Iklan

Rabu, Ogos 20, 2008

Apa Kelayakan Sebenar Arif Shah?

Khabarnya, Arif Shah Omar Shah, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh tidak memiliki kelayakan yang sahih sebagaimana yang didakwa oleh media sebelum ini. Tony Pua, melalui blognya mendedahkan bahawa laporan akhbar The Star mengatakan bahawa Arif Shah sedang mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah di Edison University of Technology ternyata palsu! Carian saya di Google pada perkataan Edison University of Technology membuktikan bahawa tidak wujud sebarang institusi pengajian tinggi yang menggunapakai nama tersebut!
Seorang blogger iaitu Bumi Langit turut menyiarkan imej keratan akhbar berhubung dengan tahap akademik Arif Shah. Antara lain, laporan Utusan Malaysia (bertarikh 14 Ogos 2008) menyatakan bahawa Arif Shah telah melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan awam di Graber International, California, Amerika Syarikat sebaik menamatkan pengajian peringkat sekolah menengah. Sekali lagi, carian saya menerusi Google tidak menemui sebarang maklumat berkenaan dengan Graber International.
Aneh! Apakah kelayakan sebenar Arif Shah? Seorang jurutera awam, atau seorang pembeli ijazah dari institusi-institusi pengajian tinggi yang tak diiktiraf?

3 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

Ayuh guna istilah blogawan.

seorang blogawan, bumi langit bla bla bla

Tanpa Nama berkata...

adakah dia lulusan Universiti Nanyang?

malaysiakini berkata...

Calon BN jawab isu pengajian PhD

Kuek Ser Kuang Keng & Wong Teck Chi | Aug 22, 08 1:53pm

Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah mengakui tidak menghabiskan pengajiannya di peringkat PhD selepas universiti tempat beliau belajar itu, disyaki menjual diploma dan ijazah palsu.

Beliau menjelaskan demikian selepas timbul persoalan mengenai kelayakan akademiknya.

Ketika ditemui Malaysiakini, beliau berkata, PhD itu tidak diiktiraf, jadi beliau berhenti.

Beliau diminta mengulas persoalan yang dibangkitkan di Internet, bagaimana beliau boleh meneruskan pengajian di peringkat PhD sedangkan beliau hanya berkelulusan diploma.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris telah menyiarkan profail pendidikan Arif Shah bahawa beliau lulusan diploma dalam kejuruteraan awam dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di 'Edison Universiti of Technology' (luar kampus).

Laporan tersebut telah mencetuskan debat di kalangan bloger yang tidak dapat mengesahkan kelulusan akademiknya itu kerana mereka tidak mengesan nama universitinya melalui Internet.

Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sebarang Jaya, menjelaskan bahawa nama universiti tersebut ialah 'Edison Universiti of Technology', sebuah universiti yang didaftarkandi British Virgin Islands, yang menawarkan program pengajian jarak jauh.

Selepas membuat semakan di Internet dan dengan seorang pakar tempatan, Malaysiakini mendapati universiti tersebut telah dituduh mengeluarkan diploma palsu.