Iklan

Isnin, Mei 05, 2008

Selamat Bertugas, Farhash!

Pagi tadi, sewaktu mengadakan ziarah hormat ke atas Din Merican di Pejabat Anwar Ibrahim, saya sempat bertemu dan bersua muka buat pertama kalinya dengan saudara Farhash Wafa Salvador, Presiden Kelab Anwar Ibrahim (AIC) cawangan United Kingdom. Anak muda lulusan University of Portsmouth ini cukup dikenali sebagai antara tenaga penggerak aktiviti AIC di United Kingdom sebelum kembali pulang ke Malaysia beberapa minggu lalu bagi memenuhi tuntutan tugas sebagai kakitangan baru di Pejabat Anwar Ibrahim.
Kami berbual panjang dan bertukar-tukar pandangan berkenaan dengan beberapa perkara berhubung dengan keadaan pejabat yang sedikit pincang sejak kebelakangan ini terutamanya dalam pengaturan aktiviti dan jadual Anwar Ibrahim. Farhash, menurut beberapa sumber yang tidak dapat dipastikan kesahihannya dilaporkan bakal berkhidmat di Pejabat Anwar Ibrahim sebagai Pembantu Khas kepada Anwar bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang kini menjawat jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.
Andai benar seperti yang dilaporkan, saya ucap tahniah buat Farhash atas pelantikan tersebut. Harapan beberapa orang teman terutamanya pendukung setia parti dan para aktivis AIC cukup tinggi ke atasnya terutama dalam beliau menyelenggara aktiviti Anwar serta mengurus masa dan jadual tokoh politik tersebut secara lebih efektif dan produktif.
Mudah-mudahan selepas ini tidak akan timbul lagi cerita-cerita sumbang berkenaan dengan kesukaran untuk berurusan dengan Anwar serta tingkah laku seorang dua kakitangannya yang dikatakan mencemar reputasi beliau sebagai seorang negarawan ulung.
Buat saudara Farhash, selamat bertugas!

7 ulasan:

RiMa berkata...

congratz!!! ^_^

bumilangit berkata...

aduss...

singam lagi

Tanpa Nama berkata...

najwan, apa jadi dgn 'dua ekor musang' yg berebut nk jaga diari merah dulu tu?

Ikhwan Hafiz berkata...

saya rasa ini pilihan yang tepat oleh DSAI....pemegang diari merah...!!!

di harap s/u baru dapt kemaskini blog DSAI..yang mana aktiviti beliau tidak di updated...selalu...

reformasi_girl berkata...

salam buat moderator.

Saya sangat gembira dan terharu di atas perlantikan Farhash sebagai pemegang diari merah DSAI!!

Sahabat dari UK yang sangat prihatin serta komited seperti beliau pastinya akan selengarakan Diari DSAI dengan penuh amanah sekali.

Salute hormat kepada saudara Farhash.

~www.mariniberbicara.blogspot.com~

Pewaris Reformasi berkata...

Salam bro,

Aku baru balik..lama gila kita tak jumpa kan? Bila leh lepak2 lagi? Ke aku kena turun Glomac? Aduh..hehe

pekan08 berkata...

SEMOGA ADA PERUBAHAN DAN SELAMAT BERTUGAS