Iklan

Isnin, September 15, 2008

Apa Sebenarnya Tafsiran Ayat 8, Surah Al-Maaidah?

"Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis. Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya.
Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia.
Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adil pun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?"
-Dr. Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, 15 September 2008
----------------------------------------------------------------------------------
Ada pengunjung yang menuduh saya sengaja menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk kepentingan politik dan peribadi. Saya sekadar tersenyum. Jelas, pengunjung tersebut tidak jujur dan takut untuk berdepan dengan hakikat bahawa Islam sama sekali tidak menyokong sebarang bentuk pencabulan terhadap prinsip keadilan.
Saya mungkin tidak searif Dr. Asri dalam mengupas persoalan agama, pun demikian saya kira ayat 8 dari Surah Al-Maaidah yang saya sertakan dalam entri sebelum ini jelas menegaskan bahawa Allah s.w.t menyeru "orang-orang yang beriman" agar "menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran".
Barangkali ilmu agama dan tahap pemahaman pengunjung -- yang menuduh saya sengaja menggunakan ayat Al-Quran untuk kepentingan politik dan peribadi -- tersebut lebih hebat dari seorang mufti!
Saya mahu tanya pengunjung -- yang menuduh saya sengaja menggunakan ayat Al-Quran untuk kepentingan politik dan peribadi -- tersebut, apa sebenarnya tafsiran ayat 8, Surah Al-Maaidah menurut pemahaman anda? Dan jika sekiranya boleh, dedahkan sekali identiti sebenar anda. Jangan jadi bacul dengan sekadar menulis ulasan di sebalik nama "tanpa nama"!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

marah nampak.jangan marah,nanti kene jual.Apa macam 16 september?wahai si hardcore anwar?

Tanpa Nama berkata...

emo gile mamat yang tulis blog ni.Kalo xnak org kritik,tapislaa comment.Approve yang menyedapkan hati saja,atau tutup acc blog ni.Macam mat nwar jugak ko ni,bile press tanye soalan yang xsedap didengar terus tuduh reporter tu dr bn.cehh..porahh

zami berkata...

wahai dua mangkuk yg bodoh di atas, jawab la persoalan yg najwan timbulkan!

Tanpa Nama berkata...

najwan,biarkan mereka.jgn dilayan mangkuk bodoh tersebut.nant kita yang pandai ni pn jadi bodoh skali.haih,umno trooper,umno trooper.x nk ngaku kalah lagi tu

angah berkata...

salam najwan..

biasalah puak2 bodoh umno memang lah.. bila berkata kalah kan ustaz atau ulama.. pelik.. contoh masa saiful bersumpah ari tue lah sudahlah..hampir semua ulama menolak sumpah saiful..tapi puak2 bodoh umno nie saje yg terima..dah jahil nak buat cam mane..dulu tak belajar.. dah tak ada ilmu tapi nak tunjuk pandai..aku dah biasa tgk puak2 umno nie..bodoh tapi tunjuk pandai..

salam

Tanpa Nama berkata...

wei semua tanpa nama yang bodoh!!

Tanpa Nama berkata...

16 hb??anwar dah jadi pm ker??ish...ker aku bermimpi ni.Hmm maybe dalam rancangan 'raja lawak' kot anwar jadi pm

Adi Nordin berkata...

aku baca komen pun aku dh dpt agak dia dtg golongan dr blah mana. Golongn ni mmg terkenal hidung dicucuk dan ditarik ke sana ke mari. Ada otak, tp tk digunakan untuk memikir. Golongan ni plak amat lemah kalau disuruh berpikir. Pula tu suka berselindung disebalik tabir. SUka sgt guna hujah lapuk yg rapuh. kalau tk caya, cuba baca komen di atas ni.

Sukatikaulah berkata...

Toksah layan orang gila..nanti kita pun jadi gila.Dah memang dia di lahir kan macam tu nak buat macamana...buat tatau je dah.