Iklan

Selasa, Ogos 26, 2008

Masanya Akan Tiba Untuk Anwar Bersumpah

Saya ucap terima kasih buat Saiful Bukhari Azlan kerana kesan sumpah laknat yang dilafazkannya kini sudah mulai kelihatan. Barangkali, harapan dan impian Saiful untuk menerima laknat dari tuhan sudah mulai terzahir berikutan kekalahan luar biasa Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini.
Ya, satu dunia tahu bahawa Anwar Ibrahim telah menang dan bakal melangkah ke Parlimen kelak. Dan masanya bakal tiba untuk rakyat Malaysia dan dunia menyaksikan Anwar Ibrahim pula bersumpah.
Perihal sumpah laknat ini sememangnya cukup mengujakan. Agamawan, cendiakawan, bangsawan dan rakyat rata-rata telah dikelirukan oleh lakonan segak Saiful Bukhari tatkala melafaz sumpah meminta dirinya dilaknati seandainya dia berbohong.
Selepas daripada itu, muncul pula Najib Razak bersumpah di Masjid Guar Perahu, Pulau Pinang menyatakan bahawa beliau "tidak mengenali wanita Mongolia" yang diletupkan dengan bahan ledakan bernama C4. Apa yang jelas, di dalam lafaz sumpah tersebut, Najib langsung tidak menyebut perkataan "Altantuya Shaariibuu".
Fenomena sumpah diteruskan pula oleh bekas Menteri Besar, Tajol Rosli Ghazali yang sambil ketawa dan berjenaka melafazkan "wallahi, wabillahi, watallahi" sambil menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam mencaturi konspirasi terhadap dua orang exco kerajaan negeri Perak yang dikatakan terlibat dalam satu skandal rasuah.
Teruskanlah bersumpah. Dan masanya akan tiba untuk Anwar pula mengangkat sumpah...di Parlimen!

18 ulasan:

Syahir the Owl berkata...

Aku bersumpah jika Najib tipu, dia akan dilaknat di dunia dan akhirat. Apakah kelaknatan terhadapnya semakin hampir sejak Anwar akan menggegar Parlimen dan dikatakan akan amik alih kjaan?

no2barisanno2pakatan berkata...

eh eh eh.. relaks brother...

kekalahan luar biasa Barisan ?

Tak lah luar biasa sangat, biasa aje..Anwar dah di jangka menang from day 1, the question is the percentage.....

Anyway, Tahniah lah Anwar.... I do not support Anwar, but I do not support BN as well.. Tapi as long you do the job right I am ok with you lah( tak kira lah you from BN ke, PKR ke, PAP ke, UMNO ke, MCA ke ).. so go ahead lah

Yang sumpah menyumpah tu biar lah sendiri tanggung padah, tak yah nak go into technical details, lafaz salah lah, pegang quran salah lah.. apa apa je... Yang penting niat mereka... hanya Tuhan yang tahu... biar Tuhan yang judge mereka

okies...rock on...

Tanpa Nama berkata...

kepada yang nak sangat tengok ds anwar ibrahim bersumpah 2, tunggu lah dia bersumpah d parlimen nanti. x payah nak cabar-cabar dia sangat. dia memang nak sumpah pun.

Tanpa Nama berkata...

Orang dah cabar anwar bersumpah, pengundi permatang pauh pun ramai-ramai pakat setuju undi anwar supaya anwar kena juga bersumpah di parlimen nanti.

yahoooooo... siapa yang kenaaaaa yaaaaa???

RiMa berkata...

Tahniah!! smoga harga minyak cepat turun! kehkehkehkehkeh...

btw, aku suka widget harga minyak itu deh Wan.. bagus2.. ngga perlu susah2 aku cari2 di koran ato mana2 website! hahahaha... thanks babe!

Anak Malaysia berkata...

Salam semua,

Jika di takdirkan Anwar dan PKR memerintah.... Janji-janji beliau dan PR mesti dilaksanakan.

Rakyat mahukan kebebasan berdemokrasi yang mana akhirnya rakyat sendiri yang mendapat faedah.

HARAPAN BARU UNTUK RAKYAT MALAYSIA!!!

Tanpa Nama berkata...

Semoga kemenangan in melorongkan satu harapan baru untuk semua rakyat Malaysia. Regime yg ada sekarang in perlu mengundur diri secara terhormat.
Hanya generasi terdahulu yg masih bnyk menyokong BN. kena ingat 5 tahun akan datang golongan2 veteran ini semakin berkurangan dan bermakna sokongan pada BN jugak akan berkurangan. Golongan muda akan terus menghdupkan api reformasi. Kita generasi muda sangat mengenang jasa2 UMNO pada era menuju kemerdekaan dahulu tetapi pewaris2 UMNO yg memimpin pada masa ini sudah melanggar sumpah keramat yg dilaungkan oleh pejuang2 UMNO yg terdahulu. Mereka sekarang ini bukan lagi pejuang... mereka sekarang ini telah pun menjadi pejuWANG mahu pun beruWANG...

hearty berkata...

SALAM

KEMENGN DSAI SEPERTI YG DIJGKA..KPD BN DONT BE GIVE UP...

Harun Al Rashid berkata...

Perihal sumpah Saiful biarlah berlalu. Jangan dipertikaikan lagi sebab itu hanya antara dia dengan Allah SWT saja. Kalau dia tipu pun, dia yang tanggung laknat tu. Kita pun tahu laknat Allah sangat dahsyat... Tak payahlah dipolitikkan lagi.. Tentang kekalahan BN di PP, ia harus menjadi pengajaran kepada BN/UMNO untuk memperbaiki kesilapan diri. Masih ada waktu untuk itu. Kemenangan Anwar memang telah dijangka. Tiada apa yang luar biasanya. Sekurang-kurangnya ia dapat menyangkal dakwaan pembangkang bahawa BN akan main kotor dalam keputusan pilihanraya. Sekarang ni dah terbukti, tiada konspirasi dalam keputusan tersebut...

rasyd berkata...

1.Kemenangan Anwar telah dijangka.
2.Malaysia mengamalkan Demokrasi segar

Setelah keputusan keluar,ayat2 spt ni selalunya digunakan oleh pemimpin BN,selepas tu ahli2 Umno akn turut menurut.

Tapi sebelum keputusan keluar,pemimpin2 bn bukan main hebat lagi gunakan mainstream media untuk jatuhkan Anwar.dikatakan Anwar agen Yahudi,kemudian dikataka agen cina plak.kemudian agen hindraf.yg terbaru anwar diaibkan dgn isu liwat sedangkan perbicaraan pn belum bermula walhal begitu banyak keraguan dalam kes ini yg disiarkan di blog2.

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Ini merupakan kejayaan atas usaha yang gigih oleh semua rakyat Malaysia yang tertumpu di Permatang Pauh. Inilah pengajaran yang patut diajar oleh puak-puak UMNO, tetapi semacam belum sedar lagi, mereka tidak relevan lagi, esok DSAI akan angkat sumpah, Terima Kasih Rakyat Permatang Pauh.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Ahmad Fadhil Zhafri berkata...

The wave of change is getting bigger by the day and the tsunami is growing stronger heading towards its targeted location. Yesterday the wave strucked Permatang Pauh over the overwhelming majority made by Dato Seri Anwar Ibrahim. And now the tsunami is heading for parliament with the returning of Dato Seri Anwar Ibrahim to the house of democracy. This is the voice that had been deeply missed by Malaysian after 1998 tragedy strucked Dato Seri Anwar Ibrahim.

He deserves the parliamentary seat, why? He is the most expensive members of parliament. Sacked, humiliated, beaten half death by merciless IGP 10 years ago; served 6 years imprisonment over crimes that he did not commit all this while. To add salt to his misery, after 4 long years he was released, 2nd episode of 1998 tragedy was replayed again. But now, people are wiser than before.

Dato Seri Anwar, I believe he is capable to brings back the glorious day where Malaysia was highly respected throughout the world. I know u can do it Dato Seri Anwar. Keep it up Dato Seri.

no2Barisanno2Pakatan berkata...

One of the things that I want the PR team to focus on, is the rakyat security so that cases like Canny, Nurul and Nurin wil not happen again, or at least reduced !

wasntmesodomy berkata...

kalau jawapan BN.. "kami dah jangka kemenangan anwar" ... dah jangka ke? ke jengka?

mis Ila berkata...

saya tak mengharapkan DSAI menjadi perdana menteri TETAPI saya mengharapkan DSAI memasuki Parlimen supaya dia dpt mengotakan janji2nya sebelum ni....

semoga MALAYSIA menjadi negara yang aman dan makmur..Isu sumpah2 ni sy sokong pendapat saudara Harun Al Rashid.xpayah di ungkit2 lagi sebab itu antara Syaiful ngn ALLAH S.W.T...

moga kebenaran akan terbukti..

Mercedes_Freak berkata...

He has the credibility to be a great Prime Minister in this era, in fact the most influential leaders not only in Malaysia but throughout the world. He has facts delivered to the people in all of his speeches. He has the extra Q that other ministers dont have within them. The recent election showed that how narrow minded this ruling party is. Whilst Anwar was busy telling people about what he is going to do to prosper this nation, the other party was busy banging over his personality rather than telling them how they can do better than Anwar, which is to me very unprofessional.

The moral of today's generation is at worrisome stage. Today's generation are ill mannered that they would do anything as long as they get what they want. This is what the current government has been frantically doing right now. I believe that some of us will be a father some day including me myself and this concerned me. If we dont do the changes who else? Dun tell me when everything has gone upside down then only we will act.

I believe that Anwar will show a right example for the youngsters to be brave and strong and not being a coward in fact he himself a life example to all Malaysians how brave he is. About the special rights of Malays, come on, it has been mentioned in the Federal Constitution annexure and thus it should not be mentioned over and over again.

It is time to change Malaysians.

Tanpa Nama berkata...

Bakal PM yg penuh dgn kontroversi akan menggantikan PM yang memekakkan telinga

yg aku nmpk skrg ni...

1) hak bumiputera akn dikorek2
2) Islam semakin di permainkan
3) Org2 melayu bermusuhan sesama sndri

sume ni gara2 POLITIK....

"mereka" mengejar keduniaan.masing2 kononnya nk memperjuangkan nasib rakyat atau kepentingang diri sendiri??.Tapi "mereka" lupa pada yang SATU....

Mercedes_Freak berkata...

I believe that Anwar will show a right example for the youngsters to be brave and strong and not being a coward in fact he himself a life example to all Malaysians how brave he is. About the special rights of Malays, come on, it has been mentioned in the Federal Constitution annexure and thus it should not be mentioned over and over again.