Iklan

Selasa, September 23, 2008

Iftar Bersama Pimpinan Mahasiswa

Semalam saya berkesempatan ikut serta dalam majlis berbuka puasa bersama-sama dengan pimpinan mahasiswa negeri Selangor anjuran Dato' Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim. Antara yang turut kelihatan ialah beberapa orang pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baru-baru ini berdemonstrasi membantah Abdul Khalid berikutan kenyataan beliau yang menyentuh berkenaan dengan cadangan membuka UiTM kepada mahasiswa bukan Bumiputera.
Barisan kepimpinan baru MPP Universiti Tenaga Nasional (Uniten) yang diketuai oleh saudara Syafeeq turut hadir. Kami sempat berbincang berkenaan hala tuju kampus serta pengisian-pengisian yang bakal dirancang untuk sesi mendatang. Saya turut menawarkan sokongan dan saranan untuk sama-sama menyumbang dalam memperkemas dan memperkasa jentera organisasi MPP.
Alhamdulillah, keghairahan barisan kepimpinan baru mahasiswa Uniten untuk memulihkan imej dan reputasi MPP sewajarnya dipuji. Mudah-mudahan, perencanaan dan gerak kerja MPP akan lebih efektif dan responsif dalam berdepan dengan tuntutan dan aspirasi mahasiswa keseluruhannya.

15 ulasan:

true lies berkata...

jangan percaya najwan. dia kaki penipu. mcm idola dia. kejap 16. pastuh 23.

pastuh, najwan dpt tajaan kaf utk blog gampang dia nih. kaf dpt duit dr NED. dia nih kira mcm agen la. tp agen pandai, dia bodoh sbb jadi barua anuwar.

makan sebelah nik nazmi, haha berkata...

bro,

if u love them, set them free :)

ya, tentang gerakan mahasiswa..kita hanya boleh memberi pandangan. kita harus juga membiarkan mereka belajar menangani isu2 sekitar kebebasan.

semoga mereka (dan juga kita) akan lekas matang dan belajar.

Tanpa Nama berkata...

Apa ni cerita politik rendah... ayuh tgk Suliman Ismail melawan habis2an Faisal Tehrani di blog tehranifaisal!

Serang!

Hamidi Taslim,
(pemblog agong)
Kajang

Tanpa Nama berkata...

true lies bodoh

Tanpa Nama berkata...

true lies?? hmmm bengong, bodoh , . hang tau dak apa kerajaan dah buat? senang mcm ni la.. contoh dia dapat 2 billion dia bg hang 200 inggit.. haa pas tu hang cakap kerajaan baik hati bagi duit.. Oiii bodo bodo hang kena tipu..... Kerajaan Malaysia mmg betul2 korup dan berkurap... rasuah tu dah jadi amalan harian depa ni... kalau hang percaya kerajaan BN masih bagus hang mmg bodo.. bg chance pd org lain pulak perintah.. kalau sama bodo mcm BN gak kita pakat demonstrasi ramai2...

nawawidahalan berkata...

Jumaat, 2008 September 26
Bukti kukuh PKR berjaya benteras rasuah
Habuan seks ibarat sedekah, PKR anggap kesilapan bahasa

IPOH: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Perak, Zulkifli Ibrahim menyifatkan kenyataan seorang anggota parti itu bahawa habuan seks sama seperti menerima sedekah sebagai sekadar satu "kesilapan bahasa yang tidak disengajakan." (mstar 26/9/08)

Sedih dan amat mengelirukan. Inilah bukti kukuh bahawa slogan Ketua Umum PKR akan menjadikan agenda membenteras rasuah sebagai agenda utama perjuangan partinya. Bukan sekadar slogan tetapi memang patut mendapat sokongan!?

Saya ingin mengulas isu kesilapan bahasa. Bahasa jiwa bangsa. Kalau seseorang itu suka mencarut perlukah kita pertahankan hanya kerana mungkin salah bahasa?

Bahasa seseorang melambangkan jiwanya. Samaada bijak, petah, berilmu, cakap kosong, jahil, dungu atau bongok kata orang Perak.

Jadi kalau begitu apa yang kita ucapkan itulah jiwa dan hati kita. Kalau kita bercakap lain dari apa yang ada dalam hati kita, itu dipanggil hipokrit. Jadi jangan membela kerana kesilapan bahasa, pembelaan itu pun salah bahasanya.

Bolehkah maksiat, kesalahan dan dosa itu terhapus dengan alasan kesilapan bahasa? Pesalah rasuah melibatkan yang memberikan dan menerima. Bukan soal diminta atau tidak.

Jika habuan seks itu bukan atas permintaan dikatakan bukan rasuah, maka memang tidak ada rasuahlah menurut PKR. Kerana kebanyakan kes rasuah adalah bukan atas permintaan tetapi penawaran.

Dalam kes tersebut, menerima tawaran seks adalah dua kesalahan. Membela dan mempertahankan kesalahan tersebut merupakan kesalahan ketiga dan lebih besar lagi di sisi Islam.

Menerima tawaran yang ada maksud tertentu adalah rasuah. Jika tawaran tersebut dalam bentuk wang atau harta, maka haram hukumnya menggunakan wang atau harta tersebut. Bila melibatkan seks, maka berzina itu sendiri telah haram. Maka berzina kerana rasuah, dua kali haram.

Lebih dahsyat lagi bila mana kita pertahankan perbuatan tersebut seolah-olah tidak menjadi satu kesalahan. Ajaran dari mana semua ini?

Kenapalah PKR terpaksa buat sidang media mempertahankan isu ini?
Kenapa salahkan pihak yang memerangkap?
Kenapa kita boleh masuk perangkap?
Tak malukah, mudah diperangkap?
Kalau perjuangan PKR di landasan yang betul, kenapa mudah sangat masuk perangkap musuh?

Malu bertambah malu, PKR mempertahankan ahli yang melakukan kesilapan melalui sidang media. Mana kewibawaan dan maruah PKR? Inikah gerakan yang diharapkan dapat membenteras rasuah seterusnya membawa harapan baru kepada Malaysia???!!!!

Baru sedikit Tuhan tunjukkan kepada kita siapa sebenarnya PKR dan Ketua Umumnya.
Posted by nawawidahalan

yg menulis berkata...

Alhamdulillah...Allah dah bukakan pintu kebenaran kpd rakyat yg memikir. Yg hak akan berdiri dan yg batil akan tersungkur!!!

Sememangnya...
keADILan telah beralih kpd keLDAIan

Tanpa Nama berkata...

Sedekah seks UMNO:

http://images.google.com.my/imgres?imgurl=http://img82.imageshack.us/img82/846/close2520proximity1gw8.jpg&imgrefurl=http://www.mesra.net/forum/index.php%3Fshowtopic%3D60993&h=255&w=320&sz=19&hl=en&start=5&um=1&usg=__GAm0LVcOP0GlH5tIR4RaCWOoylE=&tbnid=NC21VnoALgXUfM:&tbnh=94&tbnw=118&prev=/images%3Fq%3Dhayati%2Bonn%26um%3D1%26hl%3Den%26sa%3DN

Tanpa Nama berkata...

Sedekah seks UMNO, sila search pautan di bawah:

http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=60993

Tanpa Nama berkata...

salam najwan,
abg dapati blog dibawah dah REMOVED.cam mana nak dapat isi2nya...kot2 tercopy kat mana2...pleasen thanks

http://www.mppsaiful15.blogspot.com/

azman,Lunas

Tanpa Nama berkata...

oops...kalau ada mail me ok..

azmann33@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

kedangkalan pkr telah terang lagi bersuluh,berkat doa rakyat dibulan ramadhan.Jika perjuangan berdasarkan dendam dan penipuan,semuanya takkan kemana.Kalo yer pun tunggulah pru ke-13,jangan jadi tamak.Rakyat tahulah nak menilai.Ini xsampai setahun lai memerintah,yang nampaknya kecacatan yang ada dalam pkr

bumilangit berkata...

banyak btol pahala ko, najwan.

tahan je telinga tu, tak perlu lawan.

perbuatanku adalah janjiku

Tanpa Nama berkata...

kebenaran telah menjelma.KEADILAN yang tidak melakukan KEADILAN.Kembalilah kejalan yang benar

hafiz berkata...

bro! salam kunjung! Selamat hari raya Idulfitri. Maaf Zahir batin! teruskan perjuangan!