Iklan

Khamis, Julai 31, 2008

Sindrom Lingam

Pengurus Besar Hospital Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob barangkali sudah dijangkiti sindrom Lingam.
VK Lingam, peguam terkemuka yang mencetuskan kontroversi menerusi rakaman pita video yang memaparkan perbualannya dengan bekas Ketua Hakim Negara, Ahmad Fairuz dalam mencaturi urusan pelantikan hakim ketika ditanya tentang kesahihan kelibat dirinya dalam video tersebut menjawab:
"Dia (imej lelaki dalam rakaman video) kelihatan seperti saya. Dia (suara lelaki dalam rakaman video) kedengaran seperti saya. Tapi dia bukan saya."
Wan Mahmood pula, ketika ditanya oleh para wartawan berkenaan kesahihan laporan perubatan Saiful Bukhari Azlan yang didedahkan di laman-lama web baru-baru ini menjawab dalam nada sama dengan jawapan Lingam:
"Nampak sama tapi tidak sama. Salinan asal ada dengan saya."
Alasan bahawa kedatangan Saiful Bukhari ke Hospital Pusrawi adalah untuk melaporkan kesakitan perut dan kesukarannya untuk membuang air besar serta tiada kena mengena dengan pemeriksaan liwat jelas dangkal dan mustahil untuk diterima oleh rakyat.
Persoalannya sekarang ialah mengapakah tumpuan terlalu diberikan kepada siapakah pembocor laporan tersebut? Saya kira adalah lebih baik pihak berkuasa menumpukan kepada isi kandungan laporan perubatan itu yang jelas membuktikan bahawa Saiful Bukhari tidak diliwat sebagaimana yang didakwanya!

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anwar telah kepanasan.Ketamakan untuk berkuasa menyebabkan anwar bertindak agresif dan diluar batasan

Tanpa Nama berkata...

laporan kesihatan Saiful Bukhari yang terbocor di Hospital Pusrawi, tidak boleh dijadikan bahan bukti terhadap kes liwat Anwar Ibrahim.

1. Ianya terlalu ringkas, tidak lengkap dan tidak mengikut prosedur seperti yang ditetapkan oleh pemeriksaan forensik.

2. Malah pemeriksaan ke atas Saiful Bukhari juga tidak lengkap. Hanya PR (per rectum) dilakukan iaitu menggunakan jari untuk memeriksa anal (dubur) pemuda tersebut. Prosedur sebenarnya lebih daripada itu iaitu termasuk memeriksa anal itu dengan alat proktoskop dan sebagainya.

3. Dan biasanya, apabila seorang mangsa seksual datang ke klinik atau hospital swasta di mana kes-kes yang bakal dirujuk kepada pihak polis, akan dirujuk segera kepada pihak hospital kerajaan.

4. Ini adalah kerana hospital kerajaan mempunyai kepakaran forensik serta lengkap dengan peralatan yang diperlukan.

5. Referral itu dimestikan kerana jika pemeriksaan tidak dilakukan dengan betul dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan, peliwat itu boleh dibebaskan di atas sebab bukti-bukti yang tidak kukuh ataupun
technical fault.

6. Yang menimbulkan tandatanya kepada penulis ialah tulisan doktor itu yang hanya menulis bahawa Saiful di assault di satu sudut di hujung laporan itu selepas simptom-simptom yang lain. Dan jika penulis adalah
doktornya, penulis tidak akan menulis ‘tenesmus x 1/52 ‘ sahaja sebagai simptom yang utama seperti tertulis di dalam laporan tersebut. Penulis pasti akan menulis ‘alleged assault’ sebagai perkara pertama
dan kemudian merujuk terus ke hospital kerajaan tanpa berlengah-lengah lagi.

7. Apakah kenyataan ‘alleged assault’ itu ditambah hanya selepas doktor tersebut melakukan pemeriksaan anal menggunakan jari (PR)?

8.Jika benar, penulis pasti PR yang dilakukan itu hanya dengan ringkas sahaja. Atau pun ianya sengaja ditokok tambah ?

9.Satu persoalan lagi ialah, setahu penulis, doktor itu tidak akan membuat sebarang prosedur, sentuhan atau pemeriksaan fizikal yang boleh menjejaskan sebarang bukti yang ada KECUALI jika doktor itu tidak diberitahu daripada awal oleh Saiful, mungkin kerana Saiful malu, takut atau tidak berterus terang .

10. Tetapi andainya doktor itu tahu tetapi meneruskan juga pemeriksaan anal (dubur) ke atas Saiful, ianya menunjukkan doktor tersebut telah melakukan kesalahan yang besar dan tidak boleh dimaafkan KECUALI jika doktor tersebut mempunyai niat yang lain seperti untuk mengada-adakan cerita atau pun menidakkan cerita!

11.Dalam konteks ini, doktor tersebut telah tersalah langkah.

12.Memeriksa anal (dubur) pesakit tetapi doktor telah diberitahu yang pesakit mengatakan dia diliwat adalah satu tindakan yang tidak profesional dan memalukan para doktor sekalian!

13.Cuma yang betul ialah doktor tersebut menasihatkan Saiful ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan selanjutnya. Itu sahaja yang betul!

14. Dan yang menimbulkan satu persoalan lagi, hampir semua media termasuk media antarabangsa begitu cepat melaporkan isu ini TANPA mendapatkan kesahihan mengenai validity laporan kesihatan daripada
Hospital Pusrawi.

15. Padahal, laporan tersebut tidak sekali-kali boleh dijadikan bukti untuk memaksa kerajaan menggugurkan kes liwat terhadap Anwar Ibrahim.

16. Dan yang menjadi mangsa sebenarnya ialah rakyat Malaysia kerana telah dikelirukan dan tidak mendapat gambaran yang sebenarnya mengenai isu ini.

17. Memang benar, jika sekali imbas, isu ini pasti nampak menyebelahi Anwar Ibrahim dan rakyat akan marah.

18. Padahal penulis pasti, Anwar Ibrahim sendiri tahu bahawa laporan tersebut amat mencurigakan dan tidak bermakna apa-apa pun jika di bawa ke mahkamah.

17. Seperti kata penulis, laporan kesihatan daripada Hospitak Pusrawi tidak valid sama sekali

Untuk rujukan:-

MEDICAL EXAMINATION

General Information

1. All patients should receive a complete head to toe physical examination
2. It is the patient’s right to consent or refuse any aspect of the exam and evidence collection
3. The patient may have a support person (relative, friend, or advocate) present during the exam
4. If suspected or known oral sodomy, it is preferable that the patient does not eat or drink before the exam, but the patient’s comfort should not be compromised to achieve this· Oral swabs, for example, should be obtained immediately if patient is thirsty or wishes to rinse mouth
5. Use powder free gloves and change gloves frequently during exam and
evidence collection

Examination Technique

Perianal bruising, petechiae, edema, discharge, bleeding, tenderness,
abrasions, lacerations, erythema, inflammation, and visible anal
laxity

1. Use good light source
2. Use magnification with otoscope, visor, or colposcope
3. Separate anal folds to visualize injuries
4. Digital exam is not indicated, except if concern for foreign body retention
5. Anoscopy is indicated only if there is active rectal bleeding or rectal pain
6. Lubricant should be used for anoscopy. To avoid contamination by lubricant, perform anoscopy only

AFTER FORENSIC SWAB COLLECTION
7. Apply Toluidine blue to identify abrasions on skin surface only
AFTER FORENSIC SWAB COLLECTION

Bukan UMNO berkata...

Wahai orang2 UMNO,
sudah-sudahlah kamu memberi 1001 alasan untuk menegakkan benang yang sudah basah lencun kerana walau apapun kata2 kamu ianya tidak akan dapat mengubah kebenaran bahawa SAIFUL TIDAK PERNAH DILIWAT!!!
End of story.

Bukan umno... berkata...

Hahaa..sorang lagi jambu anwar berkata2

Tanpa Nama berkata...

We read with interest the recent medical report published online that is likely to shed new light onto the high profile case of sodomy involving a well-known political figure. This has also been widely commented upon in mainstream newspapers. As medical practitioners we urge the relevant authorities to treat this medical report with objectivity in the course of their investigation.

We are also aware that the accuser underwent a second medical examination at HKL. We feel it is imperative that both medical reports form the basis of forensic evidence and be given due weight should this case end up in a trial, unless of course the reputation and credibility of the doctors are in question. This is in light of the previous sodomy charges involving the same political figure 10 years ago where certain medical reports were not allowed to be tendered as evidence when it was in favour of the accused.


We believe that any doctor who has carried out his duty professionally must not be subjected to any form of harassment or intimidation. In view of the fact that this is a very high profile case which may potentially further erode the already blemished reputation of Malaysia’s justice system internationally, the focus of the investigation should be on the veracity of the contents of the said reports and not on the controversy of patient-doctor confidentiality.

We urge the police and the AG’s chamber to either charge the accused according to the rule of law without any undue delay or exonerate him from any charges with immediate effect since justice delayed is justice denied.

Dr Sheik Johari Bux
Dr Farouk Musa
Dr Jeffrey Abu Hassan
Dr Musa Nordin

30th July 2008

r_feev berkata...

Kepada tanpa nama yg mengulas panjang sampai nak memulas perut aku..

Kan dah ditulis dalam ulasan anda sendiri bahawa "Anoscopy is indicated only if there is active rectal bleeding or rectal pain" dah tu yg minta buat proctoscopy buat apa.. kan sama tu.. dah laporan doktor kata takde pendarahan..so it is not indicated la..

contoh cara pemeriksaan yg disarankan oleh tanpa nama:

Perianal bruising, petechiae, edema, discharge, bleeding, tenderness,
abrasions, lacerations, erythema, inflammation, and visible anal
laxity

1. Use good light source
2. Use magnification with otoscope, visor, or colposcope
3. Separate anal folds to visualize injuries
4. Digital exam is not indicated, except if concern for foreign body retention
5. Anoscopy is indicated only if there is active rectal bleeding or rectal pain
6. Lubricant should be used for anoscopy. To avoid contamination by lubricant, perform anoscopy only

maka jika dilihat.. doktor pusrawi telah menjalankan tugasnya.. bila masa dalam report kata dia buat per rectal(PR) exam.. Digital and PR exam tu benda yg sama laa. maka adalah HARAM untuk membuat PR exam dlm kes liwat melainkan suspect ada dildo tertinggal dlm tu.. gila apa punggung sakit ko nak rodok jari lg.. apa yg perlu dibuat adalah visualised anus tu... guna lampu atau otoscope untuk magnify.. semua tu luaran jer.. jd dia lapor apa yg dilihat la...

elok baca betul2 dulu apa yg ko amik kat internet sebelum nak komen.. nnt tersalah komen jd mcm shabery buih la ko...

r_feev berkata...

satu lagi..
sebagai seorang doktor.. selain merawat pesakit.. tugas doktor adalah untuk mengesan kehadiran 'pembohong' di kalangan pesakit... mcm depa yg sibuk beli MC tu.. ada jg kadang dtg tipu je.. so lepas ni jgn tipu2 bila jumpa dokotr yea.. doktor boleh tahu dari mata anda..

Tanpa Nama berkata...

check out KJ having long island ice lemon tea :)

http://www.new.facebook.com/photo.php?pid=30058486&id=1098343440

Tanpa Nama berkata...

http://www.new.facebook.com/photo.php?pid
=30058486&id=1098343440

Samad berkata...

Setuju 100% dengan tanpa nama.Walaupun komen beliau dipetik dari artikel lain. Tak salah ianya dari blog Dr Novandri.. Keterangan yang dibuat oleh Dr Novandri cukup jelas dan tidak berat sebelah. Beliau menerangkan prosedur yang sepatutnya dengan bijaksana dari kaca mata seorang pakar...

Tanpa Nama berkata...

ramai betul jambu anwar bagi komen...