Iklan

Rabu, Ogos 06, 2008

Sempurna Sudah Sebuah Konspirasi!

Kata teman saya Amin, moral UMNO telah tewas. Pada hari di mana Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan perletakan jawatannya selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh, beberapa ketika kemudian, pihak polis mengumumkan bahawa kertas siasatan kes liwat Anwar Ibrahim telah siap dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Hari ini, sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan tarikh hari penamaan calon serta tarikh hari pembuangan undi untuk pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, beberapa ketika kemudian, pihak polis bertindak menyerahkan notis mengarahkan Anwar Ibrahim agar hadir ke Mahkamah Majistret, Jalan Duta esok bagi menghadapi dakwaan pertuduhan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan.
Saiful Bukhari saya kira antara yang paling gembira hari ini. Sehingga kini, dia masih menyembunyikan diri, melontar 'batu' di dinding sibernya sambil dibelai di bawah perlindungan polis. Jika sebelum ini dia mendakwa dirinya berpijak di atas paksi kebenaran dan keberanian, pun demikian sehingga kini dia masih menyepi dan tidak berani berdepan dengan realiti.
Nah! Esok hari yang dinanti-nanti olehnya. Cita-cita beliau sejak dari kampus barangkali semakin terlaksana. Anwar Ibrahim harus direbahkan dan dinafikan kebangkitannya. Maka lengkaplah sudah konspirasi politik ke atas Anwar.

7 ulasan:

badaksumbu berkata...

Akhirnya DSAI akan dihadapkan ke mahkamah. Termasuk kes ini sudah kali kedua beliau dihadapkan ke mahkamah atas kes liwat. Diharapkan semoga pihak yang bersalah akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

Disini kita sebagai rakyat malaysia akn melihat perubahan yang dilakukan oleh kepimpinan AAB terhadap proses perundangan dan kehakiman malaysia adalah suatu perubahan yang baik ataupun sebaliknya. Ini seperti kata encik syed akan menjadi perhatian dan menarik minat orang luar dan masyarakat global secara umumnya.

pewaris reformasi berkata...

dan medan ini akan melondehkan pekung bahawa di bawah pemerintahan Pak Lah, kedurjanaan sistem adalah lebih teruk berbanding zaman Mahathir!

kata teman aku dari Zimbabwe "di mana2 diktator itu hampir sama saja!"

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Bermulalah sebuah drama kesinambungan dari drama98, adakah sekali lagi rakyat akan turun ke jalanan, bagi pendapat saya kita ke arah Permatang Pauh sekarang bukan di jalanan kalaupun DSAI akan ditahan kerana jika menang, kita akan tubuh kerajaan baru, turun ke jalanan mengundang alasan darurat oleh pemerintah dan akan membantutkan usaha kita selama ini.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

tangansotong berkata...

Pagi ini Anwar dhadapkan di mahkamah dan pagi ini juga beliau bebas dengan ikat jamin RM20000. Perbicaraan terhadap kes beliau akan berlangsung pada 10 September 2008. Nampaknya kerajaan dah kasi can pada Anwar untuk bertanding pilihanraya Permatang Pauh nanti... Anwar dan penyokongnya patut bersyukur, bukan asyik menghentam kerajaan je...

Tanpa Nama berkata...

anwar perosak malaysia

Tanpa Nama berkata...

UMNO a.k.a rejim dollah bodohwi
pembelot,pengkhianat,pendusta n penderhaka bangsa,agama n negara...

manakala mereka2 yg bersekongkol n memberi kuasa kepada pengkhianat2 ini adalah manusia2 yg bersubahat yg mana hukum dosanya adalah sama disisi ALLAH...

akal yg dianugerah yg MAHA ESA tidak diguna pakai.nafsu n hasad yg memjadi pedoman...

akuyangpeliktakhabis.com

Ahmad Fadhil Zhafri berkata...

Najwan, keep up the good work...i appreaciate ur writing bro...very thoughtful