Iklan

Jumaat, April 25, 2008

"Surat" Mahathir: Israel, Tolong Bantu Kami!

"Surat" di atas ditandatangani oleh Dr. Mahathir Mohamad, bertarikh 16 Ogos 1999 yakni sebelum Pilihanraya Umum ke-10 (PRU 10) dan ditujukan kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Barak.
Meneliti kandungan "surat" tersebut, Mahathir memulakannya dengan mengucapkan tahniah sebagai mewakili UMNO, BN dan kerajaan Malaysia atas kejayaan Barak dilantik sebagai Perdana Menteri Israel.
Perenggan kedua "surat" ini menyatakan keikhlasan Mahathir yang berharap agar dapat diaturkan satu pertemuan (antara beliau dengan Barak) melalui Menteri Luar ketika itu, Syed Hamid Albar dengan David Levy (Menteri Luar Israel) bersempena dengan Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan perkara berkaitan pungutan dana untuk parti UMNO dalam persediaannya menghadapi PRU 10. Secara mudahnya, Mahathir memohon bantuan Israel untuk melobi Presiden Bill Clinton bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan pilihanraya UMNO!
Perenggan ketiga pula menyebut kesediaan Mahathir untuk membenarkan pasukan tentera udara Amerika Syarikat menggunakan tanpa had (unlimited use) kemudahan pengkalan tentera di Malaysia sebagai balasan timbal balik atas bantuan dana oleh Clinton Fund dalam membiayai perbelanjaan pilihanraya parti UMNO.
Perenggan keempat seterusnya menyebut harapan dan keterbukaan Mahathir dalam memulakan jalinan perhubungan diplomatik antara kerajaan Malaysia dengan Israel.
Nah! Anwar Ibrahim ketika itu merengkok dalam penjara dan secara senyap-senyap Mahathir menulis "surat" memohon bantuan Perdana Menteri Israel untuk dana pilihanraya buat UMNO.
Selepas meneliti "surat" ini, jika benar ianya salinan sahih, tidak boleh tidak saya mungkin terpaksa bersetuju dengan satu komentar yang mempertikaikan kewarasan Mahathir dalam sesi wawancaranya bersama BBC kelmarin.
Terdesak sangatkah UMNO waktu itu sehingga memaksa Mahathir menggadaikan maruahnya dengan memohon bantuan Israel bagi mendapatkan dana pilihanraya? Dan cagaran pertolongan itu ialah dengan mempertaruhkan kepentingan pertahanan negara untuk Amerika Syarikat serta toleransi untuk membuka ruang perhubungan dengan Israel.
Ah! Mahathir mudah lupa, barangkali.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najwan..aku sudah meneliti surat ni dah lama sejak 2,3 tahun yang lalu. Surat ini merupakan surat fitnah. Jika baca yang English version, kata2nya tak sama dgn ayat Tun Mahathir. Sejak dia memerintah sampai 2003, mana ada deal ngan Israel secara senyap2.

Kau boleh menilai secara telus samada selama ni Mahathir memang pro Israel, Yahudi ke tak. Aku tolak semua fitnah ni.

Aku tengok surat ni nak tergelak. The Art of propaganda memang macam ni. Jika ia diulang2 sepuluh kali maka orang percaya lah.

Aku cabar semua Menteri UMNO buat kenyataan ini.

Aku juga pernah baca 1 kenyataan kononnya Mahathir itu Freemason masa 60 an. Hehe. Mahathir memang nasionalis dan anti kejahatan barat sejak azali sehingga sekarang.

-Syahir Ahmad Hamidi
UMNO Golongan Kiri Pro UMNO Perjuangan Sebenar, USJ 2, Subang Jaya.

Muslim Knight berkata...

Selain dari meminta pertolongan kerajaan Israel bagi memenangi pilihanraya, Tun Mahathir juga terlibat dalam projek IC atau lebih dikenali sebagai projek M (di mana M mewakili Mahathir Mohamad). Projek ini melibatkan penjualan IC kepada individu-individu bukan warganegara dalam jumlah yang amat ramai dengan bertujuan menambah undi bagi Barisan Nasional. Sedar atau tida, BN telah secara tidak langsung menjual hak-hak warganegara rakyat Malaysia kepada bangsa asing hanya kerana ingin memastikan tampuk kuasa dipegang olehnya tanpa menghiraukan nasib bangsa Melayu khususnya.

http://en.wikipedia.org/wiki/Project_IC

Tanpa Nama berkata...

kasihan syahir..masih naif.

Tanpa Nama berkata...

Hehe. Aku mempunyai pegangan dan pendapat aku sendiri. Itu tidak benar..
-Syahir Ahmad Hamidi
UMNO Golongan Kiri Pro UMNO Perjuangan Sebenar USJ 2

Tanpa Nama berkata...

Korang semua pg beli buku selected letters to world leaders oleh TUN.

Tun kata kata awal....pada setiap ketua negara dia akan tulis dg tulisan TANGAN...Yang PKR keluarkan itu merupakan tulisan printing.

-Syahir Ahmad Hamidi

Tanpa Nama berkata...

surat..sape2 boleh buat la..kalo touch up dgn adobe lagilaa nampak real.aku doakan yang membuat fitnah&yang menyampaikan fitnah ini dilaknati

anti_m berkata...

ahhhhh.. ni lah jadinya kalau dah taksub sgt dgn M tu.. dah tunjuk bukti M dgn Abramoff tak mau percaya, dok percaya plak kat A dgn Wolfgang.. pastu dah tunjuk surat ni pon tak mau terima.. apa daa.. salah orang lain nampak, salah 'pujaan' M tu buat-buat tak nampak.. nasib baik waktu dia (M) memerintah dulu internet dan blogger tak berkembang pesat.. kalau tak, mmg awal2 lg dah ranap parti yg dipenuhi student UM tetapi NO way sama sekali.. sapa ntah yg kemaruk lg nak baca buku tulisan M tu..

adakah M masih relevan?
adakah jika M masuk UMNO, UMNO akan pulih semula?
adakah jika M tulis buku banyak2, UMNO akan berubah?
adakah jika M menegur menteri2 dlm UMNO (yg kebanyakannya keras kepala dan suka naik tocang) akan dapat memberi nafas baru kepada UMNO?

UMMMM, NO!

bagi aku, M ni suka cakap kat orang lebih, yang dia tu pun sama aje!

Tanpa Nama berkata...

A'kum Anti_M, Aku berpendapat kau hanya kata berdasarkan no substance sebab bercakap bagi pihak diri kau sbg saorang pembangkang.

Ttg M dng Abramoff tu kalu betul ke aku tak kisah, tapi yang aku kisah, yang majoriti ahli UMNO yang tahu siapa Mahathir memang lah kisah jika surat penipu tu dijadikan bahan propaganda oleh pembangkang. Tak silap aku surat tu dah dimainkan sejak beberapa tahun lepas.

Ikut suka hati kau la Anti_M kalau nak percaya ttg surat tu, kerana kalu kita bergaduh, dua-dua pihak akan kata mereka betul yang lain salah. Tapi kau sebenarnya perlu terima hakikat, yang buku Dr.M memang dapat sambutan hangat di dalam dan luar negara. Cuba pergi check statistic jualan buku tu hahaha! best gila baca buku tu..
-Syahir Ahmad Hamidi

Tanpa Nama berkata...

Lagi satu aku nak beritahu satu benda yang amat penting buat semua yang sokong Anwar Ibrahim. Tun Mahathir masih ada bahan bukti yang belum beliau dedahkan ttg Anwar. Tunggu jelah. :-)

-Syahir Ahmad Hamidi

Tanpa Nama berkata...

Syahir,

Dan Anwar juga punya banyak bukti yg bakal didedahkan tentang Dr. Mahathir...

Tanpa Nama berkata...

Yang Tanpa Nama kata "Kasihan Syahir, masih naif.." Aku rasa aku yang patut kesian kat kau kerana kau tak tahu siapa benar dan siapa salah. Aku pun boleh beranggapan sedemikian.

-Syahir Ahmad Hamidi

Tanpa Nama berkata...

Hehehe tanpa nama, aku pun tunggu bukti2 Anwar nak dedahkan tu. Kami semua tunggu dengan Ssangaat tak sabar! Dedah la dedah. Mahathir pun ada. Apa ingat Mahathir bodo ke? Walaupun dah tak sekuat dulu, tapi mental dia masih kuat. Mahathir vs Anwar? Hahaha!

-Syahir Ahmad Hamidi

yuzy berkata...

Syahir,buka blog lah.Kesian ko memekak di sini.Haha.Tapi,aku setuju dengan ko sebab memang Dr.M akan pakai tulisan tangan kalau hantar surat-surat penting ni.

Lojik akal pun kalau perkara dalam surat tu terjadi,sekarang ni aku dah boleh ambil gambar F14 kat langit bila-bila masa.Tak jadi kan perkara tu?

Buat so called penyokong Pakatan Rakyat,mari tumpukan pada kekuatan dan keikhlasan perjuangan anda daripada bergaduh perkara2 khilaf macam ni.Baik tumpu pada penyatuan umat dari pecah belah umat.Kamu tu masih dalam 'kedudukan percubaan'.

Lim Guan Eng dengan Koh Su Kun tu rilek2 je minum kopi sama.Tak ada gaduh2 pun!

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju dengan pendapat kau Saudara Yuzy. Ala, aku memekak kat sini sebab aku loyal dengan blog Najwan ni. Lagipun, aku memberi pendapat di blog yng pro Pakatan Rakyat apa salahnya kan hehe! Lagipun kat sini aku suka sebab majoriti pro PR, aku plak pro UMNO golongan kiri hehe. Ok, kalau ada sapa2 tak setuju dgn pandangan aku, aku minta kritik, tegur dan hentam saja kenyataan aku. Itu baru diskusi yang betul!

Memang betul kata ko, Lim Guan Eng dan Tsu Koon memang anytime leh lepak. Tapi aku respect politik cina ni, kerana mereka bergaduh hanya perbezaan pendapat tapi di luar mereka tetap kawan. Seperti Najwan, dia kawan baik aku, tapi kami mempunyai pandangan masing2 ttg byk isu. Aku sebenarnya, suka kalau dapat bercakap dengan sesiapa yang berbeda pendapat dari aku.

Btw, aku dah ada blog, cuma nantilah aku akan betul2 serius di masa depan. Aku nak belajar tulis dengan elok dulu, nanti aku publish 1 hari nanti. InsyaAllah.

Salam hormat kepada saudara2 ku dari Pakatan Rakyat!

- Syahir Ahmad Hamidi

Tanpa Nama berkata...

Anwar dan mahathir sama saja.Kedua-duanya gilakan kuasa.kedua2 penah menjadi ahli umno.kedua2 penah diharamkan dalam parti umno.So kedua2 manusia tersebut sama2 jahat.sama2 bangang

Tanpa Nama berkata...

Saudara sekalian,

Dalam semua surat Tun kepada Head of State, mesti ada phrase seperti tertera di bawah:-

"Please accept the assurance of my highest considerations".

Namun, surat nie takda pun. PKR, Nak tipu pun agak-agak la! Lagipun, utk surat rasmi kepada Head of State, Tun wajib tulis tangan Dear Prime Minister/ Dear President.

Pastu, gaya penulisan bukan gaya English pelajar kolej Sultan Abdul Hamid atau Sultan Abdul Hamid College. Tak caya, pi rujuk kat sapa2 yang penah skolah kat situ ttg gaya dan cara penulisan English mereka.

Gaya penulisan SAHOCA agak berbeza dgn gaya penulisan student MCKK dan students yang lain-lain.

Hmm.lepasni, bolehlah reka surat Dr.M antar kat Freemason dan lain2.

-Syahir Ahmad Hamidi (Menegakkan Al-Haq)

Tanpa Nama berkata...

kepada Syahir (dan khususnya pro-UMNO),

ko masih tak nampak lagi ke, seorang demi seorang pemimpin dari UMNO yang buat perangai.
cuba anggap ko tak tau siapa sebenarnya yang terlibat, tapi kemudian ko akan dapati sebenarnya kes-kes tu datang dari pemimpin UMNO juga.

aku tahu ko pro-UMNO, tetapi aku tak tau apa sebenarnya yang ko perjuangkan untuk UMNO. aku tau, orang yang pro-UMNO (anti-pembangkang) ni sebenarnya anti-Anwar. hanya disebabkan seorang, ko terus anti-pembangkang?

aku pro-pembangkang, dan aku anti-UMNO. aku tak suka UMNO sebab pemimpin-pemimpin UMNO terdiri daripada:

1) tak hormat pada Sultan
2) memperlekehkan Islam
3) kaki tidur
4) rogol budak bawah umur
5) mencarut di khalayak dan di parlimen
6) peluk perempuan
7) cium bini orang dalam lif
8) main romen kat hotel
9) bom anak orang sampai berkecai
10)sepak terajang dalam parlimen

dan banyak lagi..

kalau tak percaya, bukak lah 2 benda:

1) youtube
2) hati

buka sendiri kat youtube, buka juga hati untuk menerima sekejap video2 kat situ.

oleh aku,

-pembuat_konspirasi-

Tanpa Nama berkata...

A'kum, Pembuat_konspirasi.

Terima kasih kerana ulasan itu. Aku sedar memang pemimpin UMNO sekarang ada 10 ciri yang ko senaraikan. Aku nak tegaskan, aku sokong apa yang baik dan menentang kejahatan pemimpin UMNO yang tak jaga bangsa, agama dan tanah air sekrang. Aku tak nafikan UMNO has completely paralysed.

Anggapan kau salah ttg aku jika kau kata aku anti pembangkang atau anti Anwar.

Aku nak tegaskan, aku tak anti pembangkang, kerana banyak usul dan idea pembangkang, UMNO perlu ambil perhatian. Bagi aku, pembangkang di Malaysia perlu ada.

Kedua, aku tak anti Anwar. Malah, sehingga sekarang aku masih sanjung jasanya ketika beliau berada dalam UMNO dan kerajaan. Apa2 yang beliau lakukan yang baik aku memang sokonglah.

Aku juga sanjung karisma nya. Walaupun aku tak sokong PKR, tapi aku hormat beliau. Aku juga selalu mengikuti perkembangan beliau. So jangan nak kata aku ni tak tahu apa2. Meskipun begitu, ada beberapa perkara yang aku tidak setuju dengan Anwar Ibrahim dari segi perjuangannya sekarang.


Aku nak beritahu kau, aku penyokong UMNO akar umbi yang tidak puas hati dgn kepimpinan lemah UMNO sekarang. Mereka memperjudikan nasib agama, tanah air dan bangsa Melayu.

Aku seorang yang rasional. Aku juga selalu bergaul dengan ramai kawan aku yang sokong pembangkang dan bertukar idea. Malah, ada dikalangan mereka masih sayang UMNO yang dulu walaupun sokong pembangkang kerana mereka dapat melihat mungkin ada harapan di pihak Pembangkang.

Ttg Youtube ke apa, aku dah lama saksikan benda tu. Tapi, tidak bermakna, hanya kerana perbuatan sesetengah pemimpin UMNO yang mencemarkan nama parti, maka aku pun terus benci UMNO.

UMNO TAK SALAH, YANG SALAH IALAH PEMIMPIN2 YANG MENGGUNAKAN UMNO untuk kepentingan perut, anak bini dan menantu.

Harap penjelasan aku disampaikan secara jelas.

Kalau kita ingin berbahas, adalah afdal jika berbahas ttg isu..tidak perlulah kita semua bergaduh hanya kerana perbuatan2 pemimpin2 atasan dari kedua belah pihak :-)

Sekian. Salam hormat.

Syahir Ahmad Hamidi

aBe berkata...

Assalamualaikum

Saudara Syahir syabas! Tulisan terakhir saudara dengan sendirinya menerangkan kenapa sokongan diberikan kepada parti pembangkang. UMNO telah memerintah negara kita lebih 50 tahun. Ya dgn izin Allah Malaysia telah maju dengan agak baiknya selama tempoh tersebut.
TETAPI kalau anda berfikir la kan kalau takde ciri2 segelintir(ke majoriti Tuhan saja yg tau) pemimpin2 UMNO yang telah disenaraikan kat atas tu maybe Malaysia mungkin akan jadi lebih maju dari sekarang. Kalau tiada kronisme, rasuah, penyalahgunaan kuasa yg berleluasa dalam kerajaan UMNO yang at least since Tun Mahathir berkuasa ntah2 Malaysia setaraf dengan kuasa2 besar tak pon dekat2 la.
So dari apa saya faham saudara Syahir ingin mencuba mengubah UMNO dari dalam la ni yea? Baru cuba ke dah lama? Kalau baru dah tak guna pasal UMNO dah nak reput. Tak percaya? Anda duduk dalam gua maknanya. Kalau dah lama mencuba tgkla hasilnya...ada guna?
Saya bukan apa maybe adala segelintir pemimpin UMNO yg cuba nak betulkan dari dalam. Tapi sikit pon saya tak nampak hasilnya. Ada2 aja skandal. Tak ada pon saya nampak pemimpin UMNO yg berani nak menegakkan kebenaran. Cuba tegak benang basah adala. Kenapa takut kena pangkah dengan PM ke? Semua nak jaga periuk nasi sendiri. Media masih pro-kerajaan. Bloggers pon dah kena hati2. Lagi ditekan tu bukannya lagi bebas. Cuba saudara Syahir kasi satu contoh UMNO buat yg betul2 utk menegakkan keadilan. Apa2 contoh last 10 years. Bagitau kami ni is it worth it to still vote for UMNO? Is it worth our energy to try to change UMNO? If Anwar tried and failed, who are us to succeed? Maybe we can but how sure can u be? Pakatan Rakyat has 5 states now. So far even with sekatan itu dan ini, they are not doing that bad. So kalau ada good reason why we should stay with UMNO keluarkan sekarang.

Tanpa Nama berkata...

what rubbish!!! get real and use your common sense.

Tanpa Nama berkata...

Mahathir seorang pengkhianat agama, bangsa dan negara.

Mahathir kaki songlap duit negara

Mahathir kaki rasuah

Mahathir sekutu Israel dan yahudi jahanam

Mahathir pembunuh Umat Islam Memali

Mahathir pencacai yahudi US.

Surat Mahathir kpd Israel adalah surat asli. Kalau anda ada photoshop, anda akan terkejut bahwasanya surat Mahathir tersebut tidak ada penipuan dari sebelah mana-mana bahagian sekalipun.

Tanpa Nama berkata...

wei halo.ini ari kok pakai photoshop version tok nenek dulu, v5 pun dah bule wat superimposed.
kalau dah pandai guna IT nak sebar benda buruk tentang orang yang sangat berjasa pada malaysia, takkan superimposed bongok camtu pun takleh nak detect. c'mon la.dun put a shit on your own face lah!!
one more thing, please, go back to school and learn how to be grateful. *as what my nanny said " sekolah tinggi-tinggi, bodohnya bertingkat-tingkat!"
Hidup Tun!!

Mantot berkata...

font dia tak betol pun tu.urusan rasmi kerajaan takde pernah diorang pakai font tu.

lgpun,kalau betul la Mahathir nak mintak benda2 camni,dia takde la buat benda ni officially.takkan ada dokumen black n white.

aku tak suka apa mahathir buat kat malaysia (banyak sgt projek mega utk cipta legasi dia) tapi aku percaya dia seorang yang sayang Melayu,satu benda yang aku suka dekat dia.dia sangat2 menyanjung bangsa sendiri.jatuh bangun,terlingkup ke maju ke,Mahathir takkan gadai maruah Melayu.

pada aku,tak mungkin dia akan mintak bantuan dr pihak luar.apatah lagi dengan surat yang mcm karangan sekolah menengah aje ni

Tanpa Nama berkata...

ingat org tak pegi sekolah ke..
bodoh sangat ke org malaysia nak pecaya benda2 mcm nie. sedih nye.

daripada buang masa buat surat mcm nie .. baik ko spend time kaji pasal logo keadilan ... adakah secara kebetulan berbentuk masonic dan anwar ibrahim dan networking nya di luar negara yang hebat mengalah kan pemimpin asia. why? dan apakah bakat anwar ibrahim yang mereka lihat sangat sesuai untuk di jadikan adolf hitler zaman kini dgn kaedah yang sama cthnya public speaking ka/ pandai convincing . kenapa anwar bertopengkan keadilan untuk berjuang demi bangsa tetapi memecah belahkan bangsa.

lasst sekali soalan yang aku selalu tanya untuk kajian . Kenapa org melaysia bila di tanya kenapa menyokong anwar ibrahim . jawapan yang selalu di jawab etc. anwar ibrahim di tindas.- kerajaan rasuah - kerajaan makan duit rakyat - kospirasi menjatuhkan anwar... apakah dengan memilih anwar ibrahim rasuah tidak akan berlaku, rakyat semakin kaya, ekonomi bertambah maju, rakyat bersatu. siapakah yang berani menjamin janji2 seperti itu.

secara ikhlas nya kerajaan manakah yang bersih tanpa rasuah, kerajaan negara arab ka?. boleh dikatakan semua kerajaan di dunia ada rasuah, kronism, cuma yang membezakan nya control and uncontrol... tinggi dgn rendah dgn kadar peratusan nya . kerana manusia tiada sifat maksum bila2 masa boleh dipatahkan nafsu . jadi persoalan siapakah harus dipilih dan kajilah sendiri dimanakah anda hendak meletakan risiko masa hadapan anda dan anak2 anda serta bangsa anda.

blogger laman web ini, jgn berfikir untuk mendapat keuntungan sahaja kerana desakkan duit. buatla keja lain. keja mcm ni mmg senang dpt duit .dbayar buat fitnah . easy money. tapi dapat duit buat fitnah apa beza nya dgn dpt duit rasuah. kalau ada beza kemungkinan dari segi dosa nya ka atau berkatnya? atau rasuah duit byk fitnah duit sikit atau sebaliik nya.

Tanpa Nama berkata...

aku sokong pembangkang...tapi ni memalukan lah..tak yah nak sebar benda yang tak betul kowt... Dah sah2 surat ni edit...Senget benget tulisannya.... aduh.. tolonglah...kite menentang kerajaan ada bukti yang benar.. bukan benda tipu2...
Demi Allah dan Rasulnya, hentikan segala pembohongan ini..

-tengku soffian tengku shariff-

Tanpa Nama berkata...

Klu tak memfitnah bukan Pakatan Rakyat namanya.