Iklan

Rabu, Ogos 20, 2008

Ramlang Porigi Dinaikkan Pangkat!

Seorang teman memaklumkan kepada saya perihal Ramlang Porigi (gambar atas), saksi yang didakwa sebagai iman Masjid Wilayah Persekutuan tatkala Saiful Bukhari Azlan melafazkan sumpah laknatnya tempoh hari.
Agak mengejutkan kerana pautan direktori kakitangan Masjid Wilayah Persekutuan sudah pun dikemaskini hari ini. Jika semalam, direktori tersebut menyatakan terdapat seramai tiga orang imam yang bertugas di masjid itu, hari ini jumlah imam yang bertugas meningkat menjadikan jumlahnya seramai lapan orang.
Menariknya, salah seorang daripadanya adalah Ramlang Porigi, ustaz muda yang meminati Linkin Park dan mempunyai laman friendster sendiri!

27 ulasan:

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Fulamak, begitu cepat sekali mereka menukar carta orginasasi, tulah tapi dah kantoi, sapa mamat nie, takpalah takla takut sangat, imam ada lapan....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Tanpa Nama berkata...

dia ni betul2 ustaz ke? saya tak percaya dia ni islam
try tgk page friendster dia. di bahagian paling bawah page tersebut tertera "ramlan's activity"

ramlan agreed on the opinion
books are reaLLy grEat..i L0ve reaDing any christiAn reLateD b0oks..and it's worth spEnding timE in reaDing b0oks..c:

sebagai seorang ustaz tanggung jawab beliau adalah mengkaji dan mendalami ilmuan2 islam bukannya menyesatkan diri mengkaji agama kristian yang sudah terbukti sesat itu.

atau beliau adalah seorang kafir laknat yang bertopengkan jubah dan kopiah sebab itu berani menemani sayfool bersumpah laknat.

ibnuadnan berkata...

hentikanlah fitnah ni!

utk pengetahuan korg..

ustaz ramlang porigi mmg imam kt masjid wilayah..
x caya? g sana sendiri, tgk ngn mata kpl, tnya org2 sana..
pastu jumpa dia, jgn lupa minta maaf lol..

ttg jwtn dia sbg pembantu hal ehwal islam, ye mmg btul itu jwtn dia. tp tugas dia sbg imam..
tau kn apa beza jwtn dan tugas? klu xtau g skolah balik...

knp dia mngundi kt pmatang pauh?
ok..dia mmg pngundi bdaftar kt sana cos sblum jd imam masjid wilayah dia dok n bkerja kt sna..

mmg dia org sabah, tp dia membesar kt penang..n dia adlh x-student pondok penanti

mcamana akau tau kisah dia? aku classmate dia kt pondok penanti dulu!

so jgnlah nak fitnah dia lg!!!

bumilangit berkata...

tanpa nama, agak2 la nak kutuk. aku bukan saja buku kristian dan bible, buku dalai lama, saintoloji, semua aku baca. tak tinggal solat gak.

ibnu adnan. ada kemungkinan awak betul. ini bukan fitnah. ini keraguan munasabah. page frenster dia belum tukar pangkat dia lagi.

hmm...

anakjohor berkata...

Terlalu banyak kebetulan. Tu yang kena kaji ni. Fuh, bukan senang nak jadi imam..

Batis Batagar berkata...

Kebetulan Ramlang Porigi nak dinaikkan pangkat sebagai imam, kebetulan pulak dia ni pengundi di Permatang Pauh, kebetulan lagi masa sifol bersumpah dia tengah bertugas di Masjid Wilayah, kebetulan pulak imam ni pengkaji kitab2 kristian dan macam-macam kebetulanlah yang ada sekarang di Negara ni. Kebetulan yang paling best ialah KJ tu menantu Pok Loh.

Kerajaan Rakyat berkata...

Salam Najwan dan pembaca blog ini,

Hebat komen batis batagar,.. dan satu lagi kebetulan.

kebetulan Datuk Seri Anwar difitnah dan dikhianati, maka dapatlah Abdullah Badawi jadi perdana menteri.

Andainya Anwar tidak dikhianati, rasanya sekarang Malaysia nyaman ditadbir oleh Anwar Ibrahim.

Salam takzim

Tanpa Nama berkata...

Kebetulan plak Shitfull bersumpah sehari sebelum penamaan calon. Kebetulan masa dia bersumpah mula mula dia sebut dia diliwat pada hari pengundian Permatang Pauh 26 Ogos. Kebetulan lafaz sumpah dia dibetulkan oleh Pak Imam kita yang baru di naikkna pangkat, anak Porigi. Kebetulan pulak Imam ni Imam rock, ada Friendster dan peminat Linkin Park. Kebetulan diapun ahli pemuda UMNO. Kebetulan dia mengundi di Permatang Pauh.

Kebetulan pulak 2 exco Perak ditangkap BPR. Kebetulan pula BPR Sabah hingga setakat ini sekadar masih menjalankan siasatan keatas ahli politik Sabah yang disyaki terlibat rasuah walaupun kes tu lebih lama dari kes di Perak. Kebetulan pula semalam aku tertengok Tok Jib melalak dlm TV3 suku menghentam konon penyokong PKR tak beradab sopan, mencemarkan Malaysia bumi bertuah. Yang bini dia bergesel pipi dgn ShahRukh Khan tu sopan? Yang penyokong BN dua ekor jantan berantai dgn rokok di tangan tu buat perlakuan macam anjing mengawan tu bersopan? Yang perlakuan puteri-puteri UMNO "gelenyar" ngan sekor mamatlagak Mat REmpit dok jolok-jolok pungkok masa hari penamaan calon tu bersopan? Kebetulan? Atau suratan?

hisham berkata...

hehe..tahniah ramlang porigi kerana anda dinaikkan pangkat...

Tanpa Nama berkata...

kebetulan juga dr 15 friends di fs Imam Ramlang Porigi semalam menjadi 32 friends hari ini... berganda setiap hari lepas nih...

anyway,tahniah Imam Ramlang Porigi dinaikkan pangkat...

Tanpa Nama berkata...

Wah imam ni hari-hari log on to Friendster ke, sampai boleh update friends dia? Dunia, dunia. Imam macam ginipun ada...kebetulan lah tu...

Tanpa Nama berkata...

aik, x kan salah gak imam ade Friendster...

hahaha berkata...

Salah tu tidakkk, tapi takk betulll!

hahaha berkata...

Salah tu tidakkk, tapi takk betulll!

ashira berkata...

hahaha..sume terjadi secara kebetulan gamaknye iyer..??

ibnuadnan berkata...

apa yg slhnya imam ada frendster..kolot btul korg

ibnuadnan berkata...

Ramlang Porigi pulak jadi popular. Padahal dia hanya sekadar saksi untuk sumpah Saiful Bukhari. Saksi bukan pengadil. Saksi juga bukan penghukum. Salah atau betul sumpah saiful bukhari, peduli apa bagi diri saksi seperti Ramlang.

Kita juga saksi yang menyaksikan sumpahnya Saiful Bukhari. Bezanya, Ramlang menjadi saksi dengan mata kepalanya sendiri sumpah berkenaan. Sedangkan kita hanya menjadi saksi berdasarkan rakaman di TV.

Orang kata, angkara politik manusia sanggup berbunuhan. Sanggup pulau memulau. Sanggup bercakaran sesama sendiri. Sanggup lakukan apa sahaja.

Hakikatnya bukan politik saja, tapi sikap taksub dan melampau itulah puncanya. Dalam apa halpun, sikap melampau dan keterlaluan boleh membawa bala. Org cerdik boleh jadi dungu. Sikap tidak rasional akan menguasai diri.

Ramlang, sebelum ini hanya dapat kita lihat wajahnya di kaca TV setiap sebelum khutbah Jumaat dibacakan. Dia duduk sebaris dengan imam-imam lain dan sidang jumaat yg hadir. Dia tidak buat apa-apa kecuali duduk diam. Kamera TV akan bergerak sepintas lalu dan wajahnya sepintas lalu juga akan muncul di TV. Ramai orang tidak perasan akan kewujudannya pun.

Sekarang ini Ramlang sudah popular. Dipopularkan oleh sebahagian portal politik dan blog-blog politik. SMS tersebar di sana-sini menyebut2 namanya.

Puncanya mudah.

Kerana terlalu marahkan Saiful Bukhari, bukan setakat Saiful Bukhari yang dimarahinya, malah saksi yang menyaksikan sumpah mubahalahnya pun turut diseret sama. Habis latarbelakang Ramlang disiasat dan dilondehkan. Kemudian beliau dikait-kaitkan dengan pelbagai andaian. Ada yang mengaitkannya sebagai sebahagian dari konspirasi.

Dikorek-korek oleh mereka, dia ini imamkah. Atau menyamar sebagai imamkah. Atau dan atau..

Oleh kerana Ramlang berasal dari Sabah yang dan menjadi pengundi Permatang Pauh, maka dikaitkan bahawa beliau dihantar dari sana ke Permatang Pauh sebagai pengundi hantu atau sebagai agen untuk menjayakan konspirasi.

Kebetulan Ramlang adalah ahli UMNO, maka macam-macam benda yang diandaikan.

Saya fikir, sewaktu Saiful Bukhari bersumpah itu, kalau kebetulan mereka melihat ada seekor semut yang lalu di situ, maka sudah pasti semut itu juga akan dikatakan sebagai salah satu ‘barua’ yang sedang menjayakan konspirasi terhadap DS Anwar.

Sudah tentu semut itu dituduh sebagai pengundi hantu atau dihantar khas dari hutan mana entah untuk menghapuskan DS Anwar.

Juga mereka akan menyiasat siapakah semut itu? Mereka akan mempertikaikan tahap ke’semut’an semut itu. Semutkah semut itu. Atau semut-semut kah semut itu. Atau semut yang disemutkan sebagai semut kah? Atau yang disemut-semut-kan sebagai semut-semut kah?

Saya Kenal Ramlang

Dirinya, abangnya dan adik-adiknya cukup saya kenali. Isteri Ramlang juga saya kenal. Abang dan adik-adik isterinya juga saya cukup kenali.

Saya yakin, tuduhan-tuduhan jahat ke atas beliau adalah tidak benar dan tidak berasas samasekali.

Wahai kawan-kawan, bersederhanalah dalam segenap hal. Sikap melampau membawa padah!

petikan dari http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=90120

najwan halimi berkata...

Sdr Ibnuadnan,

Terima kasih atas respon dan penjelasan dari pihak sdr.

Saya mengandaikan persepsi sdr terhadap penulisan saya sudah dikelirukan dgn komen-komen yg tersiar.

Jika diteliti penulisan saya berhubung dgn kehadiran Ustaz Ramlang Porigi di majlis sumpah Saiful Bukhari Azlan, saya menyebut dgn jelas bahawa ianya dipetik dari laporan yang bersumberkan blog-blog lain.

Berkenaan dgn 'kenaikan' pangkat Ustaz Ramlang dlm entri ini, saya sebetulnya mengupas berkenaan dengan proses kemaskini pautan direktori kakitangan Masjid Wilayah Persekutuan yg secara tiba-tiba menyiarkan beberapa perubahan dari segi bilangan imam dan bilal, walhal ianya jelas berbeza pada hari sebelumnya.

Mudah-mudahan sdr dpt menjernihkan kekeliruan sdr yg begitu bermati-matian cuba mempertahankan Ustaz Ramlang tanpa menilai secara terperinci butiran penulisan saya.

Renungi dengan teliti, bukan ikut emosi.

Terima kasih.

ibnuadnan berkata...

maaf kiranya komen sy menggangu blog saudara..sy skadar mmberi penjelasan apa yg spatutnya spy kkliruan pembaca dpt djelaskn..
skali lg sy mmohon maaf dan skiranya komen sy kontra dgn pndgn saudara, saudara berhak delete sgl komen sy..

apapun kita ttp saudara seislam, jgnlah krn pmainan politik, umat islam bermusuhan..siapa yg untung

najwan halimi berkata...

Sdr Ibnuadnan,

Saya menghormati kesudiaan serta keterbukaan sdr. Jujurnya, saya tiada masalah dgn ulasan dari pihak sdr.

Sebagaimana saya punya hak utk menyatakan pandangan, sdr turut memiliki hak yg sama.

Terima kasih atas respon sdr serta penjelasan terperinci berkenaan Ustaz Ramlang. Sampaikan salam saya kepadanya.

Didoakan agar beliau terus istiqamah dan cekal dlm menjunjung amanah dakwah yg dipertanggungjawabkan ke atasnya.

Agak malang menyaksikan para agamawan dan rakyat dikelirukan oleh elit pemerintah yg rakus utk terus berkuasa.

Najwan Halimi

farahhanani berkata...

i like ustaz with friendster profile.
ikut perkembangan semasa.

boleh dakwah generasi muda.

rasyd berkata...

haha ibnu adnan ni umno trooper ke?

seboleh2 nk betulkan yg kebetulan tu

Tanpa Nama berkata...

Imam mmg bagus kalau ada friendster tp Imam mana boleh tulis kat dlm friendster tu yg dia minat linkin park.. mcm lain je bunyi dia kan...

Tanpa Nama berkata...

pemilihan music pun salah ke... adeh... macam2 laa korang nih skarang... aku tergelak je lah dgn statement yang agak2 tertutup pemikiran.. ustaz minat linkin park pun nk diungkitkan... hehehe besh laa korang membesar2kan citer... tabik

ibnuadnan berkata...

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat:6)

deepo berkata...

sebagai seorang ustaz tanggung jawab beliau adalah mengkaji dan mendalami ilmuan2 islam bukannya menyesatkan diri mengkaji agama kristian yang sudah terbukti sesat itu.
--------------------------------
kepada tanpa nama,

bagi awk,kami (christian) yg sesat, TAPI bagi KAMI awk yg sesat. So, x boleh salahkan sapa2 dlm hal ni. Msig2 ada ajaran dlm agamanya. Jgn la ktuk kita org sampai mcm itu, kita org x pernah diajar mengutuk agama org lain sekalipun bagi kita org agama dia ''berbeza''.

X salah dia kaji agama saya, maybe dia nak bandingkan Islam adalah agama yg betul. Itu cara dia nk buktikan agama saya ''sesat'' kan?

Membaca itu satu ilmu.Bukankah itu wahyu pertama dlm agama Islam? Saya pun membaca mengenai Islam, sebab bagi saya, saya masih dgn agama saya walaupun sy mengkaji agama lain. Tak juga saya ''tersesat'' pergi ke agama lain.

Mengkaji mengnai agama org lain adalah sesuatu pemahaman kita dgn agama seseorg itu. Supaya kita boleh mengelakkan salah fhm terhdp org lain. Contohnya, saya belajar mengenai islam supaya lain kali sy memahami rakan2 muslim saya yg lain dan sekurang2nya saya memahami apa yg boleh dan tidak boleh dlm agama mereka. Saya juga tidak akan menyebabkan mereka tidak selesa apabila bersama dgn mereka sebab saya menghormati dan memahami agama mereka.

Semua ini adalah give and take. Sama2 memahami. Itulah yg dinamakan sebagai perpaduan. Bagaimana kita hendak mencapai perpaduan sekiranya kita tidak memahami satu sama lain. Suami isteri pun perlu memahami diri msig2 kalau tak, bercerai lah jawabnya. Sama juga dgn hal ini.

Sentiasa berprasangka buruk terhadap org lain adalah tidak baik dan dilarang. Bukankah itu juga salah satu ajaran dlm Islam? Saya minta maaf lah kerana saya tahu saya bukanlah org yg layak berbicara mengenai hal ini.

Saya tahu kerana ramai org islam menyangka kami ini dgn pelbagai tomahan. Saya amat sedih kerana apabila berlaku nya sesuatu, automatic kamilah puncanya. Tapi tidakkah anda terfikir sebelum melontarkan sesuatu tuduhan, anda sepatutnya bertanya kepada kami? sebagai contoh, mengenai sumpah, semua blog just simply ambik apa yg org kata bersumpah itu amalan kami. Tapi tahukah anda itu BUKAN amalan christian?

Itu adalah amalan BARAT. Budaya mereka. Org barat bukan bermakna org christian dan org christian bukan bermakna org barat,kerana ramai diantara mereka adalah ''tidak beragama'' @ atheist.Bagi mereka bible itu hanya ''buku sejarah'', tidak bermakna apa2.

Fahami dulu budaya barat sebelum melontarkan apa2 tuduhan yg tidak munasabah.

deepo berkata...

Tanapa nama,