Iklan

Jumaat, Ogos 01, 2008

Menuju Putrajaya

Insha-Allah dalam meniti bulan ini, kita bakal berkampung di Permatang Pauh. Saya menjangkakan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh akan diadakan selewat-lewatnya awal September ini atau sekitar penghujung bulan Ogos.
Anwar Ibrahim pastinya ingin melangkah ke Dewan Rakyat sebelum pembentangan Bajet 2009, seterusnya mengepalai ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan sejumlah ahli-ahli Parlimen yang bakal beralih parti mengambil alih pentadbiran negara di Putrajaya menjelang 16 September.
Awal September ini, umat Islam bakal meraikan Ramadhan, maka barangkali sedikit sulit seandainya pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengadakan pilihanraya kecil dalam bulan September. Jika diteliti perancangan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September, tarikh tersebut jatuh dekat dengan 17 Ramadhan. Menurut sirah Nabawi, tanggal tersebut merupakan hari di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama dari Allah.
Jika disingkap lagi sirah, pertempuran Badar turut berlaku dalam bulan Ramadhan. Kisah perang Badar ini cukup menarik untuk direnungi kerana dalam pertempuran ini, tentera umat Islam hanya berjumlah sekitar 313 orang, teramat sedikit jika dibandingkan dengan tentera musyrikin Mekah yang berjumlah lebih 1000 orang. Pun demikian, bilangan kecil tentera umat Islam ini tidak sekali-kali menjadi penghalang buat mereka meraih kemenangan.
Insha-Allah, Ramadhan tahun ini bakal menyaksikan sejarah baru tercipta buat Malaysia. Saya mendoakan agar perjuangan rakyat menuntut perubahan dan keadilan bakal dilimpahi keberkatan Ramadhan.
Kita harus istiqamah, yakin dan optimis bahawa perjuangan menegak hak dan keadilan ini akan berjaya. Mudah-mudahan doa sekalian rakyat untuk melihat perubahan di Malaysia bakal dimakbulkan Allah menjelang Ramadhan akan datang.
Insha-Allah, Putrajaya bakal ditakluki Pakatan Rakyat!

8 ulasan:

Syahir the Owl berkata...

Betulke Anwar akan jadi PM??

Mungkinkah 16 September ini PAS akan tinggalkan Pakatan Rakyat dan menjadi bebas tanpa masuk BN sehingga Pak Lah turun bersama Khairy dan kroninya??

r_feev berkata...

Haha.. lawak gila syahir ni.. takkan Pas nak kerja sama dgn Najib??.. andai Rosmah tumbuh janggut pun Pas takkan bersekongkol dgn Najib..

HAHAHAHAHA......

Syahir the Owl berkata...

Hai R Feev, saya dengar citer tu dari cakap2 politik semasa. PAS lebih rela kerjasama ngan Najib dari Dollah dan Keri yang tak berguna itu. Hehe!

Tanpa Nama berkata...

Bacul betul.bertanding kat permatang pauh jer...

bumilangit berkata...

tanpa nama,

bacul betul tak berani letak nama

Tanpa Nama berkata...

come on koleq!!
teeheehee


.k|-|.

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama,

Tu la mmg bacul tak berani letak nama.podahhhh!!


.k|-|.

Tanpa Nama berkata...

tulaa...bacul gile...semua org bacul laa...sekor xpenah kuar dalam media..sekor lagi nak cari 4 org saknsi..