Iklan

Ahad, Jun 08, 2008

Suara Marhaen: Minyak Oh Minyak!

Seorang teman mengirim respon berhubung pengumuman kerajaan berkaitan kadar kenaikan harga minyak baru-baru ini dan meminta pertimbangan saya untuk menyiarkannya di blog ini. Barangkali coretan teman ini bisa membuka gelanggang wacana!

Saya bukan seorang pakar analisis kewangan dan saya juga bukan seorang aktivis politik. Malah saya langsung tidak mengundi pada pilihanraya yang lepas. Jika pandangan saya ini menaikkan kemarahan sesetengah pihak, sila abaikan sahaja.

Saya ingin memetik satu ungkapan yang betul-betul menarik dan wajar kita renungkan bersama:

"Build the people and people will build the organization"

Tetapi apa yang cuba diterapkan oleh kerajaan sekarang bagi pendapat saya adalah:

"Build the organization by burdening the people"

Bagaimana kita hendak menjadi maju jika kerajaan masih berlumba-lumba untuk mendapat nama kononnya dikenali di mata dunia? Perlukah kerajaan menaikkan harga minyak hanya semata-mata untuk memajukan struktur negara agar negara kita kononnya gah di mata dunia?

Tidak perlu bagi kita untuk menghantar lagi rakyat Malaysia ke angkasa. Untuk apa? Untuk mendapatkan publisiti murahan? Ya, memang publisiti murahan tetapi dengan tanggungan kos yang tinggi. Duit rakyat yang menjadi mangsa. Untuk apa? Negara maju seperti Rusia dan Amerika Syarikat tidak merasa apa-apa yang gah pun tentang negara kita. Bahkan, kita hanya jadi bahan gurauan sahaja!

Sekali lagi saya ingin memetik sepotong ungkapan:

"Even I have lost everything in my business, if I still have the right people, I can rebuild my company in an instant"

Saya ada seorang sahabat, dia cukup gah di universiti. Siapa yang tidak kenal dia? Sebut sahaja nama, semua orang tahu. Adakah dia gah kerana harta? Tidak sama sekali. Orangnya sederhana dan merendah diri. Kenapa dia gah? Kerana dia seorang pelajar Melayu yang bijak dan mempunyai daya fikir yang tinggi. Cuba bayangkan Malaysia sebagaimana sahabat saya ini.

Adakah kita perlu berbelanja besar untuk mendapat nama? Tidak, bukan? Adakah kita perlu berbelanja besar untuk mendapat penghormatan negara lain? Tidak, bukan? Kenapa kerajaan tidak memikirkan cara untuk menaikkan "subsidi" pemberian wang untuk golongan intelektual seperti ini yang akan menaikkan nama negara kita? Sebaliknya subsidi minyak yang dipentingkan oleh kerajaan.

Kerajaan menaikkan harga minyak hanya kerana tertekan dengan harga pasaran minyak di dunia? Tak cukupkah dengan keuntungan pengeluar minyak negara kita wahai pak menteri sekalian? Senanglah mereka menaikkan harga minyak walhal duit minyak kereta mereka, kita juga yang tanggung. Nak diringkaskan, harga minyak naik atau turun, duit mereka masih "maintain". Itu belum lagi duit minyak pak-pak polis yang selalu "escort" golongan-golongan seperti mereka ini di lebuhraya.

Apa yang ingin ditekankan oleh saya ialah: Bantulah rakyat dahulu dan saya sangat percaya rakyat akan membantu negara untuk membangun. Janganlah kerajaan membebankan rakyat, sebaliknya berusahalah meringankan beban mereka!

4 ulasan:

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Inilah padahnya, kita terpaksa menanggung kesusahan bersama dengan rakyat Malaysia yang memangkah BN padahal kita tahu apabila menyokong Pakatan Rakyat akan dijanjikan penurunan harga minyak tetapi mereka tidak percaya. Subsidi yang diberikan kepada kita ialah subsidi yang begitu merugikan rakyat, padahal contohnya, aku sendiri menunggang motosikal menggunakan petrol dengan harga sekarang dalam masa 3 bulan sahaja menghabiskan subsidi kerajaan selama setahun. Apa daya kita untuk melawan keputusan yang dikatakan adil untuk pemerintah dan untuk rakyat. Adil untuk orang bergaji besar tetapi tidak adil mcm kami yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin meninggi dan dengar ura-ura yang tarif elektrik akan dinaikkan, sememangnya permohonan TNB ini sudah lama diminta. Inilah pergorbanan rakyat untuk pemerintah hingga rakyat terkorbankan diri sendiri. Hentikanlah tajaan Petronas ke atas F1, Hentikanlah Monson cup dan segala penajaan yang membuangkan duit, lebih baik duit itu dilaburkan untuk kepentingan rakyat.

Dengar orang UMNO pun marah akan kenaikan minyak ini, Siapa yang suruh pangkah BN lagi.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

din_tanjung berkata...

kalau setakat janji tu je nk dipegang, boleh percaya ke? setakat main cakap. esok dah dapat esok, x boleh buat, macam2 alasan. baru tau rintangan dan masalah yang ada untuk uruskan benda2 ini semua. bg contoh selanogr cukup la, mana air free?pastu tah apa2 lagi dijanjikan x jalan pon? lepas tu bagi alasan xde peruntukan lah, apa lah. baru tau kalau setakat cakap je belum tentu boleh buat..baru tau akan ada halangan dan masalah yang perlu dilalui, x semudah yang dikatakan, setakat modal air liur je, memang lah bunyi nye sedap...

apish_jpoon berkata...

din_tanjung....

nak turunkan harga minyak bagi aku senang je...kalau nak bagi minyak free...?

LU PIKIR LA SENDIRI...!!!

din_tanjung berkata...

apish,

cakap memang bunyi senang, bukan kita tau pun apa masalah mereka diatas sana. memang kenaikan harga ini agak melampau, tetapi jangan assume semua benda senang macam yang diperkatakan oleh pembangkang. macam aku cakap lah, nak bagi air free pon tak terbagi lagi, bukan susah pun (bunyi macam tak susah bagi aku, tapi aku mana tahu apa masalah diatas sana tu).