Iklan

Isnin, April 21, 2008

Warga Israel, Selamat Datang Ke Malaysia!


"Sepatutnya kehadiran mereka (Chelsea FC) tidak dipolitikkan apatah lagi dalam kedudukan pasukan bola sepak negara sekarang yang memerlukan pendedahan dan pengalaman menerusi perlawanan seperti yang dirancangkan bersama pasukan Chelsea"

-Shamsul Anuar Nasarah, 15 April 2008


Aneh. Siapa pula yang mempolitikkan kehadiran pasukan Chelsea? Shamsul, ini bukan isu politik. Bantahan terhadap kehadiran Avram Grant dan Tal Ben-Haim jelas sejajar dengan polisi luar negara yang melarang kehadiran warga Israel ke Malaysia. Ini persoalan dasar!
Oh ya, untuk rekod, Shamsul Anuar Nasarah merupakan Pengerusi Biro Belia dan Sukan, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Apakah selepas ini Mahathir mahu melabel Pemuda UMNO dan MBM sebagai "layak menjadi pertubuhan pemuda Israel" pula?

4 ulasan:

sebol berkata...

jom bakar baju chelsea

r_feev berkata...

Salam,
Isu Israel-Palestin sudah menjangkau isu politik sahaja. Ianya merangkumi isu kemanusiaan dan kewarasan manusia. Yang ditentang bukanlah orang Yahudi tetapi regim Israel.Malang sekali Avram Grant dan Ben Haim adalah warga Israel, sebuah negara yang tidak diiktiraf oleh Malaysia.Maka kedatangan mereka berdua juga sepatutnya tidak dialu-alukan.Jika kerajaan membenarkan mereka hadir, maka segala usaha Pas,Pemuda UMNO,Abim,Jim dan puluhan lagi NGO, gerakan Islam dan badan politik di Malaysia selama ini boleh dianggap sia-sia belaka.Tidak guna Tun Mahathir ke sana-sini bercerita isu Palestin, Datuk Mukhriz ke Gaza bersama Aman Malaysia.Saya nyatanya amat kecewa....

adihamka berkata...

bertambah sorang lagi MP dalam list MP kurang cerdik (ikut tafsiran nazri aziz).

hahah~

Tanpa Nama berkata...

cuma nak lihat adatak demontrasi akan diadakan oleh anuar ibrahim akan kedatangan pasukan chelsea ini???????
pas mungkin!!!!