN NEGARA ISLAM
2.HAPUSKAN SISTEM BERAJA
3.HAPUSKAN KEISTIMEWAAN MELAYU
4.MELAYU HANYA LAYAK JADI HAMBA

maka dengan SEMANGAT SETIAKAWAN yang ditunjukkan ole PKR & DAP,maka tak hairanlah ANWAR DILABEL ISLAM AMERIKA!!!

Tanpa Nama berkata...

lakukan apa sahaja demi kepentingan BANGSA, AGAMA dan NEGARA asalkan tidak membelakangkan hukum ISLAM...bangsa cina dok canang nak hapuskan ketuanan melayu, tapi bagaimana saudara kita di SINGAPORE dilayan???kalo kat shoping complex, terpaksa solat dia ruang2 tangga je...saya rasa, mereka yang terlalu taksub demi parjuangan PAKATAN RAKYAT perlu buka mata,jgn sampai maruah bangsa dan agama tergadai dek kerana ketaksuban pada ANWAR yg ternyata hanya ingin membalas dendam ke atas apa yg telah terjadi ke atas dirinya.jgn hanya untk itu,habis terjual BUMI Malaysia yg aman nie...