Iklan

Rabu, Ogos 20, 2008

Sumpah Yang Sampah (4)

Saya meneliti laporan beberapa laman blog sekitar isu sumpah sampah Saiful Bukhari Azlan baru-baru ini. Fakta menarik yang saya kira wajar didedahkan untuk pengetahuan ramai ialah status latar belakang salah seorang saksi (gambar atas) yang dilihat berada di lokasi di mana upacara sumpah tersebut diadakan.
Menurut sumber dari blog-blog tertentu melaporkan bahawa individu yang dikatakan salah seorang imam Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta yang menjadi saksi lafaz sumpah Saiful Bukhari Azlan bernama Ramlang Porigi. Setelah disemak senarai nama imam yang bertugas di masjid tersebut, jelas nama Ramlang Porigi tidak terdapat dalam senarai.
Ramlang Porigi dilaporkan bertugas sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam di Cawangan Sumber Ilmu & Maklumat di Masjid Wilayah Persekutuan dan juga merupakan salah seorang ahli Urusetia Induk Jawatankuasa Pengurusan Jenazah Orang-orang Kenamaan di masjid tersebut.
Apa yang mengejutkan ialah perincian mengenai identiti serta latarbelakang Ramlang ini diputarbelit oleh media milik UMNO. Hakikatnya, Ramlang merupakan salah seorang ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Macang dalam Bahagian Bukit Mertajam (nombor ahli: 03405843) serta seorang pengundi berdaftar di bawah kawasan Parlimen Permatang Pauh!

Oh ya! Dan jika sekiranya kalian ingin berkenal-kenalan dengan Ramlang Porigi secara lebih akrab lagi, dialu-alukan untuk melayari laman friendster beliau!

19 ulasan:

kamitaken berkata...

keep it up bro! mari kita lihat drama swasta ini akan berakhir di siri keberapa... huh! saspen jugak drama ni..

Mr Green berkata...

RAMLANG PORIGI ADALAH PENGUNDI HANTU DI PERMATANG PAUH!...

TAK PUN PENYOKONG TUNGGAL CALON BEBAS!

Tanpa Nama berkata...

Huahahahahah ! Dah terpecah rahsia! Siapa kena bala sekarang? Apa daaa anak Porigi ni. Kerja dia tahap "pembantu" dalam urusan mayat je rupanye, tapi dah berangan nak jadi imam besar! Pembantu tu kalau dalam jabatan kerajaan lain disebut juga budak pejabat ala.. ofis boylah cakap omputih.

Tapi, bila ku fikir-fikir balik... mungkin dia kat situ sebab nak buat pemerhatian dan estimation ukuran berapa banyak kain kapan dan sebesar mana lubang kubur utk dak Shitfull in case konspirasi ni gagal kot... anything is possible, ini kan Malaysia ! Lagi klakar bila aku tengok diapun ada frendster, muahahahaha! Dunia, dunia ...!

ashira berkata...

hehe..tula..imam pon ade friendster kanss...:)

Tanpa Nama berkata...

Sedikit pelik sebab dalam friendster, dia bagitau yg dia orang sandakan, sabah; macam mana dia boleh mengundi kat Permatang Pauh lak..?

bukan imam IT berkata...

ini imam zaman IT, ada friendster..dia sangat cool!

Tanpa Nama berkata...

Gamaknya dah tak de kerja "imam" kita ni sampai banyak masa untuk berfriendster. Ramlang, Ramlang...

ashira berkata...

ha tula psl kan tanpa nam..'imam' ni org mn sebenarnya? ataupun sy yg xtau mmg boleh mngundi kat mn2 yg kite suke?? (",)

Tokapi berkata...

Salam..

Salah ke Us. Ramlang Porigi ni mengundi di kawasan dia? Utk pengetahuan semua, Us. Ramlang ni memang pengundi di kawasan P44 Permatang Pauh... x caya? cuba check semakan daftar pemilih sebelum ini (http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/) dan bukan yang khas untuk permatang pauh, yg t elah diupdate (http://daftarj.spr.gov.my/permatangpauhNEW/prayakecil.aspx)

Anda akan dapati nama beliau juga memang tertera di situ.. Ini bermakna dia bukan saja2 'dihantar' untuk mengundi hanya pada kali ini!

Ust Ramlang juga memang seorang kakitangan Masjid.. x caya carilah nama dia dalam Jakim..

Dan untuk memastikan ust Ramlang bukan pengundi hantu, bukak http://www.ahliumno.com.my dan check IC Ust Ramlang.. tertera di situ Ahli Pemuda UMNO bahagian Bukit Mertajam! Bukit Mertajam berada di DUN Penanti dan ia berada di Parlimen Permatang Pauh!.. adakah salah untuk beliau mengundi?

Adakah salah org UMNO menjawat jawatan Imam Rawatib di masjid2?

Adakah salah orang yang dilahirkan di Sarawak/Sabah, membesar di Pulau Pinang, bekerja di KL dan balik mengundi di kampung halaman?

buat pengetahuan juga, Us Ramlang adalah bekas penuntut Madrasah Manabi-Ul Ulum Penanti BM Pulau Pinang

meh kenal ngan ustaz ni - http://profiles.friendster.com/43341251

Sebelum menuduh, baik siasat dan perhati betul2..

Wassalam

zami berkata...

soalnya, ialah kenapa media mendakwa Ramlang ni imam padahal dia sekadar pengurus jenazah?

ini suatu fakta yg cuba dibuat utk mengelirukan rakyat!

Batis Batagar berkata...

Salah sorang imam islam hadhari, maklumlah imam muda siap ada friendster lagi. Dahsyat imam ni. Tengok betul-betul masa dia perhatikan Sipol bersumpah... siap senget-senget kepala lagi. Dahsyat imam ni... hu..ha..haa..

ShahMas berkata...

Saya bersetuju dgn pendapat Saudara Tokapi bahawa kita tidak sepatutnya dan sewenang2 menghentam Individu yg menjadi saksi lafaz sumpah tersebut.
Begitupun saya amat bersetuju dgn pendapat Saudara Zami bahawa media kerajaan sering memutar belitkan fakta yg pada pendapat saya satu tindakan yg bacul dan tidak amanah demi menjaga kepentingan kepartisan. Generasi baru kini bukan lg bodoh menerima bulat2 apa yg media kerajaan paparkan.
Hakikat dan persoalannya mengapa masjid Wilayah Persekutuan tidak menyediakan imam yg betul2 layak untuk menjadi saksi bg isu yg besar seperti ini? kenapa menggunakan seorang pembantu hal ehwal islam dan pengurus jenazah? Mungkin semua imam di masjid wilayah persekutuan sedang MC ataupun ada urusan lain yg lebih mustahak sehingga terpaksa mengarahkan En.Ramlang menjadi saksi?
Jangan sampai isu sumpah ini menjadi sumpah-sumpah yg hanya pandai tukar warna dan menjelirkan lidah....

Tanpa Nama berkata...

Saiful telah bersumpah dgn menggunakan nama Allah, jadi jgn memperkecilkan perlakuan sumpah atas nama Allah, kerana sumpah itu satu syariat... Sama ada Saiful benar atau salah itu terserah kepada Allah yang Maha mengetahui...

anakjohor berkata...

Kami berbincang kerana mendapati terlalu banyak KEBETULAN. Salah ke? KEBETULAN sumpah dibuat sehari sebelum penamaan calon. KEBETULAN juga ustaz itu pemuda umNO yer..? KEBETULAN juga ustaz itu pengudi Permatang Pauh. KEBETULAN ustaz ini mengurus jenazah org2 KENAMAAN? Adoi..(OUCH!)

Tanpa Nama berkata...

zami berkata...
soalnya, ialah kenapa media mendakwa Ramlang ni imam padahal dia sekadar pengurus jenazah?

ini suatu fakta yg cuba dibuat utk mengelirukan rakyat!

Ogos 20, 2008 3:04 PM

Zami, ko pernah gi sembahyang kat Masjid Wilayah tak, kalau setakat pergi beberapa kali, baik ko senyap!

Tanpa Nama berkata...

Tapi jgn la sampai kata sumpah tu sampah....

iza berkata...

wat eva...hrp2 by-election ni dmenangi oleh mereka yg berada dijalan yg benar..

Tanpa Nama berkata...

ape slh friendster smpai diperbesar isu tu.. salah sgt ke dak ramlang ni ada friendster?
mane punye fatwa ko amek ckp join friendster ni salah. aku rase friendster dgn blogging, kedua-duanya menghabiskan masa..

Tanpa Nama berkata...

itu la kan..salah ker us nak ada frester?ape jadi ustaz x ley celik it ker? mak dato ko duduk tahun mane?skang bukan zaman it ker?sedap2 ko kritik org,,nak tanya skit ape ko buat nak naikkan ekonomi negara?nak naikkan nama bangsa?selain ko naikkan gelodak panas ati di kalangan manusia?jgn cakap kosong jew, buat dulu.aku x tw la sape btol sape salah kes anwar and sepol ni..penin!