Iklan

Jumaat, Jun 13, 2008

Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (3)

Saya pernah menulis tentang 'seekor musang' dalam beberapa entri terdahulu yang kini semakin selesa bertapak di Pejabat Anwar Ibrahim selepas mempergunakan kedudukan seorang kakitangan kanan di pejabat tersebut.
Khabarnya, 'musang' tersebut kini sudah mulai merencana agenda peribadinya (yang sudah saya jangka sejak tiga bulan lalu ketika terserempak dengannya dalam satu program kempen pilihanraya Anwar Ibrahim) untuk menguasai jadual dan pergerakan harian Anwar. Menurut sumber dalaman Pejabat Anwar Ibrahim, kakitangan asal yang selama ini berkhidmat menyelia jadual Anwar sudah pun meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatian dalam pengurusan perniagaan keluarganya.
'Sang musang' dikhabarkan kini memulakan langkah untuk mensabotaj beberapa program yang melibatkan Anwar Ibrahim Club (AIC) serta berusaha untuk mencemar nama baik salah seorang kakitangan kanan yang baru berkhidmat di Pejabat Anwar Ibrahim.
Saya turut menerima respon daripada beberapa orang teman sekuliah berhubung dengan rancangan terbaru 'musang' ini yang dahulunya merupakan bekas oportunis politik di kampus. Lantaran kesibukan bermain politik ala UMNO, 'musang' ini kandas dalam pengajian dan disingkir oleh pentadbiran universiti.
Ketika menjelaskan kedudukan sebenar beliau di blog ini beberapa bulan lalu, 'sang musang' menegaskan bahawa beliau akan memulakan kelas latihan penerbangan dalam bulan ini dan sekadar membantu Pejabat Anwar Ibrahim untuk kempen Pilihanraya Umum ke-12 (walhal, hakikatnya beliau antara yang cukup giat berkempen untuk Barisan Nasional secara maya pada waktu itu!). Pun demikian, sehingga kini beliau masih membayangi pergerakan Anwar dengan menonjolkan dirinya secara melampau.
Saya komited dengan pendirian saya selama ini bahawa 'sang musang' sebetulnya mempunyai agenda serta muslihat peribadi untuk terus kekal di Pejabat Anwar Ibrahim. Oportunis licik ini cukup terkenal sebagai individu rakus kuasa dan taksub publisiti sewaktu di kampus suatu masa dahulu. Amanah dan tanggungjawab yang diberi dilayan seakan-akan 'kuda tunggangan' untuk dirinya meraih glamor dan populariti.
Bayangkan sekiranya Anwar Ibrahim memikul amanah kepimpinan negara dalam waktu terdekat ini, apakah rakyat mampu menerima hakikat bahawa ada antara kakitangan pejabatnya merupakan individu oportunis, seorang rakus kuasa yang tidak memiliki dukungan akademik yang selayaknya?
Saya yakin, kebijaksanaan Anwar bakal menidakkan agenda licik 'sang musang' hingusan ini!

30 ulasan:

Syeikhryz Ibnu Al-Haymdan berkata...

salam..adoi...aku ingat si musang ni dah blah p terbang....tapi ada lagi rupanya..ni la janji seekor musang yang bersumpah untuk tidak makan ayam selepas pilihanraya!.....hihihihihhi...

Tanpa Nama berkata...

bro,
sejak dah menang ni bukan kata kat pejabat tu aje ada.Kat dun2 yang kita menang pun ada gak.siap ada tempat sampai ada 6 orang ketua pemuda..
Time pilihanraya tak nampak pun muka..



Zaki

bekas pelajar uniten berkata...

Bro,

Tak habis2 lg ke si saiful ni? Bukan hari tu kata nak jd pilot ke?

Mamat ni mmg tak pernah nak taubat. Tk berubah lgsg perangai sejak dari uni. Pelik, knp dia masih kekal kat ofis anwar? dulu sanjung pak lah bukan main. skrg menempek dkt anwar pulak.

agak pelik bila anwar sendiri tak siasat latar belakang org mcm saiful ni. jenis putar belit, muka dua.

saiful, tlglah berubah. toksahla buat perangai nak rosakkan organisasi lagi. cukuplah apa yg kau dh buat dkt mpp uniten dulu. kau cantas org, kau kotorkan imej org, kau fitnah sana sini. sudah lah tu saiful.

buat datuk seri anwar, andaikata datuk baca komen ini, saya minta datuk singkirkanlah saiful ini secepat yg mungkin. org mcm dia ni kalau dibiar bakal merosakkan imej dan reputasi datuk seri.

saya jijik dgr nama dia. saiful bukhari, busuk lagi membusukkan!

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Saudara Najwan,
sapa orgnya, jgn bikin panas, aku ni ahli aic, jgn cuba sabotaj program kami, kita mesti bersatu, pikiran mesti positif kerana tujuan kita hanyalah satu.


Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan 5 Julai ini untuk protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

r_feev berkata...

Sang saka bangsa..

Lebih baik ko tukar nama la.. nama gah tapi mentaliti duk ingat lubang bontot je.. perangai sama macam kepala tahi dan tahi2 di dalam buku Shit..

pewaris reformasi berkata...

Salam Sdr Najwan,

Saya fikir jika benar seperti dakwaan saudara, malanglah sdr Anwar.

Tapi dalam pada kita saling beringat kerana kasih kepada apa yang telah dilalui sdr Anwar, kita harus lekas membangun mentaliti masyarakat sivil yang kukuh dan tidak bersandar kepada tokoh. Saya tidak fikir masa depan Malaysia akan lebih baik jika pertaruhan adu domba dan kipas menjadi persoalan, meski ia resam politik Malaysia sekian lama.

Apa khabar pemegang diari merah baru? Adakah dia terpasung dengan permainan politik orang muda di pejabat sdr Anwar?

Saya fikir eloklah kita kembali kepada komitmen kelompok Telawi untuk percaya isi lebih penting dari kulit (tanpa menafikan kepentingan kulit).

kalam berkata...

wan..
perkara ni dah boleh dibaca dari dulu. kita tgk sendiri,samada musang akan terus selesa berbulu ayam,atau jadi togel tak berbulu.

ainis azreen berkata...

saya tidak sabar menanti 15 Jun 2018. Ingin melihat bagaimana keadaan "si musang". Kenyangkah? Laparkah? Atau bertukar petempatan dari satu reban ke reban yang lain. Maklumlah, lain reban lain ayamnya.

Moga Allah panjangkan usia saya.
Amen.

bekas pelajar uniten berkata...

aku rasa saiful tak berani nak respon mcm mana dia respon dulu. time tu kononnya dia takde apa2 agenda, sekadar nak tolong rahimi osman.

aku rasa dia skrg tgh resah gelisah. dgr kata anwar dah tahu pembabitan dia dgn tokoh2 umno tertentu waktu dia di uniten dulu. gambar2 pun dah ada di tangan anwar.

itu sbb dia tak berani nak respon entri ni. kita tunggu dan lihat, apa kelentongan si saiful ni lepas ni. aku rasa kalau dia respon, dia mesti tulis konon2 dia tu baik macam malaikat. kita tengok jela nanti....

bumilangit berkata...

oi! kita buat je sukan macam mat saleh dulu2, sukan menembak musang.

oi!

saiful bukhari berkata...

Najwan, tak habis-habis lagi ke? Kesian aku tengok kau.. Sampai Anwar nak jd PM pon ko nak tuduh aku macam2..

Tak pa lah.. Nak buat macam mana..

Terima Kasih.

Tanpa Nama berkata...

saudara saiful bukhari (jika benar itu anda),

apakah najwan menuduh? atau sekadar menulis spekulasi? dan jika benar ada tuduhan, kenapa tidak saudara jawab atau nafi?

saya mengikuti perkembangan 'musang' ini sejak beberapa bulan yg lalu, juga telah saya ikuti beberapa tulisan dahulu berkenaan masalah saudara sewaktu terlibat dlm perwakilan mahasiswa uniten.

saya fikir najwan ada asas utk menulis dan menyedarkan khalayak ttg siapa saudara yg sebenarnya. kredibiliti saudara yang berkhidmat di pejabat anwar ibrahim jelas wajar dipertikai memandangkan ada dakwaan yang mengaitkan saudara dgn tokoh umno penting sebelum ini. dan penglibatan saudara di pejabat anwar juga jelas mencurigakan. masuk secara tiba-tiba walhal berkempen utk barisan nasional! apa penjelasan saudara?

membaca penulisan najwan, saya dapat faham yg dia juga punya akses secara langsung dgn pejabat anwar, juga jika dipertimbangkan hubungan rapatnya dgn saudara nik nazmi dan beberapa org kakitangan lain, mudah utk kita maklum yg dia bukan menulis semata-mata utk membuat tuduhan melulu.

jika benar najwan menuduh, maka jawablah pertuduhan itu. jangan sekadar menulis utk melepaskan diri.

apa sudah jadi dgn kelas penerbangan saudara? katanya bulan ini bakal dimulakan, kenapa tidak dijelaskan dalam komen di atas?

saiful bukhari berkata...

Saudara tanpa nama,

Keputusan pihak penganjur sekolah penerbangan akan diketahui dalam bulan julai.. harap bersabar..

kalam berkata...

dalam memimpin,kebijaksanaan diukur apabila hujah dibalas hujah,fakta dibalas fakta.

saya melihat apa yang Najwan ketengahkan,bukan berasaskan sentimen. melihat kepada apa yang beliau perincikan dari Siri 1 sehingga Siri 3, ada fakta yang tersusun dan tidak disanggah oleh pihak-pihak yang berkenaan.

jadi,kalau betul pihak yang berkenaan 'jujur dan ikhlas', jawab seadanya. bukan kona sana kona sini.

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua...

Saya setuju dengan ulasan Kalam...bersiri sudah isu musang ini disiarkan di blog sahabat saya najwan....saya kira ramai boleh berfikir secara matang dan kritis mengenai isu-isu yang dibangkitkan,fakta yang dilampirkan...

Kepada saudara Saiful Bukhari, sudah lar saudara,padangan pertama saya,impresi saya pada awalnya,saudara boleh memimpin dan berkarisma,bijak berbual dan membawa diri.
Tetapi saudara mengkhianati kepercayaan saudara. Apa yang saudara buat yang membawa kepada krisis kempimpinan yang paling teruk dalam sejarah UNITEN,hanya kerana terasa dikhianati dan terus mensabotaj dan mengkhianat keseluruhan UNITEN,kerana dendam. Saudara masih ingat...kejarkan kedudukan teratas, YA tetapi biarlah secara adil dan gentleman bukan dengan berpakat secara senyap menyingkirkan calon presiden lain, itu busuk hati.

Well...saudara menang tetapi diragui,saudara dapat kedudukan itu,tetapi amanah yang diperolehi,saudara tinggalkan sibuk membina imej diluar UNITEN,pelajar diabaikan...

Hai..saudara sudahlah,jikalau UNITEN pun kucar kacir,jangan lar mimpikan utk bersama DSAI....undi saya pada najwan bukan saudara maaf,kerana saudara mengkhianati kepercayaan saya....INGAT..Pisang Takkan Berbuah 2 Kali.

-pelajar yg gemuk V-

p/s jangan lupa manifesto saudara duloo,sapa yang buat,sapa yg tulis,so sapa yang mengkhianati siapa sekarang???

brother aniki berkata...

Jika dibaca dari kenyataan bahawa Anwar akan jadi PM, sudah tentu ada yang mahu menangguk di air yang keruh.

Saiful dan Rahimi patut sedar bila Anwar panggil staf baru balik dari luar negara untuk bantu dia, itu adalah tanda paling jelas bahawa keutamaan patut diberi kepada yang empunya.

Bekerja dengan Anwar mungkin satu peluang yang ramai mengidamkan. Tapi jika diukur pada baju sendiri, sepatutnya kita insaf bahawa yang kita mahu jayakan adalah agenda, melebihi kepentingan individu.

Hebat juga khabarnya Rahimi sudah ada pemandu peribadi. Agaknya kenyataan dia sebelum ini bahawa gaji kecil tak berbaloi dengan kerja - konon itu tanda berjuang - sudah tak valid.

pro AIC berkata...

dgr kata si saiful mengadu kepada anwar dan marah-marah sebab entri ini tp last-last anwar tembak dia balik dan pertahankan hak najwan utk menulis, hahaha!

padan muka saiful. mcm budak2. setakat tulisan di blog pun dia dah melatah, siap suruh anwar campur tangan lagi. malu lah lu saiful!!

ayuh kawan2 dlm AIC, sama2 kita pastikan musang bernama saiful ini disingkir. yg lebih layak duduk di ofis itu ialah sdr farhash salvador. itu sbb anwar suruh dia balik malaysia, tolong dia!

saiful hanya macai bawahan tp perasan mcm hebat. dengar citer, degree pun takdak! hehe

af berkata...

Saiful Bukhari berkata:

"Keputusan pihak penganjur sekolah penerbangan akan diketahui dalam bulan julai.. harap bersabar.."

Kita tunggu dan lihat sejauh mana kebenaran kata2 penipu ni. Lepas ni mungkin dia ckp bulan 8, pastu bulan 9...last2 takde apa pun.

Sejak kampus kerja dia bohong, sampai skrg pun bohong. Itulah kerja dia, bohong bohong bohong!

Siapa dia saiful bukhari ni? saiful bukhari ni pembohong, pembelit dan gila kuasa! sapa tak kenal dia kat uniten dulu. kasanova kaki perempuan, siap bertumbuk lagi sebab dia kacau awek org. masa nak jadi mpp, dia beli undi. tp dpt undi antara paling corot. sbb dia licik, dia beli pulak mpp yg dah menang. dia cantas senior yg patutnya jd presiden.

time jd mpp, saiful main politik dgn budak2 umno, dia ni dulu agen aspirasi di uniten. aku masih ingat waktu najwan desak dia letak jawatan tahun lepas, dia tuduh dan hina najwan sbb najwan budak PKR. dia ckp najwan agen anwar ibrahim di uniten. skrg ni apa kes? knp nak menempek kat anwar pulak? sbb anwar ada kuasa? dah nak jadi PM? jadi saiful pun mula dekat2 dgn budak2 anwar especially rahimi osman. dari situ dia pijak rahimi. skrg rahimi resign, dia pulak nak take over dgr cite.

hati-hatilah dgn saiful bukhari ni. aku ni org luar je. tp aku ni rajin bc blog najwan. aku kenal najwan pun gitu-gitu je. budak dia sempoi je kat uni dulu. tp cukup hebat pidato politik kat cafe2 dan warung2 kat uni tu.

aku tak terkejut kalau anwar tak dpt jd PM esok. aku tau, org yg gagalkan agenda anwar ialah manusia belit macam si saiful ni. setiap tempat yg dia ada, mmg akan rosak dan binasa.

aku doakan semoga Allah selamatkan anwar, pejuang2 reformasi dan malaysia dari org yg bernama saiful bukhari ni. amin.

ainis azreen berkata...

saya mengikuti perkembangan kisah "musang" ini tanpa menyebelahi mana-mana pihak. baik Najwan mahupun Saiful. kedua-duanya pernah menjadi teman sekampus dan pernah menyertai program bersama. walaupun tidak mengenali peribadi mereka dengan mendalam, namun saya amat pasti bahawa mereka disegani dengan cara mereka tersendiri.

adalah tidak adil untuk kita (para pemerhati) untuk meletakkan kemenangan atau kesalahan kepada satu-satu pihak tanpa mendengar penjelasan dari pihak yang lain. perkara ini yang perlu difahami oleh Saiful. memanglah, ada perkara yang perlu di-ignore, namun hal sebegini (yg melibatkan maruah dan integriti saudara) perlu dijelaskan. menurut pemahaman saya, Najwan tidak bermaksud untuk menuduh ataupun menyimpan dendam kesumat terhadap saudara. Beliau jelas mempersoalkan pendirian (stand) saudara pada ketika ini, dan saya kira saudara harus mula memperhalusinya sekarang.

Saya tidak berniat untuk mempersoalkan tentang hubungan saudara di dalam circle DSAI tetapi lumrah alam, jikalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang. saya menyambut baik keputusan saudara jika saudara ikhlas didalam pembabitan saudara membantu perjalanan karier DSAI. saya (dan para pemerhati lain) juga akan cuba untuk memahami konsep yang digunapakai saudara mengenai isu beralih parti. Bak kata Kabir Bhatia, cinta tidak datang hanya sekali. Ezam telah membuktikan. Yong Teck Lee juga.maka tidak salah sekiranya kami menuntut satu statement yang menjelaskan kedudukan sebenar.

Saya tidak nafikan, penglibatan seseorang dalam kancah politik semasa sedikit sebanyak memanfaatkan individu tersebut. kenalan bertambah, kehidupan sosial juga berubah. mungkin ada yang berfikir, perubahan itu perlu kerana harus mengikut arus politik semasa. dan apabila kepentingan peribadi diutamakan, maka mulalah jambatan konkrit retak, jurutera didakwa menerima rasuah, pemain bola sepak mengatur perlawanan, hakim sekalipun berani mencabul institusi kehakiman! inilah yang berlaku apabila kita hilang integriti dan jati diri, dan apabila kita meletakkan kepentingan peribadi mengatasi segalanya.

Saya pohon agar kisah musang berbulu ayam ini menemui noktahnya dalam masa terdekat. lebih-lebih lagi individu-individu yang terlibat merupakan sosok penggalas perjuangan DSAI selepas ini. yang pasti, betapa ramai lagi anak muda di luar sana yang ingin menjadi seperti kalian. bertindak matang, jangan terlalu ikutkan perasaan. budaya cantas-mencantas ini bukan budaya kita. itu budaya UMNO. kita juga tidak perlukan lagi satu kisah Babad Pendekar Jawa.

Langkah DSAI ke Putrajaya sudah pun bermula, dan langkah tersebut bukan semudah yang kita sangka. saya di luar akan mengiringi langkah kalian dengan doa. Semoga dipermudahkan.

BAT C 20 berkata...

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

kalaulah betul org yg bernama saiful ni wujud dan benar apa yang tertulis dlm blog ini, tolonglah DSAI.. buangkan sajq dia ni.. bukan nak menghina kelulusan budak ni.. tapi yelah kalau nk jadi DSAI punya pembantu pun.. eloklah dtg daripada orang yg berkelulusan dan berpengetahuan. betul kebelajar pun tak lulus dia ni??? hmm..ada hati pulak nak buat kerja yang boleh dianggap berat ini. tolong blah jelah! gi jadi pilot.. lagi best.. boleh usha stewardess.. gaji pun lumayan besar.. dapat gi sana sini dan untuk luaskan minda skit.

anwaribrahimdotcom.blogspot.com berkata...

anwaribrahimdotcom.blogspot.com

anwaribrahimdotcom.blogspot.com berkata...

anwaribrahimdotcom.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

AKU MENGIKUTI BLOG NI. TAK SANGKA MUSANG KINI DAH BERTUKAR MENJADI BABI! NAK SAMAKAN DGN BABI PUN TAK LAYAK. BABI LAGI CUTE.

anwaribrahimdotcom.blogspot.com berkata...

Pak Lah dihancurkan kredibiliti oleh Tingkat 4 JPM. Anwar dihancurkan kredibiliti oleh AIC dan antaranya adalah Najwan. Najwan adalah liabiliti PKR dan PR.

anwaribrahimdotcom.blogspot.com

anwaribrahimdotcom.blogspot.com berkata...

Ok...byk soalan tentang mcm mana org tua boleh liwat org muda? bayangkan, kakitangan Jabatan PERHILITAN menggunakan ubat pelali yang diberikan secara tembakan senapang patah untuk tewaskan gajah yang bertan-tan beratnya. Jadi, adakah kemungkinan Saiful diberikan sedatif (dadah) utk melemahkannya dan selepas itu perbuatan liwat mengambil tempat?

Dulu, diberitahu dengan yakin, 30 MP BN akan masuk PR, tetapi sekarang tinggal 4? Mana yang lain?

Sesiapa yang tgk rancangan Hujan di TV9, debat antara Mahfuz dan Aziz dengan dipengerusikan Dr. Agus (UKM) pasal kenaikan minyak, pasti terpegun dengan hujah Mahfuz yang penuh fakta dan dia buat research ttg harga minyak dan mekanisma mengekang kenaikan harga minyak utk Malaysia. Anu war ader ke ckp apa yang dia nk lakukan utk mengekang kenaikan harga minyak? Takder kan, setakat cakap kosong je. Camner rakyat nak percaya.

Kenapa baru sekarang timbul ancaman bunuh? Kenapa ancaman bunuh tidak dihebahkan selepas PRU 12 kerana ada khabar angin mengatakan Anu war adalah faktor utama pengundi muda pangkah PR? Padahal, selepas election, makin galak Anu war pegi road tour , time tuh lagilah, semua tempat dia pegi kecoh, dan kalu orang nk bunuh, dh lama upah sniper tembak dia dari jarak jauh. Kenapa selepas je Saiful buat report, dia pergi Kedutaan Turki? Takut ke? Dan kenapa sampai skrg, dlm kenyataan Anu war kepada media, dia tak cakap " Saya tak pernah buat perbuatan liwat ke atas Saiful dan in adalah tipu helah semata"? Saya cuba refer sumber media dari dua2 pihak, BN dan PR tapi takder statement ni dikeluarkan?

Kepada adik2 yang semasa reformasi masih berada di sekolah rendah, meh saya ceritakan sedikit. Gelaran Al-[ SENSOR TKO ] kepada Anu war diberikan oleh pemimpin PAS, Mat Sabu dan isu Anu war berjubur ini pernah timbul dalam Majalah Keluaran PAS, Tamadun pada 1998. Tamadun diterbitkan oleh syarikat yang sama mengeluarkan Harakah. Time artikel Mat Sabu diterbitkan, Anu war masih dalam UMNO. Nak kata Mat Sabu tipu? Mat Sabu adalah antara orang yang rapat dgn Anu war sampai jadi driver Anu war. mesti dia tahu sedikit sebnyak pasal kelakuan Anu war yang Maha geli ni. Cari, jangan tak cari majalah tuh utk baca apa yang Mat Sabu tulis pasal kegiatan Anu war Kaki Jubor. Kalu nak clear lagi, tanya sendiri kat Mat Sabu kenapa dia tulis cerita tu?


Kepada mereka yang memuja blog Najwan, riwayathayat.blogspot.com, ingin saya bertanya, kenapa post ke-3 pasal musang dikeluarkan olehnya atas arahan Pejabat Anu war (ini didakwa oleh MatKeri)? Adakah kerana Saiful ini jambu orangya dan Anu war tak mahu jambunya ini terus dikacau oleh Najwan? Saiful tinggal di sebuah kondominium mewah. Sapa yang spionsor dia? Adakah Anu war? Tak munggkin oleh konspirator BN kerana sebagai staff Anu war, Saiful semestinya akan mengesahkan dimana temnpat tinggal dia dan sbg ahli politik, takkan Anu war tak menyuruh pihak2 berkenaan utk menyiasat siap dia Saiful? Gambar yang Wan Azizah tunjuk tuh dh lama ada dalam blog najwan. Bermakna, dh lama org2 PKR tahu tentang latarbelakang Saiful dan semestinya dh diberitahu kepada Anu war. Tapi tak berhasil tindakan mereka utk singkirkan Saiful dari Pejabat Anu war. Hasilnya, Saiful telh dinaikkan pangkat oleh Anuwar, jadi PA. Adakah Anu war tolak segala tohmahan orang kuat PKR semata-mata nak melayani nafsu buasnya? Saya hanya meletakkan soalan, bukan jawapan. Fikirkan
Saya rasa smpi setakat ni dulu. Kalu sapa2 nak cabar, silakan

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

anwaribrahimdotcom.blogspot.com berkata...

Ok...byk soalan tentang mcm mana org tua boleh liwat org muda? bayangkan, kakitangan Jabatan PERHILITAN menggunakan ubat pelali yang diberikan secara tembakan senapang patah untuk tewaskan gajah yang bertan-tan beratnya. Jadi, adakah kemungkinan Saiful diberikan sedatif (dadah) utk melemahkannya dan selepas itu perbuatan liwat mengambil tempat?

Dulu, diberitahu dengan yakin, 30 MP BN akan masuk PR, tetapi sekarang tinggal 4? Mana yang lain?

Sesiapa yang tgk rancangan Hujan di TV9, debat antara Mahfuz dan Aziz dengan dipengerusikan Dr. Agus (UKM) pasal kenaikan minyak, pasti terpegun dengan hujah Mahfuz yang penuh fakta dan dia buat research ttg harga minyak dan mekanisma mengekang kenaikan harga minyak utk Malaysia. Anu war ader ke ckp apa yang dia nk lakukan utk mengekang kenaikan harga minyak? Takder kan, setakat cakap kosong je. Camner rakyat nak percaya.

Kenapa baru sekarang timbul ancaman bunuh? Kenapa ancaman bunuh tidak dihebahkan selepas PRU 12 kerana ada khabar angin mengatakan Anu war adalah faktor utama pengundi muda pangkah PR? Padahal, selepas election, makin galak Anu war pegi road tour , time tuh lagilah, semua tempat dia pegi kecoh, dan kalu orang nk bunuh, dh lama upah sniper tembak dia dari jarak jauh. Kenapa selepas je Saiful buat report, dia pergi Kedutaan Turki? Takut ke? Dan kenapa sampai skrg, dlm kenyataan Anu war kepada media, dia tak cakap " Saya tak pernah buat perbuatan liwat ke atas Saiful dan in adalah tipu helah semata"? Saya cuba refer sumber media dari dua2 pihak, BN dan PR tapi takder statement ni dikeluarkan?

Kepada adik2 yang semasa reformasi masih berada di sekolah rendah, meh saya ceritakan sedikit. Gelaran Al-[ SENSOR TKO ] kepada Anu war diberikan oleh pemimpin PAS, Mat Sabu dan isu Anu war berjubur ini pernah timbul dalam Majalah Keluaran PAS, Tamadun pada 1998. Tamadun diterbitkan oleh syarikat yang sama mengeluarkan Harakah. Time artikel Mat Sabu diterbitkan, Anu war masih dalam UMNO. Nak kata Mat Sabu tipu? Mat Sabu adalah antara orang yang rapat dgn Anu war sampai jadi driver Anu war. mesti dia tahu sedikit sebnyak pasal kelakuan Anu war yang Maha geli ni. Cari, jangan tak cari majalah tuh utk baca apa yang Mat Sabu tulis pasal kegiatan Anu war Kaki Jubor. Kalu nak clear lagi, tanya sendiri kat Mat Sabu kenapa dia tulis cerita tu?


Kepada mereka yang memuja blog Najwan, riwayathayat.blogspot.com, ingin saya bertanya, kenapa post ke-3 pasal musang dikeluarkan olehnya atas arahan Pejabat Anu war (ini didakwa oleh MatKeri)? Adakah kerana Saiful ini jambu orangya dan Anu war tak mahu jambunya ini terus dikacau oleh Najwan? Saiful tinggal di sebuah kondominium mewah. Sapa yang spionsor dia? Adakah Anu war? Tak munggkin oleh konspirator BN kerana sebagai staff Anu war, Saiful semestinya akan mengesahkan dimana temnpat tinggal dia dan sbg ahli politik, takkan Anu war tak menyuruh pihak2 berkenaan utk menyiasat siap dia Saiful? Gambar yang Wan Azizah tunjuk tuh dh lama ada dalam blog najwan. Bermakna, dh lama org2 PKR tahu tentang latarbelakang Saiful dan semestinya dh diberitahu kepada Anu war. Tapi tak berhasil tindakan mereka utk singkirkan Saiful dari Pejabat Anu war. Hasilnya, Saiful telh dinaikkan pangkat oleh Anuwar, jadi PA. Adakah Anu war tolak segala tohmahan orang kuat PKR semata-mata nak melayani nafsu buasnya? Saya hanya meletakkan soalan, bukan jawapan. Fikirkan
Saya rasa smpi setakat ni dulu. Kalu sapa2 nak cabar, silakan

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

bdk sik berkata...

waoiiiiiiiiiiiii...........

Tanpa Nama berkata...

Sang Musang berketurunan Yahudi!!!

Tanpa Nama berkata...

Betoilaa hang kata, musang tu berbulu ayam, sebab sangat sedapnya bau ayam tu, walau pun sebenarnya musang, Anuar dah tak tahan dia tibai jugak. Hang tak nak join sekali ke atau hang dah dapat dulu kot ....