Iklan

Selasa, Julai 15, 2008

Bila Shabery Cheek Nak Letak Jawatan?

Saya terkesima melihat kehebatan Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek dalam menonjolkan diri selaku jurucakap unggul pemerintah Barisan Nasional. Jelas, Shabery jauh lebih cemerlang daripada Zainuddin Maidin!
Hujah-hujah berbentuk serangan peribadi dan propaganda dangkal bersifat pengampuan barangkali merupakan salah satu kemahiran istimewa Shabery. Apa relevannya membangkitkan aktivisme Anwar tatkala beliau menjadi pemimpin mahasiswa pada tahun 1974 dalam membahaskan perihal kenaikan harga minyak?
Saya cuba melihat sesi debat antara Anwar dan Shabery ini secara rasional dan tidak berpihak pun demikian jelas kelebihan malam ini berpihak kepada Anwar. Penghujahan dan pembentangan fakta yang dikemukakan nyata lebih kemas dan bernas.
Apa pun, pujian harus diberikan terhadap Shabery kerana punya keberanian untuk berdepan dengan Anwar yang sememangnya terkenal sebagai seorang pemidato dan pendebat yang berwibawa. Shabery selepas ini akan diangkat selaku wira baru Umno atas keberaniannya berdebat dengan Anwar. Barangkali pencapaian beliau ini akan dijadikan ukuran untuk menilai tingkat prestasinya dalam pemilihan Umno hujung tahun ini.
Saya kira Anwar malam ini telah berjaya menggunakan segenap peluang dan ruang yang ada untuk membuktikan kemampuan dan kesungguhannya berhubung janji penurunan harga minyak seandainya diberi amanah memimpin negara. Rata-rata ramai yang lebih menaruh keyakinan terhadap hujah-hujah Anwar berbanding dalil-dalil putar belit Shabery.
Mungkin esok rakyat akan mulai bertanya: "Bila Shabery Cheek nak letak jawatan?".

12 ulasan:

Adi Nordin berkata...

salam...

mual sungguh dgr hujah yang dibentang shabery.. soklan tak dijawab lepas tu suka merepek

r_feev berkata...

Salam...

Kejahatan Anwar:
- anjur demo untuk penduduk Baling di tahun 74
- menentang Tun Razak, Tun Dr M
- mengambil kesempatan dari keperitan rakyat
- minta bantuan IMF yang bakal membangkrapkan negara
- anak yang kematian bapa mengagihkan keuntungan Petronas dikalangan rakan2nya sahaja... eh??!! macam lain jer bunyinya... mcm bukan ANWAR je.. tp seorang lagi yang asal Penang dan tertidur time debat tadi... alaa yang 'tak sempat' nak datang debat...

hehehe...

Tanpa Nama berkata...

saya bakal menunggu bila tibanya masa, DSC meletak jawatan, Tapi saya rasa, dengan adanya kaedah mengedit yg digunakan oleh media mainstream isnyallah DSC takkan letak jawatan. Bak kata orang..juara kampung. Rasa handal bolehlah bertempik sekelian alam..Datuk Johan Jaafar pun sebenarnya tidak layak jadi pengerusi majlis sbb dia ni terkenal dengan sikap pro kerajaan. Yang menghairankan, kenapa x carik professional yg sememangnya arif dan tidak pro kepada sesuatu parti. Bukan ke molek?

CITRAMAYA berkata...

Sememangnya jelas debat itu menunjukkan bahawa DSC ketandusan fakta dan kurang mengkaji isu dan tajuk perdebatan semalam. Cuma keberaniannya harus diberi pujian kerana "bapa budak" yang selayaknya tidak berani untuk berlawan di gelanggang.

Tanpa Nama berkata...

DSAI dah kena tangkap..

suka_aman berkata...

bila Shabery letak jawatan?tak tau la bila.entah letak atau tak.takpela.itu malas saya nak perkatakan.yang penting debat semalama berjalan lancar tanpa ada sebarang gangguan.saya berterima kasih juga pada pihak kjaan yang telah memberi peluang debat dengan format sebegitu diadakan.cuma rasanya masa 1 jam tu tak cukup.apapon,harapnya kita semua dapat mempelajari sesuatu dr debat smalam.

serangan peribadi ke atas Anwar?pokok takkan bergoyang kalau tiada angin :).

sad, with a white hair. berkata...

A good debate.

penangite berkata...

Saya ada dua poin yang hendak disampaikan sahaja, yakni:

1. Semalam debat antara Anwar dan Shabery amat jelas one-sided. Anwar berpidato seolah beliau de facto Perdana Menteri, sementara Pak Lah hanya PM pada nama sahaja. Sepatutnya Anwar berdebat dengan Khairy Jamaluddin (selaku PM de facto bagi bapa mertuanya). Dengan itu, lebih seronoklah rakyat menonton, sekurang-kurangnya KJ mempunyai ijazah Politics, Philosophy dan Economics dari Oxfart. Beliau sudah tentunya tahu-menahu tentang ekonomi lebih daripada Menteri Penerangan yang selalu duk attack Anwar secara peribadi. Siapa kisah apa yang berlaku tahun 73-74. We care about now and the future. Oh btw, Shabery berkata sesuatu yang amat melucukan. Beliau berhujah bahawa Tun Dr Mahathir yang mengembangkan Petronas lalu Anwar menentangnya. Adakah Shabery sedar bahawa hari ini, Tun Dr M telah attack Pak Lah lebih teruk daripada Anwar attack Pak Lah. Malah, Tun M telah mengutuk seluruh kabinet pak lah yang tentunya terdiri daripada ahmad shabery sendiri sebagai 'hatchetmen' dan 'yes men'. Penguasaan bahasa Shabery begitu memalukan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Shabery oh shabery, semua negara, BUKAN semua negara-negara, dah jamak..nak jamak apa lagi...hang ni betul betul dungu la..orang melayu tapi tak tahu tatabahasa Melayu. baik hang pergi belajar BM kat peringkat UPSR, PMR dan SPM semula, aku ni chinese student pun boleh menang hadiah terbaik BM dua tahun berturut-turut form 4 dan 5. Menteri Penerangan yang dungu dan bangang... dah tak boleh diselamatkan dah...God bless u...

2. Hari ini, anwar ditahan di hadapan rumahnya di bukit segambut. Tapi hari ini di NST dan TheStar kata polis memberikan anwar masa sehingga pukul dua untuk pergi ke IPK KL untuk diambil kenyataan. Akan tetapi, anwar yang baru pulang dari HQ BPR telah ditahan polis pada jam 12.55...belum pun pukul 1 dan sudah tentunya ada 1 jam 5 min lagi untuk beliau ke balai polis. Apalah nak jadinya Polis diRasuah Malaysia (PDRM) ini..begitu bangang dan dungu macam Misinformation and Disinformation Minister Shabery, Nordin Kardi yang tak tahu IPP ada kaitan dengan minyak dan gas (God bless UUM and BTN). Begitu bahalul dan dangkal serta cetek yang tidak terhingga propaganda dan machinery BN. U all betul betul begitu stoopid sehingga Dr M pun keluar UMNO and he does not want to be associated with such a lousy party. nak spin cerita pun spin betul betul...ini dah nampak kebodohan yang amat ketara sehingga aku ni pun dah nak ikut perangai pak lah...selalu zzzzzzzz.....

CEMERLANG GEMILANG TEMBERANG

optional berkata...

Hujah2 Anwar tidak sekukuh mana pun, apa yang asyik disebut2 saja adalah 'Kepentingan Rakyat'. Tu je asyik diulang, tapi formula tak kukuh pun..Kerajaan membelanjakan subsidi sebanyak hampir RM 50 billion untuk mengekalkan subisidi sebanyak RM 1.20 seliter untuk harga runcit petrol. RM 5 billion patutnya hanya akan memberi kesan sebanyak 12 sen seliter harga runcit pasaran dan bukan 50 sen, sebagaimana dijanjikan secara bersahaja oleh Anwar. Tapi takpa sekurang2nya berani berdebat dan membincangkan cara aman, sedikit sebanyak kedua2 belah pihak boleh bertukar2 maklumat dan digunakan untuk pertimbangan. Tahniah kepada pihak kerajaan kerana memberi ruang untuk perkara sebegini. Tambahan lagi ruang kepada seseorang seperti Anwar..

oyemakinen berkata...

saudara optional adakah anda fikir jika saudara anwart mengeluiarkan formula untuk mengurangkan harga minyak and recover the 5 billion spent on subsidy the current government will follow all his formula and lessen the price of petrol by 50 cents today....???have a thought on that...that's why the minister shabery keep on taunting anwar and not giving him the chance to give out his ideas and formulas...

DPPKHL berkata...

Optional..
Saudara denga debat pakai kepala lutut ke kepala paip?Saya bukan dari kalangan org ekonomi pun boleh paham...Mane fakta yang kita perlukan 5 bilion untuk turunkan harga sebanyak 12sen?ko ingat 5ringgit ker?Bolehkah percakapan menteri penerangan dianggap fakta?Hanya lebih kepada emosi & serangan individu..sepatutnya ucapan "Tahniah kepada pihak kerajaan kerana memberi ruang untuk perkara sebegini. Tambahan lagi ruang kepada seseorang seperti Anwar" perlu ditukar kpd Tahniah kepada Anwar kerana sanggup melayan si Bodoh ni"..Cakap pakai lutut..mulut sampai berbuih2 habuk pun takder...

Observer berkata...

Pemilik Blog ini ;

Gemar berkhayal : Membayangkan diri dia sebagai PA Anu war jubor

Tidur : Ganti Pak Lah

Makan : Makan 'Pisang' Anu war ?

Antara bacaan kegemaran ialah buku-buku yang segar dan kritis? (Aku nampak makin bangang, ada la)

Romantis dan obses dengan cinta (mungkin mengharapkan cinta Anu war?)