Iklan

Rabu, Mei 14, 2008

Projek Menterjemah Animal Farm

drop.io: simple private sharing

Saya bercadang untuk menterjemah novel Animal Farm karya George Orwell ke dalam bahasa Melayu memandangkan kini terdapat istilah-istilah baru yang saya kira sesuai digunakan dalam edisi terjemahan novel tersebut. Animal Farm edisi Melayu ini akan saya beri judul: Babi Negara.
Jika watak utama dalam novel tersebut-- seekor khinzir jantan-- diberi nama Napoleon, maka dalam edisi terjemahan bahasa Melayu yang bakal saya usahakan nanti, nama Napoleon akan saya tukar menjadi Khairy. Khairy anak jantan Jamaluddin atau akronimnya KJ. Jangan salah faham, KJ bukanlah akronim untuk Khinzir Jantan. KJ ialah singkatan kepada Khairy anak jantan Jamaluddin.
Jika anda pernah membaca Animal Farm, terdapat seekor lagi khinzir jantan yang merupakan musuh kepada Napoleon (Khairy) iaitu Snowball yang akan saya gantikan dengan nama Mukhriz. Oh ya, khinzir jantan (selepas ini akan ditulis dengan singkatan KJ), yang bernama Napoleon tadi turut mempunyai jurucakap bernama Squealer (juga seekor KJ). Saya kira nama Squealer ini wajar ditukar kepada Norza, sesuai dengan tajuk terjemahan novel ini iaitu Babi Negara atau dalam singkatannya-- BN.
Insha-Allah, saya akan memulakan projek terjemahan ini sebelum kepudaran ilham. Semangat babi yang dicetuskan oleh Ahli Parlimen Rembau yang bernama Khairy Jamaluddin (kebetulan nama beliau sama dengan ilham saya untuk menggantikan nama watak Napoleon dalam novel Animal Farm edisi bahasa Melayu) sewajarnya saya jadikan sebagai sumber inspirasi untuk memulakan projek ini.
Animal Farm bakal diberi nafas baru. Maafkan saya Orwell seandainya selepas ini Babi Negara jadi fenomena dan zikir harian di bibir anak-anak muda Malaysia!

5 ulasan:

r_feev berkata...

salam...
bagus..bagus.. tak sabar nak baca.. kalu buat drama ke.. filem ke.. tapi jangan lupa apabila KJ menlaung-laung siapa babi negara?!! senario paling jijik dn BODOH dalam sejarah parlimen..

bumilangit berkata...

aku belum baca buku tu, jadi aku tertanya-tanya ada watak beruk tak dalam cerita tu.

kalau ada, susahlah KJ nak menghayati dua watak.

amin ahmad berkata...

Salam sdr Najwan,

Saya fikir menggunakan nama orang sebagai ganti istilah bukanlah cara yang baik untuk mengajak orang kepada pencerahan..mungkin di kalangan teman2 dekat ia boleh dianggap gurauan. Tetapi untuk jangka masa panjang tidak. Saya kekal berpegang jika benci seseorang jangan benci sangat2 dan jika suka seseorang jangan suka sangat2..

Seingat saya Pak Shahnon Ahmad sendiri tidak menggantikan Kepala Tahi itu dengan nama orang tetapi umum sudah faham kepada siapa ditujukan.

najwan halimi berkata...

Amin,

Mungkin aku terpengaruh dgn stail sinis Isham Rais sesudah membaca Hegemoni Media Daulah Pecah.

Jika menggunakan nama Khairy dianggap sedikit kasar dan keras, mungkin boleh aku ganti dengan nama Menantu!

Pewaris Reformasi berkata...

ya..boleh saja..

saya tak kisah jika sdr mahu ikut style isham, tp saya percaya style sendiri lebih baik :)