Iklan

Rabu, Mei 14, 2008

Siapa Layak Pimpin Malaysia? (2)

Sebulan yang lalu, saya telah membuka ruangan untuk para pengunjung blog ini mengundi beberapa orang tokoh politik yang saya kira merupakan calon yang sesuai buat masa ini untuk menerajui negara ini sebagai Perdana Menteri. Berikut merupakan keputusan pengundian tersebut:

Hari ini, saya telah pun membuka satu lagi ruangan di sebelah kanan laman blog ini bagi membolehkan para pengunjung mengundi beberapa calon yang dirasakan sesuai menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri seandainya (ulang: seandainya) Anwar Ibrahim berjaya mendiami Seri Perdana di Putrajaya.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ucapan semasa Dato Mukriz dalam Parlimen Malaysia pada Selasa, 13 Mei 2008 untuk dikongsi bersama. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Dato Mukhriz. Inilah buah yang ditunggu2 selama ini. Aku yakin buah yang lain akan dikeluarkan selepas ini. Padan muka, mesti Anwar terus terbuasir bila rahsia dia diketahui umum. Jangan ingat Kj saja yang power..Kj boleh blah

.............................................

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Selasa, 13 Mei 2008

Dato' Mukhriz bin Tun Tun Dr. Mahathir [Jerlun]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai apa yang telah diperkatakan oleh Yang Berhormat dari Gombak dan juga Yang Berhormat dari Padang Serai tadi yang telah menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah insan yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saya tertanya-tanya mengenai tiga perkara yang telah dilaporkan dalam media asing tetapi tidak diberi liputan oleh media tempatan.

Yang pertama, mengenai artikel dalam majalah Time dalam edisinya bertajuk dengan izin The 2008 Time 100. Laporan mengenai Datuk Seri Anwar ditulis oleh rakan karibnya Paul Wolfowitz, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat merangkap ketua strategi
perang Iraq untuk George W. Bush. Mengapa harus Datuk Seri Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih satu juta rakyat Iraq ini?

Yang keduanya, mengenai artikel dalam akhbar Israel iaitu Jerusalem Post yang menggambarkan Datuk Seri Anwar sebagai dengan izin Malaysia’s Future Prime Minister seperti yang telah disebut oleh kedua-dua Yang Berhormat yang saya sebutkan tadi dalam Dewan yang mulia ini. Adakah ini juga bukti bahawa Israel juga setuju Datuk Seri Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia dan kalau setuju mengapa?

Yang ketiga, mengenai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO yang bernama Foundation of The Future. NGO ini menerima dana sebanyak 35 juta dolar dari Jabatan Negara atau State Department Kerajaan Amerika Syarikat, 10 juta dolar dari Bahrain dan 11 juta lagi dari sumber-sumber lain yang tidak ketahui. Pengerusi Foundation of The Future tak lain tak bukan Datuk Seri Anwar sendiri insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia. Di NGO ini jugalah Datuk seri Anwar mengambil kerja Shahariza, teman wanita Paul Wolfowitz yang telah
mencetuskan kontroversi di Bank Dunia baru-baru ini. Soalnya, adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlibat secara langsung dalam
organisasi yang diragui latar belakangnya....

Tuan Yang di-Pertua: Lima minit lagi Yang Berhormat.

Dato' Mukhriz bin Tun Tun Dr. Mahathir [Jerlun]: ...dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman neo-konservatif yang membunuh rakyat Islam di Iraq Paul Wolfowitz ini hendak kita benarkan mengambil alih kepimpinan negara tercinta ini? Sudah tentu tidak.

ikuti selebihnya di :

http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=17718#470025

iBNuZaCK berkata...

Soal Paul Wolfowitz ni sudah lama dijawab.Tapi belum ada lagi yang berani menjawab ada pemimpin tertinggi Malaysia mengutus pelobi Yahudi Jack Abramoff utk mengadap Bush di White House.

Najwan.Bagaimana dengan Azmin?Ada khabar mengatakan the next TPM adalah Azmin.Ini khabarnya sebagai membalas tolak ansur Azmin 'menyerahkan' jawatan MB Selangor kepada Tan sri Khalid.

Tup2 Nik Nazmi pulak jadi TPM nanti.Hahaha...

Tanpa Nama berkata...

Salam sdr Najmi,
lepas ini mungkin boleh undi siapa PM pasca Anwar Ibrahim;)

Hilmi Madani
www.hilmimadani.blogspot.com

anti_seks_songsang berkata...

Tuduhan wujudnya unsur rasuah dalam pemberian kontrak kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada PSC Naval Dockyard oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr, Wan Azizah Wan Ismail mengundang padah apabila Dewan Rakyat diberitahu Menteri Kewangan yang meluluskan penswastaan projek berkenaan kepada syarikat itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setahu saya Menteri Kewangan pada masa itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat. Saya tidak mahu menyalahkannya, tetapi mungkin ada sesuatu yang luar dari jangkaannya. Maknanya janganlah salah semua orang. Kita juga sedikit sebanyak ada kelemahan juga,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong hari Rabu bagi pihak Kementerian Pertahanan berhubung dengan dakwaan wujudnya amalan rasuah dalam kontrak perolehan 27 buah kapal peronda TLDM oleh Dr. Wan Azizah.

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Najib, kontrak perolehan 27 buah kapal itu diberikan kepada PSC Naval Dockyard pada 11 Disember 1995 untuk tempoh 15 tahun.

Menurut perjanjian, syarikat berkenaan diberi kontrak penyelenggaraan kapal dan perkakasan TLDM di samping mereka bentuk dan membina 27 buah kapal ronda generasi baru.

Di bawah kontrak awal, kerajaan membuat tempahan enam buah kapal pronda dengan nilai kontrak sebanyak RM5.35 bilion tetapi kontrak dengan PSC dibatalkan pada tahun 2006 apabila gagal memenuhi syarat kontrak dan hanya dua buah kapal sahaja yang hampir disiapkan pada tahun 2006.

Kesannya bagi memastikan enam buah kapal tersebut dapat diteruskan pembinaannya, kerajaan telah melantik Lembaga tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengambil alih syarikat PSC dan nilai kontrak terpaksa dinaikkan kepada RM6.75 bilion ekoran peningkatan kos.

Pada tahap ini, Dr. Wan Azizah bangun bertanya apakah kriteria untuk memilih syarikat yang hendak diberikan kontrak itu pada awalnya.

Bingkas bangun sebelum Najib menjawab Ahli Palrimen Pontian, Ahmad Maslan yang menyatakan soalan Dr. Wan Azizah tidak ada kaitan.

“Tadi yang Amat Berhormat menyatakan bahawa penswastaan PSC Naval Dockyard diluluskan pada 11 Disember 1995. Kita tahu bahawa tidak ada satu penswastaan pun di Malaysia ini tanpa kelulusan daripada Perbendaharaan dan Kementerian Kewangan, Saya ingin tanya soalan pendek sahaja, siapakah Menteri Kewangan pada ketika itu,” tanyanya.

Ekoran soalan itu beberapa Ahli Parlimen BN kedengaran berkata “jawab…jawab”.

Maka, Najib menjawab “Setahu saya Menteri Kewangan pada ketika itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat”.

Dalam penggulunggannya juga Najib menjelaskan semua tuduhan yang dikaitkan dengan amalam rasuah dalam pembelian kapal selam oleh TLDM dan jet pejuang Sukhoi oleh TUDM.

Najib juga pada kesempatan itu turut menyentuh mengenai cubaan mengaitkan dirinya dengan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu.

“Alhamdulillah saya masih dapat bertahan dengan segala tohmahan dan fitnah yang cuba dilemparkan, dengan niat untuk mencemarkan nama saya.

“Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab dan demi menegakkan keadilan dan kebenaran, maka saya ingin sekali lagi menegaskan bahawa saya tidak pernah mengenali apatah lagi berjumpa dengan wanita yang dimaksudkan dalam kes ini,” tegasnya. – 14/5/2008

Sumber: Agendadaily

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_e7a3ab1e-3132372e-1e2e8cc0-2d3b4583

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Rileks jangan gaduh2, biar ada org bermegah dengan perbahasan anak TUN tue, perbahasan tue TUN yang tulis untuk anak dia baca, mcmlah TUN tak pernah dipuji oleh Yahudi ...

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis… ada artikel baru aku tulis ….

Tanpa Nama berkata...

http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=17117&postdays=0&postorder=asc&start=0

Tanpa Nama berkata...

http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=17117&postdays=0&postorder=asc&start=0

Tanpa Nama berkata...

Salam,terpanggil untuk mengulas..kenapa name2 daripada pmpinan2 PAS dikecualikan daripada senarai calon tuk PM..tuk TPM de plak??..emm pelik..,adakah perjuangan islam terlalu sukar tuk kiter terima???kenapa kiter menolak BN dahulu kerana BN menolak hukum islam ke???sekarang sampi mase tuk menegakkan kerajaan islam kenapa plak pimpinan ulamak kiter ketepikan???pelik..adakah kiter umat islam yang mahukan islam sebagai syariat n undang2 tertinggi ataupun tidak??ke masih ragu2 tuk mendaulatkan syariat ALLAH dibumi ALLAH..renung2kan..pekah dasar kiter.,kemana kiter hendak pergi selepas ini..wallahualam

gunungraya berkata...

Badawi - Jual negara, tunduk kat kuasa asing, rasuah melangit bersama Keri, kontrak semua dikebas oleh menantu, agama Islam dirogol habis-habisan, pencipta agama baru Islam Had Hari, maruah Melayu dicela dan dihina oleh segelintir caunivis non Malay, merosakkan reputasi OIC, sangat lembik, kaki penipu, amat bodoh, suka tidoq, bangsat, otak udang & lembu dan amat celaka.

Najib - Pakar dalam pentadbiran, tapi pakar kutip komisen berjuta-juta serta ada kes ngan Altantuya yang kini jadi hantu ganggu mimpi Najib. Tapi boleh memerintah kerana karismanya. Merintah mungkin tak lama sbb banyak skandal dan suka makan komisen.

Muhyiddin - Vokal, bukan pak turut, tapi ada kes jual tanah kat JB kat orang Singapura masa dulu2.

Ku Li - Idealis, pandai memerintah, dan ada harapan jadi pemimpin bagus.

Anwar Ibrahim - Pernah jadi TPM, Pernah berjasa pada kerajaan & UMNO, Dianggap pegganti terbaik selepas Dr.M, Jadi Finance Minister dan hanya berjaya bangunkan Malaysia selama 6 tahun masa ekonomi berkembang, tapi masa bad times 1997/1998, dia ni tak tahu handle kegawatan ekonomi sampai rakyat suffer sebab interest naik melambung. Jalan terbaik ialah sokong IMF dan mintak sokongan kuasa Zionis Amerika (Al-Gore, Albright dan lain2).

Dulu dia semangat Melayu dan tinggi, tapi akhirnya jadi boneka barat dan pro semangat liberal. Anwar terkenal ngan kaki cantas, dalam UMNO ramai nak cantas sbb tu pemimpin UMNO benci dia sbb tak ikut seniority. Kini Khairy ikut stail dia, tapi Khairy lagi dashyat. Anwar kata nak ubah UMNO tapi budaya UMNO elit yang ubahnya, slalu cakap tak serupa bikin, kat Melayu lain, Cina lain dan India lain. Kat Amerika pun "lain"! hahaha!

Kalu jadi PM mungkin Malaysia maju, tapi Melayu di mana? Islam di mana? Negara Islam di mana? Kedaulatan kita di mana? Hak bersuara melawan kejahatan barat di mana? Kebangkitan Asia dari segi apa? Dari segi ikut telunjuk orang barat adalah. Kembali ke pangkal jalan lah Anwar.

Hishamuddin - Cakap nak up tapi pondan sbb mintak maap pasal keris. Ni paling tak layak jadi pemimpin sbb jadi pak turut.

Kesimpulannya, Malaysia memerlukan pemimpin seperti Mahathir Mohamad dan anaknya adalah refleksi kepada bapanya. Tun Razak punya stail ada dalam Ku Li dan Najib, maka mereka pun harapan kita.
Muhyiddin belum teruji, takut kang jadi macam Kerismudin yang bodoh tu!

Melayu dan Islam hanya boleh harapkan kepada UMNO dan PAS saja, yang lain spt PKR dan DAP tidak boleh diharap.

Jika DAP dengan semangat Cinanya dan sentiasa konsisten perjuangkan hak bangsanya, kenapa UMNO dan PAS gadaikan hak Istimewa orang Melayu sejak zaman berzaman? Apakah negara ini hanya ditubuhkan 51 tahun lalu?

Apakah tiada sejarah Melayu bertuan 10 tahun sebelum merdeka, 100 tahun sebelum merdeka dan 1000 tahun sebelum merdeka? Siapa tuan sebenar tanah Melayu Nusantara ini?

UMNO sekarang memang dah HAPRAK dan tak guna sbb ada orang macam Keri, Dolah, Nazri, Pidah AP, Musang Hitam ini.

PAS pun macam munafik sbb batal perjuangan Negara Islam.

Di harap UMNO dan PAS bersatu demi bangsa, Melayu dan kestabilan tanah air. Amin!