Iklan

Isnin, Ogos 25, 2008

Membela Ramlang Porigi

Saya tidak mahu ulas panjang. Saya kira Ramlang Porigi telah membuktikan bahawa bukan semua imam atau agamawan boleh diperkakaskan. Malang buat Pirdaus Ismail kerana Ramlang nyata lebih berprinsip dan berani.
Semalam, di Permatang Pauh, Ramlang bangkit membela diri serta reputasinya yang mulai terpalit dengan pelbagai spekulasi negatif.
Menurut Ramlang, beliau sebetulnya telah diarah oleh 'orang atasannya' supaya hadir mendengar lafaz sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu dan turut menegaskan bahawa lafaz sumpah tersebut tidak sah menurut syarak memandangkan wujud banyak kesilapan dan percanggahan di dalamnya.
Tambah beliau lagi, Saiful Bukhari sekadar membaca teks yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu tanpa memahami konteks sebenar lafaz sumpah tersebut.
Alhamdulillah, kebenaran semakin tersingkap. Selepas satu demi satu fitnah dilancarkan terhadap Anwar Ibrahim, satu demi satu pula kebenaran muncul untuk mempertahankannya.
Saya ucap tahniah dan terima kasih buat saudara Ramlang Porigi atas keberanian serta semangatnya untuk menegakkan kebenaran meski pun tindakan tersebut bakal mengundang risiko terhadap dirinya.
Insha-Allah, esok kita bakal menggenggam kemenangan di Permatang Pauh!

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah, imam ke apa ni? apa dah jadi cakap itu cakap ini..politik apa pula si imam ni. saya bukan suka parti mana mana tapi kalau dah macam ni...heh imam gi beri ceramah pula apa dah jadi////

tak suka berimam kpd org seperti ini

Tanpa Nama berkata...

kalau berpihak kat umno bukan main lagi nk bela.tp kalau cakap kebenaran x mengaku plak imam.hehe

Tanpa Nama berkata...

dia bukan bagi ceramah, dia hanya nak bersihkan nama saja..

Kerajaan Rakyat berkata...

Thanks Saudara Najwan Halimi,
May ALLAH bless you.

To,
People/Voters of Permatang Pauh,

Give NO vote to BN.

VOTE for Parti Keadilan Rakyat.
VOTE for Anwar Bin Ibrahim.
Vote for better MALAYSIA.


To those who swear for fun,

Hell are inviting you all to join those UMNO leaders that are already there.

http://www.kerajaanrakyat.com/

Tanpa Nama berkata...

die x salah.

cume berada di tempat yang betul pada masa yang betul, tetapi event yang salah.
>M

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Ternyata ramlang ini seorang cukup berani, walaupun kariernya mungkin dihujung tanduk tapi demi membersihkan namanya, beliau sanggup tampil ke depan bagi menyatakan kebenaran, maka sekali Allah menunjukkan UMNO kantoi lagi...

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Tanpa Nama berkata...

mgkn kaedah pegang Quran ade salah (byk version...ade yg ckp sah, ade yg tak) tp saiful da sebut wallahi, wabillahi, watallahi...dan lafaz tuh, kalau die ckp btol2 hatta die main2 skalipon die dan seluruh keturunan die akan dpt balasan...kalo btol die diliwat, Allah akan melindunginya, kalo salah, azab pasti akan menimpanye...yg pokoknya die da lafaz, anwar? so sape yg lg berani?

Tanpa Nama berkata...

apa kata tanpa napa je bersumpah.haha.ayat poyo~~

Tanpa Nama berkata...

Quote: Semalam, di Permatang Pauh, Ramlang bangkit membela diri serta reputasinya yang mulai terpalit dengan pelbagai spekulasi negatif.

nk tanye:
1.sape yg wat spekulasi negatif tuh ek?
2.sape cakap sumpah saiful x sah?? 3.mubahalah perlu wat oleh yg dituduh dan menuduh...so saiful da wat part die, anwar...ade wat?
3.sape ckp si saiful x paham teks yg dibace??najwan, tlg terangkan...
4.die hadir kt stage pkr tuh sbb nk bela diri die, sbb ade byk spekulasi negatif yg die terima...nk tnye sape yg wat spekulasi -ve tuh ek?
5.die hadir acara sumpah tuh sbg saksi...ade masalah ke?

http://www.malaysiakini.com/news/88465

yg menulis berkata...

n the most interesting part is...mane pagi sume teori "kebetulan" tuh?? da lenyap da?

da terang lg bersuluh anwar lakukan sume neh utk kejar cita2 die, jauh skali nk bantu rakyat...jauh skali nk bantu bangsa dan agama sendiri...buka lah pintu hati dan minda, kita xperlukan pemimpin yg mcm ni...kerana cita2, jgn gadaikan maruah agama, bangsa dan negara...kite sudah semakin matang, anda da ade jwpnnye...

~salam~

No2BarisanNo2Pakatan berkata...

Pada mula nya hang menyangka imam di bayar.... sekarang hang menyangka imam di bayar dua kali.

No2BarisanNo2Pakatan berkata...

Tapi at the end of the day hang rasa, hang bersalah, bukti ta dah.... main nyangka nyangka aje.. fitnah ! ... so hang rasa hang tamo vote dua2 parti ini..mintak maap.... Hang vote Malaysia Idol saja

Syahir the Owl berkata...

Anwar Ibrahim akan menang besar esok berdasarkan perkiraan faktor populariti nya yang disegani rakyat sejak zaman beliau dalam UMNO lagi. Sentimen dan nostalgia mereka pada waktu itu akan menyebabkan mereka memilih PKR.

UMNO berpecah dalam 5 kem. Sehingga kini, percakaran sesama sendiri kerana Ariff dipilih sbg wakil sedangkan orang lain tak dipilih menyebabkan kempen UMNO terbantut. Rakyat meluat dengan perangai mereka yang tak bersatu hati.

Manifesto BN yang buat propaganda KERAJAAN KABINET B.A.BI merujuk kepada Brother Anwar Bin Ibrahim telah menyebabkan orang UMNO sendiri meluat dengan kempimpinan kerana mereka telah terdesak untuk memaki hamun pihak lawan. UMNO sebelum Pak Lah tidak seperti ini sehinggalah skuad perang saraf BN dibawah kepimpinan rosak Pak Lah mengkorupkan UMNO.

Saya sedih kerana orang UMNO melakukan provokasi murahan dan tak jaga nilai etika sbg kerajaan yang benar2 matang dan membela rakyat...!!

Semoga Mukhriz jadi Ketua Pemuda dan Presiden - Ku Li atau Muhyiddin!!

Syahir the Owl berkata...

Jika saya pengundi Permatang Pauh saya akan buat vote protes kpd BN dengan undi Hanafi Mamat. Kemenangan BN akan menyebabkan Dollah n keri berlagak sombong.

1 Hanafi 1 dream!

Syahir the Owl berkata...

Monday, August 25, 2008

Implikasi luas Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh

A Kadir Jasin

DALAM masa tidak sampai 12 jam pemilih kawasan Parlimen Permatang Pauh akan keluar mengundi bagi menentukan bukan sahaja kesudahan politik Anwar Ibrahim tetapi masa depan politik negara.

Sama ada bekas Timbalan Perdana Menteri itu menang atau tidak, implikasi pilihan raya kecil ini adalah luas dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke penyudahnya.

Jangkaan umum menjurus kepada kemenangan Anwar. Yang menjadi persoalan hanyalah sama ada ia kemenangan besar atau tipis. Menang tetap menang.

Yang sudah pasti adalah kempen pilihan raya kecil itu bukan sahaja sengit tetapi mengandungi unsur-unsur sensasi yang nyata banyak melanggar etika, adab dan tatasusila – daripada tuduhan liwat kepada pembunuhan, pengkhianatan, politik wang dan penyalahgunaan kuasa.

Tetapi salah satu kesan jangka panjang yang memerlukan masa untuk diselidik dan difahami adalah tindakan beberapa watak terbabit menggunakan sumpah untuk membela diri.

Apakah sumpah atas nama Allah atau sumpah di masjid ini boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan dijadikan amalan politik harian?

Yang pertama bersumpah dengan nama Allah dan merujuk kepada balasan laknat adalah Saiful Bukhari Azlan yang mengaku dia telah diliwat oleh Anwar.

Dia bersumpah di hadapan imam dan pegawai Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 15 Ogos, sehari sebelum penamaan calon Permatang Pauh.

Walaupun sumpah Saiful Bukari itu didakwa tidak kena mengena dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh, namun menurut laporan media massa arus perdana dan alternatif ia menjadi bahan kempen yang hangat bagi Barisan Nasional.

Tindakan Saiful Bukhari dicontohi oleh Timbalan Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak apabila beliau bersumpah, juga dengan nama Allah, di sebuah masjid di Permatang Pauh.

Mohd Najib bersumpah dia tidak tindak pernah berjumpa dan tidak kenal dengan mangsa pembunuhan sensasi Altantuya Shaariibuu. Penasihat politik Mohd Najib, Abdul Razak Abdullah Baginda dan dua anggota polis sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh wanita Mongolia itu.

Apa pun muslihat dan kesan mutakhir sumpah-sumpah ini ke atas keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh dan kepada orang yang bersumpah, satu perkara yang dikhuatiri adalah implikasinya terhadap Islam.

Apakah kesan sumpah-sumpah ini terhadap orang Islam keseluruhannya dan terhadap pandangan orang bukan Islam kepada Islam?

Sumpah-sumpah ini boleh mencetuskan persoalan dan pertikaian yang berkemungkinan akan mencemar dan memburukkan lagi imej Islam di negara kita.

Misalnya, apakah reaksi mahkamah sivil terhadap sumpah seperti ini? Adakah sumpah di masjid dengan menggunakan nama Allah atau Al-Quran boleh diterima sebagai bukti?

Dalam keghairahan orang politik dan pihak-pihak yang bersekongkol dengan mereka menggunakan kaedah sumpah ini untuk membela diri, mereka wajib sedar bahawa tindak-tanduk mereka boleh menjejaskan akidah umat Islam dan mendedahkan agama Islam kepada sendaan orang bukan Islam.

Adalah sangat merugikan Islam apabila pihak-pihak yang membelakangkan Islam di dalam tindakan rasmi dan peribadi mereka tiba-tiba bersumpah atas nama Allah dan Kitab Suci apabila tersepit.

Di satu sudut lain pula, perbuatan bersumpah dengan nama Allah dan Al-Quran ini boleh diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang mahu hukum hudud diperkenalkan sebagai undang-undang sejagat bagi memperkukuhkan tuntutan mereka.

Syahir the Owl berkata...

Pilih calon 'kurang' mudaratkan agama, negara - Mufti Perlis

25-08-2008 11:13:01 AM


Oleh G. MANIMARAN

(Dikemas kini) PERMATANG PAUH: Tanpa menyebut nama calon, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abdidin berharap pengundi-pengundi di Permatang Pauh akan memilih calon yang "paling ringan mudarat" atau "membahayakan" agama dan negara, esok.

"Siapakah yang layak dipilih dalam keadaan begitu? Bagi saya pengundi yang matang hendaklah menilai manakah pihak yang paling ringan mudaratnya dibandingkan yang satu lagi," kata beliau.

Beliau salah seorang pemilih berdaftar di bahagian Parlimen Permatang Pauh berkata, pengundi-pengundi perlu menilai siapa yang paling kurang bahaya dibandingkan dengan yang lain untuk masa depan negara dan umat.

"Seperti orang sakit yang terpaksa memotong anggotanya untuk mengelakkan maut.

"Walaupun dia tidak rela memotong anggotanya, namun jika dibiarkan akan menyebabkan maut, maka dia terpaksa memilih keadaan yang lebih ringan antara keduanya.

"Begitulah keputusan dalam pemilihan di suasana ini," katanya.

Pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh akan diadakan esok.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili Pakatan Rakyat manakala Datuk Arif Shah Omar Shah pula bertanding atas tiket Barisan Nasional dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

"Satu pemilihan mesti dilakukan," kata beliau dalam rungannya di Mingguan Malaysia semalam.'

Jelas beliau, jika tidak pun untuk memilih yang terbaik, sekurang-kurang memilih yang kurang mudarat antara semua.

"Setelah direnung dan ditenung, maka barulah seseorang pengundi muslim membuat keputusan yang diyakini paling menghampiri keredaan Allah.

"Undi ada nilai dosa dan pahala," katanya lagi.

Bagaimanapun tambah beliau, "barangkali memilih calon pada musim ini amat meragukan, maka beristikharahlah."

---------
http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_f7cdf751-c0a85062-16ab2e80-f4a38f00
----------------------------------




Aku amat yakin perkara ini ditujukan kepada saudara encik Hanafi Mamat.

Jangan pilih Ariff kerana dia balaci pengkhianat agama, bangsa dan tanah air kepada Pak Lah dan Keri..

Jangan PILIH ANWAR KERANA DIA TIDAK SESUAI UNTUK JADI PEMIMPIN DAN PEMECAH BELAH UMMAH MALAYSIA MASAKINI...

Tanpa Nama berkata...

undilah hanafi mamat..tunjukkan protes keatas anwar dan ariff(2 2 perosak negara)

Tanpa Nama berkata...

"Menariknya, salah seorang daripadanya adalah Ramlang Porigi, ustaz muda yang meminati Linkin Park dan mempunyai laman friendster sendiri!"

no2barisanno2pakatan berkata...

Menariknya....

Kenytaan si imam yang kedua tidak deny yang dia melinkin park dan berfriendster..... kalo ada, tell me eh

kalo sebelum ini , imam di ragu sebab melinkin park dan berfriendster, mengapa tak ragu2 sekarang , selepas kenyataan terbarunya ?

apahal ni ?

BN dan PR sama saje 2 x 5

namaku berkata...

Saja nak komen terhadap2 komen2 yg nak kenakan En Ramlang.

Cuba lu fikir....Ala dlm zaman moden ni, siapa2 pun boleh minat Linkin Park & ada friendter. KO sendiri pun ada frindster & minat muzik kan? Ko pergi sekolah maahad tgk budak2 tu, ramai jugak ada friendster, minat muzik, minat motor dsbnya. Asal tak "Lagho" sudah....

Nak berimamkan org yg betul2 tak ada friendster & tak dengar lagu?

Mungkin kat tengah padang pasir Sahara kot?

Kalau tak minat apa2, pasti dia bukan manusia. Alangkan WALL-E pun ada perasaan... :-)

Musafir Kelana berkata...

Persoalan sekarang bukan pasal melinkin park atau friendster atau apa2 yang berkaitan dengannya.

Isu sebenarnya ialah mengapa Pak Ustaz tu dipaksa untuk terlibat dalam majlis sumpah itu dan siapakah yang memaksanya serta apakah tujuan orang yang memaksanya berbuat begitu?

Kalau nak dikira sebenarnya sudah terlampau banyak keraguan terhadap perjalanan majlis sumpah itu sendiri, dan ia bukanlah sesukarela seperti yang dicanang2 oleh si Saiful dan ayahnya kepada semua orang selama ini.