Iklan

Rabu, Mei 07, 2008

Keadilan Buat Raja Petra


"Ianya seperti sarkas. Ia tidak nampak seperti mereka serius. Ia tuduhan yang direka. Seolah-olah semuanya dilakukan secara tergesa-gesa."
-Marina Lee Abdullah, 6 Mei 2008

Sejarah mencatatkan, setiap pejuang yang dipenjara, dizalimi dan dibunuh akan jadi legenda dan dikenang sepanjang zaman. Nabi Yusuf a.s. dipenjara kerana berada di pihak yang benar. Nabi Muhammad s.a.w. dizalimi dan ditindas sepanjang perjuangannya menegakkan Islam, diingati dan dikenang sehingga hari ini.
Mahatma Ghandi, Nelson Mandela, Syed Qutb, Pramoedya Ananta Toer, Jose Rizal dan Anwar Ibrahim (sekadar menyebut beberapa nama) merupakan tokoh atau legenda yang melalui fasa penuh liku dizalimi dan dipenjara sepanjang perjuangan mereka menegakkan hak dan keadilan.
Semalam, Malaysia menyaksikan seorang lagi legenda dalam pembikinan iaitu putera diraja Selangor, Raja Petra Kamaruddin yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menghasut. Atas dasar prinsip, Raja Petra menolak untuk membayar wang ikat jamin dan memilih untuk dipenjarakan. Gerakan mengumpul dana bagi membantu pembebasan Raja Petra dilancarkan serta merta dan dalam tempoh tidak sampai 24 jam telah berjaya mengutip sebanyak RM 24,500. Solidariti yang ditunjukkan para aktivis, komuniti blogger dan tokoh politik jelas untuk memberi isyarat bahawa Raja Petra tidak berseorangan. Bayangkan jika Najib Razak berada dalam situasi sebegini, apakah Rosmah Mansor bakal berdiri teguh dibelakangnya? Atau apakah mungkin rakyat akan mengerakkan kempen membantu pembebasannya?
Jika dianalisis kronologi kes Raja Petra ini, jelas wujud seakan kepincangan yang sama ada kita sedar atau pun tidak membenarkan teori bahawa perbicaraan ini seperti mana yang disifatkan oleh Raja Petra sendiri ialah "pendakwaan politik". Memetik kenyataan isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah yang disiarkan dalam laman berita Malaysiakini (6 Mei 2008), jelas wujud kepincangan dalam prosedur pendakwaan ini:
"Saya tidak marah tetapi saya sangat kesal dengan apa yang dilakukan secara tergesa-gesa. Mereka menghantar kami ke mahkamah (Jalan Duta) dan kemudiannya menyuruh kami ke mahkamah lain (Petaling Jaya).
Mereka menghantar kami ke stesen polis ini dan kata datang datang esok dan kemudian mereka datang ke rumah untuk mengambil komputer. Dan inipun berlaku hari ini apabila mereka mahu mendakwanya (di mahkamah).
Kami pergi ke sana pada jam 8.30 pagi dan menunggu hingga jam 11 pagi dan mereka berkata, bukan di sana dan meminta kami datang ke (Mahkamah) Sesyen PJ. Ianya seperti sarkas. Ia tidak nampak seperti mereka serius. Ia tuduhan yang direka. Seolah-olah semuanya dilakukan secara tergesa-gesa."
Seseorang itu tidak bersalah selagi mana mahkamah tidak membuktikan kesalahannya. Tapi sekiranya mahkamah ini berkonsepkan sarkas, main-main dan tidak serius, maka apakah kita boleh harapkan keadilan diberi kepada Raja Petra? Saya kira wajar untuk diingatkan bahawa Ketua Polis Negara sekarang ini merupakan pegawai polis yang mengarahkan tilam diusung sewaktu pendakwaan kes Anwar Ibrahim. Begitu juga, Peguam Negara sekarang merupakan ketua pasukan pendakwaraya kes Anwar Ibrahim. Apakah anda masih menaruh harapan terhadap tahap keadilan mahkamah-mahkamah di negara ini?

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Padan muka Raja Pukimak Karut! Hahaha! Tangkap saja! Tahniah Paklah! Jangan bagi mereka menipu kita semua! HAHAHAHA!!! Rasakan minum air tikus di penjara!! hahaha!!!!!!!

-Geng Khairy

Tanpa Nama berkata...

Wan, ada satu lagi tokoh penting pernah di penjara. Pengkagumnya seantero nusantara, PAK HAMKA.

Nizam
KK

najwan halimi berkata...

Nizam,

Terima kasih. Sumbangan Pak Hamka sewajarnya dibaca dan dihayati oleh individu seperti Geng Khairy dan golongan yang buta hati terhadap keadilan dan martabat insan.

Asrul (5 Ehsan, 2002) berkata...

Saudara Najwan,

Sebetulnya saya sudah lama mengikuti perkembangan tulisan saudara menerusi laman web ini. Berdasarkan pemerhatian saya, saudara semakin matang dalam melahirkan dan menzahirkan pendapat dan pandangan saudara mengenai sesuatu isu. Tahniah !!

Teruskan perjuangan dan usaha anda. Hanya inilah saluran yang ada untuk saudara, saya dan lain-lain individu yang mahukan perubahan, pembaharuan dan kemajuan untuk Negara kita. Saluran perdana yang lain sudah dimonopoli oleh pihak yang mahu menjaga kepentingan (peribadi atau tidak, Wallahualam) mereka.

kaizeru berkata...

Allah akan sentiasa menolong orang yg banyak bersabar. Moga2 perjuangan menentang kezaliman diteruskan.

AnakMudaParlimenBatu berkata...

Bagi aku seorang pejuang banyak kesulitan yang akan ditempuh, musuh2 mereka akan sengaja mencari kesalahan, biar pun kecil atau besar. Kalaulah berjuang demi kebenaran maka perjuangan akan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T .... PERCAYALAH KEPADA YANG SATU ...

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …