Iklan

Selasa, Ogos 19, 2008

Sumpah Yang Sampah (3)

Paparan imej di atas merupakan transkrip emel yang dikirim oleh Saiful Bukhari Azlan sehari selepas beliau membuat laporan polis dengan mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar Ibrahim, seorang warga emas yang mengalami sakit tulang belakang.
Baru-baru ini, Saiful Bukhari yang cukup dikenali sebagai seorang kasanova sewaktu di kampus telah meminta tuhan melaknat dirinya dan keturunannya seandainya apa yang didakwa oleh beliau (bahawa dirinya telah diliwat oleh seorang warga emas yang menderita sakit tulang belakang) adalah tidak benar.
Ketika melafazkan sumpah (sambil memegang kitab suci Al-Qur'an dengan tangan kiri!), Saiful Bukhari telah tersasul sejak dari awal dengan mencampur-adukkan lafaz "wallahi, wabillahi, watallahi" dengan lafaz yang berbeza. Saiful Bukhari juga kelihatan keliru dengan tarikh sebenar dakwaannya diliwat. Mana satu yang betul: 26 Ogos atau 26 Jun?
Berbalik kepada transkrip emel yang dipaparkan di atas, Saiful Bukhari jelas keliru dengan kata-kata pujian ke atas tuhan yang esa. Apakah layak Allah didoakan dengan salawat dan salaam? Saya kira Allah itu Maha Agung dan Maha Besar serta tidak layak bagi-Nya didoakan dengan salawat dan salaam oleh seorang hamba yang diciptakan-Nya sendiri.
Ketika menonton siaran sumpah yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari tempoh hari, saya terus teringatkan transkrip emel ini. Dan saya tidak terkejut bilamana Saiful Bukhari sendiri keliru dengan lafaz sumpah beliau kerana hakikatnya, beliau juga tidak tahu menghormati nama tuhan yang menciptakannya!

6 ulasan:

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Nampaknya terpaksale mamat pergi balik sekolah agama rakyat utk membezakan antara S.A.W dan S.W.T ....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Tanpa Nama berkata...

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah berjaya menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN)hari ini.

Difahamkan, beliau sedang pulih dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Menurut laporan Star Online, Musa, 57, telah dinasihatkan menjalani pembedahan tersebut ekoran pemeriksaan rutin di IJN minggu lalu.

Menurut laporan itu lagi, para doktor tidak membenarkan sesiapapun menziarahi beliau.

p/s: Tiba-tiba kena sakit jantung sampai kena bedah-bedah... err ini boleh dikategorikan sebagai dah terkena sumpah laknat si Shitfull tu tak?

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullahazim,sebagai seorang muslim,jangan mudah menyatakan musibah keatas seseorang oleh kerana kaitannya dengan sumpah,sedangkan kita tidak tahu sama ada sesuatu perkara itu berlaku atau tidak.

Tanpa Nama berkata...

KUALA LUMPUR: Orang yang mendakwa dirinya diliwat tanpa bukti empat orang saksi lelaki yang cukup syarat boleh mengemukakan sebarang bukti yang boleh diterima di mahkamah bagi menyokong dakwaannya itu.

Klinik Hukum Syarak dan Guaman Syarie, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengeluarkan resolusi itu semalam menyebut, jika seseorang itu tidak dapat mengemukakan bukti diliwat dia dianggap melakukan tuduhan qazaf.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, orang yang melakukan qazaf apabila tidak dapat mengemukakan empat saksi lelaki, boleh meminta mahkamah supaya orang yang dituduh meliwat bersumpah bahawa dia tidak meliwat.

Jika yang dituduh meliwat bersumpah, penuduh dikenakan hukuman qazaf. Jika yang dituduh meliwat enggan sedangkan yang menuduh bersumpah dia benar dalam tuduhannya, tuduhan qazaf terhadapnya gugur. Namun, pertuduhan liwat tertuduh tidak sabit walaupun yang menuduh bersumpah.

Menurut kenyataan itu, sumpah dalam kes qazaf hanya ada dalam mazhab Shafie dan boleh dilakukan selepas ada pendakwaan di mahkamah.

“Sumpah yang dimak-sudkan tidak boleh ada unsur laknat. Sumpah laknat hanya dibenarkan dalam kes li’an antara suami isteri. Bersumpah meletakkan tangan atas al-Quran tidak disyariatkan,” kata kenyataan itu.

Katanya kenyataan itu, pembuktian qazaf dapat dilakukan dengan cara mengikut tertib iaitu orang yang mendakwa menjadi mangsa tuduhan qazaf perlu mengemukakan

dua orang saksi yang mencukupi syarat, membuktikan kesahihan dakwaannya itu.

“Kedua, jika tidak dapat mengemukakan dua saksi

lelaki, pengakuan orang yang didakwa membuat tuduhan qazaf boleh diambil kira.

“Ketiga, jika orang yang dituduh meliwat tidak dapat mengemukakan dua saksi atau pengakuan orang yang menuduhnya, tuduhan qazaf boleh disabitkan dengan sumpah,” kata kenyataan itu.

Ibnu_Ismail berkata...

kat mane dlm gambar tu die kate salam pada Allah Najwan? ke aku dpt buka separuh je gambar tu?

Salam yg starting tu, short form bagi Assalamu'alaikum, kan?

Reezl berkata...

wahai ibnu Ismail..
mamat sepot tu tulis Allah S.A.W...
itu untuk Rasullullah je...

Allah S.W.T. bukan S.A.W..
baca balik...