Iklan

Khamis, Ogos 07, 2008

Petra Dedah Akuan Bersumpah Dr. Osman Abdul Hamid

Sekitar jam 10 pagi hari ini, Anwar Ibrahim bakal didakwa di mahkamah atas 'pertuduhan' liwat yang membabitkan seorang bekas mahasiswa kandas, Saiful Bukhari Azlan. Saya percaya, rakyat lebih bijak menghakimi perjalanan kasus ini.
Lebih kurang dua jam yang lalu, Raja Petra Kamaruddin melalui laman webnya telah mendedahkan 'bukti' baru dikatakan satu akuan bersumpah bertarikh 1 Ogos 2008 yang ditandatangani oleh Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid, pakar perubatan yang menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas Saiful Bukhari Azlan.
"Rakyat hakim negara". Saya semakin percaya dengan ungkapan itu.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sama2 kita berdoa supaya kebenaran dpt diketahui...Hidup Anwar!!!

Pemudamalaysia berkata...

Surat Akuan Bersumpah lagi? Seperti sudah menjadi taktik daripada pihak pembangkang untuk melancarkan tuduhan dan fitnah kepada pihak kerajaan kini. Apa yang pasti, Ini semua hanyalah tomahan semata-mata. Kebenaran pasti akan diketahui dan pihak yang bersalah akan dikenakan hukuman yang berat dan setimpal dengan perbuatan-perbuatannya.

Nescafe berkata...

Cara ni dah selalu sangat digunakan samapai dah menjadi satu 'joke' kepada rakyat Malaysia.
Boleh percaya ke kali ni? lagipun orang sama lagi yang 'mempopularkan' surat akuan sumpah ni..
Ntah-ntah kena tarik balik lagi sekali...

Ikhwan hafiz berkata...

RPK punya stail kalu polis n AG bertindak..dia akan libas..dgn bukti dan fakta ini bukan omongan kosong..


bukan surat layang atau SMS..mcm geng umno.

Bukti la ni skrg appear kat media..bukan lg kpd polis..

rakyat dan media jadi hakim...

setuju dgn najwan Rakyat Hakim negara...

Mankanan berkata...

Rakyat dah jemu dengan SD atau akuan bersumpah, lebih-lebih lagi yang didedahkan oleh RPK yang kita sedia maklum sensasi dengan perakuan bersumpah. Cukuplah RPK... Kali ni beliau dedahkan tentang SD oleh Dr Osman yang berhelai-helai sumpahnya yang seperti sengaja dikarang panjang-panjang supaya rakyat akan lebih yakin. Panjang pun tak guna kalau isinya mengarut...

Tanpa Nama berkata...

Karutlaa..anwar+saiful perosak malaysia

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Alhamdullilah kerana Allah tetap teguhkan kenyataan Dr Pusrawi tersebut, semoga kebenaran terserlah, nampak sistem kehakiman nampak positif semoga sentiasa positif...

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Tanpa Nama berkata...

mankanan,pemudamalaysia n nescafe...

kalian nilah jenis yg bodoh tak boleh diajar,pandai tak boleh ditumpang..
siapa yg benar,siapa yg salah akan kita ketahui nanti..
dimana muka kalian hendak sorok bilamana kuasa rakyat mengambilalih dari REJIM DOLLAH yg korup..
kalian ni seperti watak Buang dlm filem Sarjan Hassan..
malu aku terhadap bangsa lain kerana mempunyai anak bangsa yg seperti kalian..
sedangkan bangsa lain awal2 lg sdh tahu yg smua ini adalah dusta ciptaan boss2 kalian yg mabuk n gila kuasa...
klu bodoh blh diajar,tp klu bodoh sombong mcm kalian ni,tak tahu la mana nk campak....
bangang tak habis2 la korang ni..!!



akuyangpeliktakhabis.com

Hamdan berkata...

SD sudah tidak boleh dipercayai lagi. Ramai yang sanggup bersumpah dengan perakuan bersumpah semata-mata untuk menyelamatkan diri. Mereka telah meletakkan nilai SD menjadi rendah...

Mankanan berkata...

Siapalah RPK tanpa pendedahan Perakuan Bersumpah. Bila sebut pasal perakuan bersumpah mesti terbayang wajah RPK. Bila sebut pasal RPK mesti terbayang perakuan bersumpah.. Agaknya setiap akuan bersumpah yang dibuat semuanya akan sampai ke tangan beliau untuk didedahkan.. So, bagi sesiapa yang terdesak nak 'menyelamatkan' diri, lepas buat akuan bersumpah terus jumpa RPK. Pasti dia akan tolong...

Tanpa Nama berkata...

RPK = The Idiot In The Making

Tanpa Nama berkata...

rahmat disebalik apa yang berlaku sekarang.org melayu mula menyedari,mereka telah kehilangan kuasa