Iklan

Selasa, September 16, 2008

Bersedia Untuk Menyambut Malaysia Baru

Hari ini, proses peralihan kerajaan akan bermula, demikian tegas Anwar Ibrahim. Semalam di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya hampir 10 ribu berhimpun bagi meraikan Hari Malaysia yang julung-julung kalinya disambut oleh rakyat Malaysia. Hari ini, negara bertuah ini -- yang merangkumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak -- genap mencecah usianya yang ke-45 tahun.
Bahang perubahan semakin dirasai oleh segenap lapisan rakyat. Semalam, saya dihujani banyak panggilan yang ghairah bertanyakan tentang perkembangan peralihan kerajaan yang dikatakan bakal berlaku pada tanggal 16 September. Jawapan saya mudah: tunggu perkembangan di Stadium MBPJ malam ini! Dan akhirnya, semalam Anwar telah mengesahkan bahawa Pakatan Rakyat telah bersiap sedia untuk mengambil alih kerajaan pada hari ini, pun demikian proses peralihan tersebut hendaklah dilaksanakan dengan penuh berhemah dan harmoni.
Anwar turut menyatakan bahawa beliau telah memohon untuk bertemu dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi bagi membincangkan agenda peralihan kuasa ini seberapa segera yang mungkin. Apa yang penting, segalanya harus berjalan dalam suasana yang baik dan aman.
Hari ini, saya dimaklumkan Anwar akan mengadakan satu sidang media khas di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Tropicana, Damansara bagi mengumumkan beberapa perkara penting berhubung dengan proses peralihan kuasa yang bakal berlaku dalam tempoh terdekat ini.
Insha-Allah, mudah-mudahan semua yang dirancang bakal berjalan dengan lancar. Selamat Hari Malaysia!

12 ulasan:

yg menulis berkata...

jgn risau kawan2..kerajaan "rejim" Barisan Nasional akan tetap teguh dan utuh insya Allah utk menerajui kerajaan Malaysia yg tercinta ini melalui landasan demokrasi yg tulen, adil dan saksama. Biarpun kelemahan dan kelembapan pemerintahan terserlah di sana sini namun rakyat masih memilih kerajaan "rejim" Barisan Nasional untuk memakmurkan negara Malaysia melalui proses demokrasi yg diiktiraf seluruh dunia. Kepincangan demi kepincangan dlm pemerintahan 5 buah negeri yg br 6bln berkuasa ini telah jelas melucutkan kredibiliti kerajaan "CAT" Pakatan Rakyat utk memimpin negara Malaysia yg kerdil ini...gagal menunjukkan kredibiliti yg dicanang2kan sebelum ini iaitu lebih cekap, akauntabiliti dan telus berbanding kerajaan "rejim" Barisan Nasional apabila dgn rakusnya tidak sedar bahawa mrklah sebenarnya telah memulakan kebencian antara kaum dgn ingin menghapuskan DEB, mempelopori "Projek Khinzir Raksasa", bersikap kurang ajar terhdp sistem raja di negara ini, menghakis hak dan keistimewaan org melayu, memperlekehkan tulisan jawi yg telah menjadi sebahagian drp budaya melayu, dan yg klimaksnya...agama Islam itu sendiri tidak dipertahankan apabila timbul polemik ttg hal ehwal Islam di negara ini...nah!! bukti yg telah diperlihatkan kpd rakyat betapa inilah perbezaan antara kerajaan "rejim" Barisan Nasional dan kerajaan "CAT" Pakatan Rakyat...jelaslah kawan2 bhw mrk ini tidak sabar, rakus dan tidak muhasabah diri apakah hikmah di sebalik kemenangan yg Allah kurniakan kpd mrk dgn memerintah 5 buah negeri ini...

oleh itu, dptlah sy simpulkan bhw jika "meletakkan sesuatu bukan pd tempatnya" diistilahkan sebagai zalim, maka tiadalah bezanya dgn kerajaan "CAT" pimpinan Pakatan Rakyat yg ingin merampas kuasa secara "aman dan harmoni" yg bukan pd landasan yg adil dan demokrasi...juga adalah ZA...!!!

na'uzubillah!!!

Salam perjuangan!!!

Allahuakbar!!!

Tanpa Nama berkata...

yg menulis jeles la tu.udah2 la tu umno trooper.

Tanpa Nama berkata...

kepada ya menulis,
x nk cite banyak.tgk harga minyak dunia kat tepi tu.jelas skali anda ni sgt bangang,bodoh dan xde otak kerana sayangkan umno yg terang2 amik duit rakyat.

Tanpa Nama berkata...

yg menulis pandai berjenaka, guna "punch line" KJ ye...BN = Babi Negara (quite childish but i can't help it, kekadang kene layan org perangai budak2 ni, kesian nak attention)

I'm talking a neutral stand regarding this issue, as stated in the Qur'an, there is a possibility that you dislike one thing but that one thing is the best for you and possibly you like something but that something is not best for you, verily Allah is the All Knowing (albaqarah 216, this is not a direct translation so don't quote this from me).

Truth will prevail, God willing, no matter how hard one would want to prevent it or cover it up.

Based on what I've read, i don't really support Anwar. PKR sprung from self-interest, PKR came about when Anwar was sent to jail back in 1998 ( back then it was known as Parti KeAdilan). Initially its roots was not based on helping the Rakyat, initially its foundation was the Anwar case, to get justice, to get KeAdilan.

I don't want to get to much involved in this. I put my trust in Allah and contribute my efforts to a party who's foundation is much more clearer to me, PAS!

Demi AGAMA, bangsa dan negara.

zami berkata...

yg menulis sudah cuak. nampak sgt yg dia sedang menggelabah! haha.

Tanpa Nama berkata...

Anwar terbukti penipu....16 September berlalu begitu sahaja...

Tanpa Nama berkata...

hihihi..16hb.Penyokong2 taksub anwar dah kene tipu.Padan muka,org macam tu pun nak percaya

no2barisanno2pakatan berkata...

belum lagi...wait until 2359hrs :-)

Even Anwar must be given the benefit of the doubt...

jadi jadilah tak jadi pun takpe...

Tanpa Nama berkata...

aku x kisah pn bukan arini.tp aku yakin akan ada yg lompat.

ala umno trooper.yg korang jeles sgt ni apehal.baik ko amik tau hal parti racist korang tu.dh nk terkubur.baki2 orang mcm korang ni je la yg tinggal = D

Obefiend berkata...

kenapa semuanya anon di blog kamu drgrebel?

16 datang dan tiba. tiada perubahan. nampaknya scotum kiri aku masih boleh kekal lekat di celah kangkang ku

ha ha ha

azizah berkata...

weh..bkn anwar menipu la..dia bkn Tuhan..die manusia biasa yg hny mampu merancang..
lg 1 dh dterbangkan ap2 sume ke taiwan..cane nk jd plannye...apola..
tgg jela..

Read This..Patung Anwar di Batu Caves berkata...

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2008/10/melayu-pakatan-semakin-khurafat.html