Iklan

Rabu, September 17, 2008

Nella Fantasia

Bersempena keramat Hari Malaysia, dan menjelang kemuncak agenda reformasi, saya dedikasikan Nella Fantasia buat semua pejuang kebebasan dan kemanusiaan -- yang punyai impian melihat Malaysia yang lebih gagah dan bermaruah.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Malaysia yang gagah dan bermaruah memerlukan pemimpin yang gagah dan bermaruah.

Sekiranya benar PKR adalah pilihan rakyat, biarlah rakyat yg memilihnya, dan bukan wakil rakyat yg meng-katak-kan diri.

Mengapa Anwar perlu tergesa2. ambillah masa 4 tahun ini utk membentuk platform kukuh utk PRU akan datang. kalau dengan mudah 31 pemimpin BN lompat masuk PKR, tidak mustahil PKR akan menghadapi masalah yg sama apabila membentuk kerajaan kelak. bak kata pepatah inggeris "anything worth doing is worth doing carefully."

4 tahun akan datang ini merupakan tahun2 yang amat penting utk PKR membentuk kreadabiliti, professionalisma, prinsip PKR. Xperlulah kita mengutuk BN, Allah azzawajalla saja yg mengetahui siapa yg ada pada landasan yg benar.

Jadilah seperti tin yg berisi penuh dan bukannya tin kosong yang tahu buat bising saja

Tanpa Nama berkata...

Dalam bulan Ramadhan seharusnya kita bijak menguruskan masa untuk lebih dekat dengan Allah swt. Tetapi masyarakat Islam Malaysia hari ini lebih gemar untuk menyajikan cerita-cerita dongeng yang hanya untuk menyedapkan telinga masyarakat. Tidak pernah terlintaskah dihati kita untuk sama-sama berkorban demi meningkatkat syiar Islam serta mengangkat martabat Islam ke arah yang lebih tinggi dan mulia. Bukankah itu lebih mulia daripada membuat propaganda yang hanya menyusahkan semua pihak. Berbohong dengan rakyat, mengajak rakyat melakukan perbuatan yang bercanggah dengan Islam, mengeluarkan cakap-cakap kosong bukankah itu semua hanya menambahkan dosa. Tidak pernah terfikirkah kita bahawa satu hari kita akan mati dan akan dipersoalkan di mahkamah rabbul jalil? Bersediakah kita dengan bekalan yang mencukupi? Telah sempurnakah solat kita? Telah selesaikah segala hutang-hutang kita terhadap kerajaan dan saudara-mara kita? Jika belum...kenapa kita tidak menggunakan ruang yang Allah Swt berikan ini kepada umatnya. Kita lebih suka dan khayal dengan agenda dunia tanpa memikirkan akhirat. Kita berhujah dengan menggunakan Al-Quran tanpa kita memahami serta merujuk kepada ahlinya. Al-Quran tidak boleh dibaca terjemahan sahaja tanpa merujuk kepada guru-guru tafsir. Harus berhati-hati dalam menggunakan ayat-ayat Allah. Jangan kerana terlalu ghairah menyokong seseorang yang kita belum kenal rapat dengannya kita telah menyimpang dari landasan Islam. Adalah terlebih baik sekiranya saudara menggunakan ruangan ini untuk menyatu padukan masyarakat Islam daripada membuat kecelaruan minda terhadap masyarakat. Ingatlah setiap apa yang kita nyatakan ianya akan dipersoalkan di akhirat nanti. Kita harus kembali muhasabah diri sendiri...di mana kita, jika kita tidak dilahirkan di dalam Islam.

Adakah kita yakin bahawa sekiranya pemimpin yang mengambi alih jawatan PM secara tidak beradab serta mengetepikan konsep Islam boleh memimpin negara dengan baik? Adakah kita yakin bahawa setelah kepimpinan ditukar kita akan menjadi lebih baik? Islam akan kuat? Bangsa Melayu akan dihormati? Anak-anak bangsa serta generasi kita akan terbela? Jika jawapan belum pasti....tak usah kita mencari bala sebelum Allah menurunkannya kerana ketamakan dunia. Ingatlah wahai saudaraku kita bertuah bila dilahirkan dalam Islam tetapi mati kita belum tentu Islam. Perbanyakkanlah amal ibadah kepada Allah daripada kita membuat perkara yang tak pasti.

Saya menyeru saudara dan para pembaca semua supaya hentikanlah menerbitkan laman-laman web yang hanya melaga-lagakan serta merendahkan masyarakat Islam. Jika kita mengaku diri kita Islam, maka tinggallah perkara-perkara yang lagho.

bumilangit berkata...

panjang betoi hang tulih wahai tnapa nama,

pi baca quran lagi baguih....

akuorangbiasa berkata...

wonderful song! aku suke tengok katherine jenkins nyanyi lagu nih...hehehe