Iklan

Sabtu, Ogos 23, 2008

Tragedi Saiful Bukhari

Semalam, takala menghadiri sesi raptai majlis graduasi di Bangi saya diserbu dengan pelbagai pertanyaan dari teman-teman berhubung fitnah liwat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim. Rata-rata ramai yang mempertikai tindakan Saiful Bukhari sambil menyifatkannya sebagai suatu pembohongan besar dan berniat jahat.
Saiful Bukhari merupakan bekas pimpinan mahasiswa di kampus tempat saya pernah belajar dan beliau cukup dikenali sebagai seorang yang aktif berpolitik di luar kampus. Gara-gara kealpaannya berpolitik dan kekerapannya turun naik Pejabat Timbalan Perdana Menteri, beliau kandas dalam pengajian dan disingkir dari universiti akibat kemerosotan prestasi akademik.
Seharusnya esok, Saiful Bukhari turut serta dalam majlis graduasi tersebut pun demikian, beliau lebih rela memilih 'jalan singkat' untuk mengecapi impian hidupnya. Dalam lipatan sejarah perjuangan reformasi, nama Saiful Bukhari bakal terpahat sebaris dengan nama-nama seperti Ummi Hafilda Ali, Azizan Abu Bakar dan Khalid Jafri.
Apa pun, tragedi yang menimpa Saiful Bukhari Azlan -- yang pernah berjiran dengan saya beberapa tahun lalu di asrama penginapan yang sama -- seharusnya direnungi dan diambil iktibar oleh semua.
Kisah Saiful Bukhari Azlan ini memaparkan bagaimana seorang anak muda yang berpotensi untuk maju telah berjaya dipergunakan dan dijadikan perkakas oleh politikus berkepentingan sehingga terjerumus ke tahap paling hina dalam lipatan sejarah negara.
Tragedi Saiful Bukhari merupakan satu tamparan hebat buat semua anak muda agar jangan mudah alpa dan terbuai dengan kilauan glamor dan impian palsu dalam mengejar kejayaan hidup. Moga tragedi sebegini tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

24 ulasan:

the hazim berkata...

Sumpah Palsu! Petunjuk Allah kepada kita
sila klik:
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=14843&mode=thread&order=0&thold=0

Marini_Kamal berkata...

Popularitinya sudah sebaris dengan seniman seniman munafik era reformasi.

Sepol ni kan memang berangan nak glamor, kita akan jadi wartawan hiburannya! ;)

Syahir the Owl berkata...

Sudah menonton sumpah Saiful. Ulama berkepntingan kata tak sah dan ada pula kata sah. Tetapi pendapat ulama bukan politik mengatakan sumpah itu sah dan tetap sah meskipun sedikit tersasul. Ayat terpenting ialah 'laknat' akan jatuh padanya sekiranya Saiful tipu.

Dato' Nalla akan buat laporan polis kerana menerima ugutan pihak tertentu akibat statement nya yang berkata beliau ada 5 tape video kaset skandal Anwar di dalam simpanannya. Apakah bentuk skandal itu? Kita tunggu dan lihat..

Anwar bila ingin bersumpah? Bersumpah saja..tidak perlu kata ia soal mahkamah menentukan atau tidak. Sumpah tidak akan mempengaruhi kes yang telah dibawa, cuma untuk melegakan hati semua pihak supaya orang tak persoal Anwar pengecut dan takut kepada Saiful. Saiful sudah jalankan tanggungjawabnya, bila Anwar mahu bersumpah? Tak perlu dok gebang sana sini kata jumpa di mahkamah atau berdolak dalih...kerna orang kini bersimpati pada Saiful sbb Anwar tak berani nak bersumpah.

Jika Anwar berani bersumpah, sdah tentu polemik takkan berterusan. Apakah salah jika seorang imam nak dengar Linkin Park? Muzik tidak salah disisi Islam termasuk Islam tidak haramkan main muzik..asalkan jangan ada unsur arak, seks dan hasutan ke jalan salah..

http://www.gunungraya.blogspot.com/

Syahir the Owl berkata...

Nallakaruppan Terima SMS Ugutan Supaya Tinggalkan Permatang Pauh



BUKIT MERTAJAM, 23 Ogos (Bernama) -- Bekas rakan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan yang membantu Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh berkata beliau telah menerima lebih daripada 10 khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan supaya meninggalkan Permatang Pauh.

Beliau berkata, ugutan-ugutan itu diterimanya sejak beliau menjejakkan kaki ke kawasan itu dan yang terbaru bilik gerakannya di Seberang Jaya didatangi beberapa lelaki India yang membawa bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengancam dua petugasnya.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis ceramah politik anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) di Permatang Pasir malam Jumaat, katanya, mereka telah memintanya untuk menutup bilik operasi di situ dan tidak mencampuri urusan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Ceramahnya menarik ribuan penduduk dan merupakan salah satu ceramah BN yang paling ramai dihadiri.

"Saya terima SMS hampir setiap hari dan hari ini pun ada. Saya telah membuat beberapa laporan polis sebelum ini mengenai ugutan-ugutan berkenaan dan akan membuat laporan polis esok berhubung kes terbaru itu," katanya.

Nallakaruppan yang juga presiden Malaysian Indian United Party (MIUP) berkata, SMS itu mengancam nyawanya tetapi beliau enggan mengulas mengenai perkara itu secara terperinci sebelum membuat laporan polis.

Terdahulu dalam ucapannya, Nallakaruppan mendakwa Anwar telah menerima wang sebanyak RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian iaitu Magnum Corporation Bhd.

"Anwar mengambil wang sebanyak itu dari tangan saya sendiri. Saya tidak tahu apa dia buat dengan wang itu, tetapi dia memutar kata-kata menuduh saya yang ambil wang itu," katanya.

Nallakaruppan, yang pernah menjadi pengarah perhubungan awam Magnum berkata Anwar juga semasa menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri meluluskan banyak lesen perjudian untuk kedai empat nombor ekor.

Beliau berkata pendedahan ini dibuat kerana rasa cintakan negara ini dan tidak mahu pemimpin yang tidak boleh dipercayai menerajui negara ini.

"Saya sudah buat salah dulu (kepada rakyat), saya mahu minta maaf kerana mengikut Anwar dahulu," katanya.

Nallakaruppan berkata beliau tidak sedikit pun terkejut apabila timbul pelbagai tuduhan terhadap Anwar kerana beliau mengetahui siapa sebenarnya Anwar yang digauli 30 tahun.

"Selepas main tenis saya tahu mana dia pergi, sebab itu saya tidak terkejut," kata beliau.

Beliau juga mendakwa menyimpan lima pita rakaman di luar negeri dan sekiranya terjadi apa-apa kepadanya pita itu akan didatangkan ke sini

Sehubungan itu, beliau mahu pengundi di Permatang Pauh supaya tidak membuat pilihan yang salah pada 26 Ogos ini dengan memperjudikan nasib bangsa dan negara.

-- BERNAMA

Syahir the Owl berkata...

Saya berpendapat jika pita rakaman itu benar, tepat dan asli...riwayat ANWAR akan terkubur. Hanya Nalla yang tau..

Ingatlah...Anwar pernah bersumpah dengan nama Allah 10 tahun lepas. Maka sumpah-sumpah ini tidak boleh dibuat main2...termasuk juga saudara Saiful.

Syahir the Owl berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=j16hc_OVTpA&feature=related

Syahir the Owl berkata...

haha! Politik Malaysia sudah ke peringkat klimaks. Umpamanya, balas membalas antara satu sama lain.

Anwar dedah ttg Najib, Najib tak bodoh..Najib pula dedah sama Anwar. Nalla dedah sama Anwar juga. Selepas itu, RPK dedah ttg Najib n Alhantuya..hahahaha!!

Yang tepuk...Keri dan Dolah. Tak perlu susah2 nak kena jawab kritikan Dr.M terhadap mereka berdua yang membangsatkan nusa bangsa n tanah air..

Yang penting, jangan lupa ttg Dollah n Keri pengkhianat ini. UMNO reforms tetap bergerak maju!

Syahir the Owl berkata...

Dengar khabar terbaru...orang PAS kemungkinan sabotaj undi dengan undi BN kerana mereka kecewa dengan Anwar yang tak bela kesucian agama Islam, nasib orang Melayu dan tanah air ini. Orang PAS diperingkat atasan sudah sms orang bawah supaya TOLAK ANWAR.

Kedua, dengar khabar 2 ahli parlimen PKR (Melayu) di utara akan keluar PKR dan 1 di NS. hehe...Anwar ni, betul ke nak tubuhkan kerajaan?? Aku musyhkil....

rasyd berkata...

syahir the owl

saudara suka dengar khabar.sebelum saudara sebarkan kepada org lain apa kata saudara renungi ayat ni;

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"

saudara org umno yg menyokong dr mahathir dan menolak pak lah dan khairy jamaluddin.dan saudara sayangkan umno.Sy pinta saudara fikir sejenak,kenapa sejak sekian lama telah menjadi tradisi bekas pemimpin umno akan keluar parti dan mengkritik dgn kritikan menjatuhkan pemimpin baru?dari situ kita dpt buat conclusion(tanpa dgr khabar) bahawa fundamental umno sendiri dah hancur.umno sendiri dh x relevan.

jadi x perlu la saudara mencari kelemahan bakal perdana menteri malaysia,anwar.Anwar tidak perlu besumpah untuk mengikut telunjuk 'kamu2' yg berdusta spt dlm ayat Allah;

"Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Olah kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta"

"Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). Jika tak ada dua oang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil"

Sibuk2 kan lah diri saudara untuk menyelamatkan umno kerana sy yakin umno akn terkubur tidak berapa lama lagi.Saudara sendiri dalam artikel mendakwa rakan2 anda yg dulu bersama dalam BN telah 100% beralih kepada pakatan.Sebenarnya bukan mereka sahaja yg berubah,tapi sy,saudara mara sy,keluarga dan rakan2 sy juga telah berubah.Alhamdulillah kerana Allah telah membuka hati dan mencerdikkan akal fikiran kami.

Jadi sy doakan supaya saudara juga dpt melihat yg benar itu benar.amin

Tanpa Nama berkata...

najwan,
sedap ke kopi dalam teko yg si sepul pegang tu? dia ke yg tolong bancuh kopi tu? eheheheheh sajer je nak tau.... :-p
-ginger-

Tanpa Nama berkata...

Syahir the Owl,

Cuba kau perhatikan budaya ini:
Mula-mula,
1. Sayfool sumpah di liwat,
2. Najib sumpah tak kenal
Altantuya, ( ini kali ke 2
dia buat begitu)
3. Puteri UMNO sumpah undi UMNO
sampai kiamat, dan sekarang
4. Tajol Rosli sumpah tak terbabit
dengan penahanan EXCO perak.

Nampak tak betapa mudahnya orang mempermainkan sumpah. Tapi yang aku heran semuanya dtg dari puak-puak UMNO. Kalau orang yang betul-betul faham ajaran Islam sebenar, mereka akan tahu bahawa sumpah tidak boleh sewenang-wenangnya dibuat macam ia suatu permainan. Dan sedarlah akibat tindakan bangang org yang suka sangat bersumpah-sumpah ni, kau lihat di blog-blog lain bagaimana orng bukan ISlam telah memperlekehkan tindakan sumpah menggunakan kitab alQuran kita tu. Sebagai orang Islam kau tak rasa malu ke? Sedih ke? atau tak rasa apa-apa ke? Tapi tak boleh nak salahkan mereka yang bukan Islam tu sebab yang mula buat tahinya orang yang mengaku Islam juga...

Lepas ini siapa pulak akan bersumpah? Ntah-ntah kau sendiri syahir the owl? Sheesh..!

Mr. X berkata...

TOKSAH MENGARUT!
semalam aku hadiri ceramah husam musa dan tuan guru nik aziz nik mat di komplek rakan muda bandar baru bangi (stadium belakang amir ali seksyen 15)

pimpinan pas sendiri setuju untuk angkat anwar ibrahim jadi pm.
pasal isu bersumpah, takkanlah kerana sumpah si saiful, habis sentot semua orang, badan kehakiman pun habih hilang kuasa, polis pun xbuleh nak buat apa, seolah2 sumpah saiful tu satu imuniti buat beliau..


hangpa bayangkanla, cuba lepas ni ada kes yang melibatkan orang islam dan orang india contohnya..

tiba2 si india ni bersumpah dengan nama tuhan dia..
si islam pun turut sumpah dengan nama allah bahawasanya sekian2..


cuba hangpa pikiaq, kita orang islam tentulah percaya pada tuhan kita iaitu Allah..
habis orang india pun mesti la nak percaya pada tuhan depa jugak ya ka tidak?

kalau terjadi perkara ni, kan susah.. kalau semuanya nak diselesaikan dengan cara sumpah, habis semuala penjenayah, pembohong, orang munafiq semua berani sumpah..

pasal isu sumpah india lawan sumpah melayu, satgi tiba2 sebagai contoh takdir memihak pada orang india tu, aku rasa ramai umat islam ragu2 dan iman depa goyang pasal semua orang duk kata tuhan india ni konon lebih kuat dari tuhan kita.. [nauzubillah, tapi aku harap hangpa paham na apa yang aku nak sampaikan, jgn salah paham pulak]
kan ka haru kalau lagu tu?

anakjohor berkata...

Bila Bala buat surat akuan bersumpah, Najib pula sumpah tak kenal Altantuya.

Bila Dr. Pusrawi buat surat akuan bersumpah, Saiful pula sumpah dia diliwat.

Bila RPK buat surat akuan bersumpah pasal bini Najib, Rosmah buat dek jerr (mungkin belum bersedia lagi).

sumpah vs sumpah = sesumpah

Aku perasan sumpah-sumpah org umno ni mula dipratikkan berleluasa sejak Ezam masuk umno. Now i wonder whos the teacher..?

Beria-ia Ezam masukkan diri dalam tv. Sakit kepala aku dgr dia bersyarah w/pun cuma bberapa saat.

r_feev berkata...

Moga tiada lagi anak muda dipergunakan samada dari Pakatan mahupun Barisan Nasional untuk kepentingan politik peribadi atau konspirasi politik... Amin....

Syahir the Owl berkata...

Ok rakan-rakan sekalian. Pandangan anda semua terutamanya rasyd akan diteliti oleh saya.

Saya akui sumpah sumpah ni tak boleh dibuat main, tidak kira samada orang UMNO, PKR dan PAS atau sesiapa umat Islam pun. Jika dibuat main2, maka bala akan menanti terhadap individu itu :-)

www.gunungraya.blogspot.com

rasyd berkata...

saudara najwan,bila mahu upload posting berkenaan video penjelasan ustaz porigi?

Mr Green berkata...

Saya ada dua klip utz ramlang dilaman blog saya...

Tanpa Nama berkata...

saya sbg ibu yg mempunyai anak anak lelaki dan perempuan amat simpati terhadap saiful. semoga pembalasan yg setimpal terhadap sesiapa yg telah aniayai dia. jgn terlalu hinakan org yg diliwat kerana dia dan Allah dan peliwat sahaja yg tahu.

Sekiranya pengakuan dia di liwat itu dianggap jijik tetapi hakikatnya yg meliwat tu lagi jijik. Saya rasa saiful ambil langkah yg tepat supaya dia tidak diliwat lebih lama lagi.

amin

Kerajaan Rakyat berkata...

Salam saudara Najwan Halimi,

Doa saya semoga kehidupan saudara akan dirahmat dan diberkati ALLAH.

Semoga Saiful akan mendapat pembalasan yang setimpal dari ALLAH di atas segala perbuatan dan fitnahnya.

Salam takzim

Ahmad Fadhil Zhafri berkata...

Saiful!!!!!!!! What is the point for you to have a lot of money? U trying to tell people the amount of money that u get from you selling ur dignity?

Tanpa Nama berkata...

Kepada Najwan,

Aku nak jumpa kau dimana Najwan? Aku betul betul nak jumpa kau dan bertanya secara berdepan tentang budak Saiful ni sebab aku baca artikel kau ni macam kau kenal betul luar dalam Saiful ni.

Sebab aku kenal betul betul kenal siapa Saiful ni dan apa yang kau tulis langsung tak sama la. So, aku nak jumpa kau utk tanya secara langsung macamana orang macam aku yang kenal Saiful ni dari berhingus sampai hari ni, langsung tak sama dengan apa yang kau dan ada beberapa orang lain canangkan dalam dan luar blog ni.

So kalau kau berani kata seperti apa yang kau kata kat sini, berani buat, aku harap kau sanggup tanggung. ok?

So beritau aku kat mana kita boleh jumpa?

Mercedes_Freak berkata...

Tanpa bernama, why dun u introduce who u are first. I believe that it is not proper for u to see someone without introducing urself first. I have heard from Najwan about this boy. Why he is an angel in ur eyes bro? To me looking can be deceiving bro..

Tanpa Nama berkata...

Entah-entah uncle pet tak yg komen kat atas tu, haha!

Mercedes_Freak berkata...

Uncle Pet? who is Uncle Pet??? Do I sounded like him? I dun think so. Dont accuse people bluntly bro.