Iklan

Sabtu, April 05, 2008

Perpaduan Umno: Mahathir Harus Disingkir (2)

"Tun (Dr. Mahathir) tidak sepatutnya membuat kritikan terhadap soal pencalonan Presiden, kuota, undi bonus, dan kritikan terhadap Majlis Tertinggi. Sistem kuota misalnya adalah bermula sejak zaman Tun sebagai Presiden Umno lagi."
-Datuk Ismail Sabri Yaakob, 5 April 2008

"Pada saya, saya setuju dengan Zam (bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin) kata...sebenarnya Umno ni kuat tapi yang menyebabkan Umno ni jadi cedera sekarang ni (ialah) Tun Mahathir."
-Datuk Seri Nazri Aziz, 4 April 2008

"Saya rasa elok juga Tun (Dr. Mahathir) lebih berhati-hati dalam kenyataan kerana kita tidak mahu kalau dulu di bawah kepimpinannya Umno mati, Umno musnah, dibatalkan pendaftaran dan mati dalam bentuk yang lain selepas ini. Saya bimbang Umno semakin lemas dan kelemasan itu bermula pada zaman kepimpinan Tun Dr Mahathir yang mana Umno diharamkan."
-Datuk Ahmad Shabery Cheek, 4 April 2008

"Maka itu sumbangannya (Dr. Mahathir) terhadap menghakis keyakinan rakyat berbilang kaum (terhadap BN) adalah mengatasi pengaruh blog dan laman web... kata-katanya berbisa dan beracun."
-Datuk Seri Zainuddin Maidin, 31 Mac 2008

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Walaupun Mahathir merupakan mantan PM dan mantan presiden UMNO, tapi beliau sekarang merupakan rakyat hanya rakyat biasa.

Apakah salah untuk mengkitik kepimpinan UMNO sekarang yng telah terbukti merosakkan UMNO dan tidak lagi berpegang kepada perjuangan tulus seperti UMNO yang dulu? Mahathir berani mengkritik kerana atas dasar kapasitinya sbg orang yang pernah berada dalam UMNO.

Mahathir pernah menulis semasa zaman 50an melalui nama Che Det di ruangan akhbar, buku Malay Dilemma ttg sejarah orang Melayu yang mudah lupa asal usul apabila dapat kesenangan, kekayaan dan juga kenapa Melayu mundur.

Mahathir paham kenapa situaSI itu berlaku. Melayu dulu dan sekarang sudah berubah melalui kemodenan pemikiran, tapi masih tiada beza dari attitude yang tidak mahu bersatu, dengki dan suka mencantas orang lain.

Apakah wajar untuk meletakkan segala kesalahan kepada Mahathir yang menjadi punca UMNO berpecah pada 1988 dan 1998 serta sekarang?

Apakah kita buat2 lupa ttg peranan Khairy yang memecahbelahkan perpaduan UMNO?

UMNO sudah mula mempunyai bibit lupa kepada perjuangan asal sejak 1980an lagi apabila ada golongan2 tertentu yang menggunakan landasan politik untuk mengejar pangkat dan kekayaan serta lupa untuk menolong bangsanya.

Orang2 ini masih ada di dalam kepmimpinan UMNO sekarang dan juga di luar UMNO iaitu pemimpin spt Anwar Ibrahim. Jangan lupa, Anwar adalah former UMNO yang lupa dgn perjuangan asalnya untuk mengislamkan orang UMNO sebaliknya, apabila kuasa berada di tangannya, kuasa itu yang mengubahnya sehingga dia dipecat dari UMNO.

Mahathir adalah penyelamat bangsa Melayu. Jika tiada beliau, sudah lama Melayu hilang maruah sejak 1998 jika pada masa itu Anwar diangkat sbg pemimpin, dipuji oleh masternya iaitu kuasa Amerika, Eropah yang dibelakangnya ialah Zionis.

Zam, Shabery Chik, Nazri, Zahid Hamidi etc boleh la menyalak untuk mempersalahkan Mahathir tapi kebanyakan orang Melayu akar umbi UMNO tahu siapa sebenarnya petualang bangsa, agama dan tanah air. sesungguhnya, yang berada di puncak kuasa akan sentiasa mempertahankan ketua yang lemah kerana apabila ketua itu sudah tiada lg, maka dgn sendirinya pengikut2nya akan hilang segala kenikmatan.

-kakiberuk

najwan halimi berkata...

Pernahkah Dr. Mahathir membenarkan dirinya dikritik?

Sepanjang kepimpinannnya, berapakah ramaikah yang dizalimi di bawah ISA?

Dan mengapa Dr. Mahathir beria-ria benar untuk menghapuskan sistem kouta dalam pemilihan Umno sedangkan beliaulah orang yang menggagaskan sistem tersebut? Sebab apa?

Dan jika sekiranya beliau berjaya menjatuhkan Pak Lah, maka siapakah calon yang sebenar-benarnya layak untuk mengambil alih teraju kepimpinan Umno dan negara? Tengku Razaleigh? Najib? Muhyiddin?

Kalar berkata...

SECURITY CENTER: See Please Here

Tanpa Nama berkata...

Mahathir pernah membenarkan dirinya dikritik. Berapa ramai ahli UMNO sejak 80an mengkritik kepimpinan nya.

Sistem pemilihan kuota wujud masa akhir2 80an sesuai dgn keadaan UMNO pada waktu itu sehingga berakhirnya Mahathir merintah.

Tujuan asal adalah untuk menghapuskan politik wang, kedua untuk menggalakkan orang UMNO pilih pemimpin yang benar2 memimpin.

Semasa zaman Mahathir, sistem itu sesuai. Tapi setelah Mahathir pergi, kepimpinan lemah Paklah telah menyebabkan UMNO berada di dalam situasi yang tak pernah dialami UMNO sejak 1946.

UMNO pada pendapat aku perlu melakukan reformasi sesuai dengan keadaan pada sesuatu masa. Sesuatu sistem yang telah digagaskan kadangkala perlu dilakukan perubahan.
--------------------------------
UMNO lemah di zaman Paklah. Jika Nazri, Saberi, Zam menyalak kononnya Mahathir menyebabkan perpecahan..jangan lupa Mahathir juka menerima secara terbuka orang Semangat 46. Siapa Saberi Chik, Nordin Khaled, Shahrir ini?

Bila Mahathir masuk UMNO dan kerajaan serta jadi PM, Mahathir memang tak suka birokrasi yang lembab, serta pegawai2 kerajaan yang mengampu dan membazir masa. Lalu, ramai pemimpin UMNO tak suka dia kerana Mahathir tidak berada di dalam golongan mereka. Biarlah jika anak saudaranya sendiri nak menganggap Mahathir sbg A man in hurry, tapi walaupun dianggap sebegitu, banyak perkara berjalan sewaktu eranya.

Sewaktu Mahathir berkuasa, ramai orang yang menjadi musuh politiknya pada mulanya tetapi Mahathir masih melantik mereka memegang jawatan tertentu tanpa rasa dendam.

Mahathir juga banyak memberi tugas kepada ramai orang tetapi mereka akhirnya mengkhianati amanah yang diberikan termasuk orang rapatnya sendiri spt Eric Chia dalam Kes Perwaja sehingga orang menuduh Mahathir terlibat.

Apa cerita ttg Anwar yang merupakan orang yang rapat dgn Mahathir, apabila Mahathir memberikan jawatan Finance Minister tapi Anwar tidak mampu untuk menolong kerajaan melalui DEB untuk tolong orang Melayu naikkan ekuti kepada 30%..dan ekuiti orang melayu kekal dalam lingkungan 18% sehingga 1997.

Semasa Daim jadi Finance Minister, ekuiti Bumiputra berada dalam tahap 18 & pada awal 1990..tetapi sepanjang Daim jadi F.Ministerlah, percentage itu berubah naik dan Daim berjaya. Sbg finance Minister, Anwar diberikan selama 7 tahun untuk mengubah keadaan ini tapi takda naik2 pun dari 18% kepada 20-30%.

Jun 1998, Anwar menggunakan Zahid dalam mencemarkan nama Mahathir kononnya Mahahir amalkan kronisme, nepotisme, korup. Lalu Mahathir hanya membalas dgn menyenaraikan semua tender2 kerajaan. Didapati, banyak sangat kroni2 Anwar yang dapat projek. Anwar membisu pada ketika itu.

Aku tak nafikan Anwar bagus sbg Finance Minister during good times, tapi bagaimana semasa bad times (Finacial Crisis)? Anwar terbukti tak berupaya nak handle ekonomi Malaysia semasa itu, malah cuba nak dapatkan bantuan IMF kononnya ingin mengikut teori barat dalam mengatasi ekonomi. Apakah segala yang datang dari teori barat sebenarnya hebat?

Apakah kita tidak mempunyai acuan sendiri untuk mengatasi kemelesetan ekonomi? Sekurang-kurangnya dasar kawalan matawang berjaya mengawal ekonomi Malaysia, dan juga berjaya menghalang negara kita dari dijajah dari segi ekonomi untuk 10 tahun seterusnya.

Apalah guna jika negara maju dan makmur tapi tidak bebas untuk bersuara di dunia serta hanya mengikut telunjuk orang asing.

---------------------
Mahathir berapa kali mencabar byk pihak termasuk kerajaan, SILA dakwa beliau jika beliau korup.

Beza Dr.M dan Dolah.

1- Masa Mahathir, hanya 2 negeri je yang jatuh dlm PR-12. (antara Kelantan, Sabah, Terengganu)

2- Penang tak pernah jatuh kerana Cina sokong kerajaan walaupun dasar DEB dilaksanakan. Lain pula keadaan waktu Paklah.

3- Zaman Paklah, kebebasan bersuara dalam UMNO disekat. Jika bersuara, pemimpin yang lantang itu akan dipanggil dan di beri amaran.

4- Di zaman Paklah, kenapa ada group baru untuk jadi penasihat kepada PM spt budak2 tingkat 4 yang takda jasa kepada UMNO dan Budak tingkat 4 selalu ikut kata2 Singapura dan Zionis dalam menjajah negara ini secara halus melalui segala keputusan politik, ekonomi.

-------------------------------
Mahathir memang byk tahan orang dalam ISA tapi dia juga paling ramai bebaskan tahanan ISA.

Operasi lalang berlaku kerana sentimen kaum mula dimainkan. Pemimpin UMNO sendiri ada juga ditahan.
-------------------------------
Buat masa ini, aku berpendapat, pemimpin yang dilihat mempunyai pengaruh untuk memulihkan parti ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Yang kedua, Muhyiddin.

-Kakiberuk

Tanpa Nama berkata...

Jawapan aku simple saja ttg UMNO, yang mengkhianati perjuangan dan survival UMNO ialah orang2 yang berkepentingan, yang menggunakan parti untuk kepentingan peribadi. UMNO hancur kerana itu.

Kini, kononnya nak menuduh Mahathir punca segala2 nya. Selama 22 tahun, Mahathir lah yang cuba nak kuatkan perpaduan parti tetapi orang lain yang cuba merosakkan perpaduan itu apabila gila kepada jawatan, politik wang, cantas mencantas, fitnah memfitnah dan adu domba.

-kakiberuk

Pewaris Reformasi berkata...

Nak dakwa Mahathir tidak susah, berikan saja kuasa pada Pakatan Rakyat, insyaAllah jika tidak ada dokumen yang dikisar, dan dengan peluang mengubah dasar di Parlimen, peluang untuk itu lebih jelas.

Kegagalan Pak Lah untuk aku tidak lebih kerana dia cuba mahu menari sendiri dengan muzik lama Mahathir yang dia tak suka dengar, malah pendengar juga bosan!

Tanpa Nama berkata...

Oleh Hishamuddin Rais

Apabila para ahli sejarah yang bukan dari acuan Khoo Kay Kim melihat kembali peranan Abdullah Ahmad Badawi, maka tidak dapat tidak, sosok yang dipanggil Abdullah Ahmad Badawi ini akan disamakan dengan Mikhail Sergeyevich Gorbachev, bekas presiden Kesatuan Soviet.

Mikhail Gorbachev lebih manja dipanggil nama Gorby. - sama juga dengan Abdullah yang memiliki nama pop Pak Lah yang amat disenangi oleh beliau sendiri.

Perestroika dan glasnost pada asasnya dasar penstrukturan baru dan dasar keterbukaan yang diajukan oleh Gorby kepada rakyat Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR). Gorby bertanggungjawab membuka ruang demokrasi dengan memperkenalkan glasnost pada tahun 1988.

Revolusi Bolshevik yang dipimpin oleh Lenin pada 1917 telah merudum dan merosot. Hukum-hukum sejarah dan hukum-hukum sosial telah melencongkan cita-cita suci revolusi pertama kaum buruh dan tani Rusia. Selama 70 tahun falsafah dan ideologi komunisme telah menjadi lucah. Kaum komunis dan kader komunis di USSR dan di Blok Timur telah menjadi aparatchik dan birokrat daulah. Aparatchik ini begitu berat untuk dipikul dan menjadi satu beban negara. Rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa menjadi budaya harian.

Semua ini tidak jauh bezanya daripada apa yang terjadi kepada United Malays National Organisation. Parti yang didukung dan disokong oleh kuasa kolonial British ini, selama 50 tahun, telah menjadi begitu merosot sekali. Kalau di USSR, parti yang dipimpin oleh Gorby sekurang-kurangnya cuba bersandar dengan teori dan falsafah Marxisme dan Leninisme.

Bayangkan betapa merosotnya United Malays National Organisation yang tidak memiliki apa-apa ideologi atau garis politik yang tepat. Beberapa ketika parti ini mengakui menjadi parti nasionalis. Tiga empat hari kemudian menjadi globalis dan sebulan kemudian menjadi parti Islam pula. Kemudian menjadi parti Melayu kembali. Parti ini semakin tidak tentu hala tujuan.

Pada April tahun ini, ahli-ahli United Malays National Organisation sedang melihat bagaimana telah terlucutnya kuasa politik dan kuasa ekonomi (baca: rasuah) mereka yang selama 50 tahun ini dianggap harta turun-temurun pusaka datuk nenek moyang mereka.

Hasilnya, suara-suara menuntut Abdullah meletakkan jawatan semakin lantang kedengaran. Suara-suara siapakah ini?

Suara pertama ialah suara contract junkies - pemadat kontrak - yang merasakan diri mereka pasti kehilangan 'peluang perniagaan'. Selama ini 'perniagaan' mereka bukan berasaskan ilmu atau kecekapan berniaga, tetapi kerana mereka taat setia membodek 'orang orang' tertentu dalam struktur pucuk pimpinan United Malays National Organisation.

Mereka sedar, apabila tuan-tuan yang mereka bodek hilang kuasa, maka mereka tidak memiliki kemampuan untuk melakukan persaingan perniagaan. Atau, mereka tidak tahu bekerja untuk mencari makan dengan titik peluh sendiri. Mereka pasti akan mati tegak. Suara merekalah yang lantang menuntut Abdullah meletakkan jawatan.

Suara-suara juga kedengaran dari bekas bekas Yang Berhormat United Malays National Organisation yang kalah. Mereka gagal untuk menilai taraf fikrah mereka. Mereka tidak berkeupayaan untuk melihat diri sendiri. Mereka tidak pernah mencermin diri. Mereka hanya tahu menyalahkan orang lain. Orang lain itu -- Abdullah.

Dalam budaya United Malays National Organisation, tanpa memiliki kerusi YB, maka tidak mungkin mereka atau penyokong mereka mendapat kontrak. Tanpa kontrak, maka bekas YB-YB ini akan menjadi bangkai bernyawa. Di kawasan-kawasan mereka yang pada satu ketika dahulu menggunung kuasa mereka, kini mereka menjadi tunggul -- pergi tersepak pulang terlanggar. Sosok-sosok yang kalah ini menyalahkan Abdullah sebagai sebab utama kekalahan mereka. Lalu mereka juga bersuara menuntut agar Abdullah meletak jawatan.

Ada lagi satu lagi kumpulan agak kecil tetapi memiliki kuasa yang besar kerana mereka berselindung dan berpayung dalam struktur parti. Dengan kuasa yang dimiliki, banyak kerenah jahat dan rompak samun mereka dapat ditutup daripada pengadilan. Hutang-piutang mereka tidak dipungut. Pinjaman dari bank tanpa diselidiki. Banyak tanah milik orang ramai dirompak dan dijarah. Mereka ada kepala semua ejen komisen yang mengambil peratus daripada apa sahaja projek negara yang diluluskan.

Justeru sosok-sosok jenis ini tidak dapat tidak akan terus ingin berkuasa. Tanpa kuasa, kesemua mereka berkemungkinan diheret ke mahkamah. Mereka juga mahukan Abdullah pergi.

Satu lagi kumpulan yang suara mereka kedengaran sayup-sayup. Mereka ini kumpulan polong tidak bertuan. Biasanya mereka juga ejen komisen. Tukang cari projek yang kemudian bertanggungjawab memperkenalkan para YB ini dengan tauke Cina itu. Polong-polong ini sedang lari larau kerana banyak tuan mereka telah tidak bertelur lagi.

Kesemua kumpulan ini ada yang secara terbuka, ada secara berbisik-bisik ke hulu ke hilir menuntut Abdullah meletak jawatan. Ada pula dengan senyap-senyap mengarahkan orang lain untuk bersuara. Dalam bacaan politik mereka, banyak kerusi YB United Malays National Organisation lupus kerana sosok Abdullah Ahmad Badawi.

Ini sebenarnya tidak betul.

Kalau kita melihat Gorbachev dan USSR, maka kita akan faham kenapa Gorby membawa perestroika dan glasnost. Sebelum Gorby mengambil alih, selama 18 tahun USSR dipimpin oleh Leonid Ilyich Brezhnev. Satu masa yang begitu lama sekali. Apa kena-mengena Brezhnev dengan Abdullah Badawi?

Jawabnya sama. Sebelum Abdullah mengambil alih pimpinan United Malays National Organisation, parti ini dikepalai oleh Mahathir Mohamad - tidak jauh bezanya 18 tahun era Breshnev dan 22 tahun era Mahathir yang autokratik.

Penolakan rakyat terhadap United Malays National Organisation dalam pilihanraya 2008 bukan disebabkan empat tahun pentadbiran Abdullah. Busuknya United Malays National Organisation bukan bermula daripada Abdullah. Penolakan itu hasil lebih daripada 22 tahun budaya yang telah ditanam oleh Mahathir dalam tubuh badan United Malays National Organisation.

Seperti Gorby, Abdullah merasakan telah sampai masanya ruang demokrasi dibuka dan satu penstrukturan baru wajib dilakukan.

Abdullah sedang melihat jalan buntu di hadapan Putrajaya. Apa yang sedang kita lihat hari ini adalah hasil empat tahun dasar perestroika dan glasnost Abdullah.

Memang betul rasuah masih berleluasa. Memang betul Abdullah belum membebaskan dirinya daripada kronisme kaum keluarga. Memang betul banyak lembaga daulah masih berselirat dengan aparatchik dan birokrasi yang menghabiskan beras. Memang betul media masih belum bebas. Memang betul banyak dasar sorong-tarik sedang berlaku.

Tetapi suara-suara yang menuntut Abdullah mengundur diri tidak pernah menyebut, mengusik atau menilai ruang demokrasi yang dibuka oleh Abdullah. Seperti di USSR pada zaman Gorby, mereka bernostalgia dengan sistem kuku besi yang hanya bertugas untuk melarang. Itu dilarang ini dilarang. Ini tidak boleh dan itu tidak boleh.

Mereka, yang menuntut Abdullah mengundur, bernostalgia dengan Mahathir yang autokratik. Mahathir yang membuat keputusan tanpa perbincangan. Mahathir yang ditakuti. Mahathir yang beraja di mata dan bersinggahsana di Petronas.

Ahli-ahli parti United Malays National Organisation, kerana begitu lama di bawah cengkaman Mahathir, menjadikan akal fikiran mereka bonsai. Ruang demokrasi yang terbuka hari ini menakutkan mereka. Mereka tidak memiliki keupayaan untuk belayar bebas dalam ruang demokrasi.

Inilah dilema manusia yang tidak pernah berasa bebas - dengan tiba-tiba berhadapan dengan kebebasan. Mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk mendapat manfaat dari kebebasan. Begitu lama fikrah mereka dipenjara. Begitu lama mereka tidak menggunakan akal fikiran untuk hidup.

Apa yang mereka tahu hanya menerima arahan. Dengan hanya menurut arahan, otak mereka tidak lagi berkeupayaan untuk berdebat mencari salah benar. Mereka tidak lagi memiliki fikrah yang kritikal. Otak mereka telah begitu lama terbengkalai. Mereka terus bermimpi siang dan malam untuk menjemput Mahathir.

Glasnost dan perestroika yang dibawa oleh Abdullah hanyalah permulaan. Seperti glasnost dan perestroika di USSR, kita semua akan berhadapan dengan pilihan. Membuat pilihan memerlukan fikrah. Membuat pilihan memerlukan tanggungjawab. Ahli-ahli parti United Malays National Organisation juga perlu membuat pilihan.

Ahli-ahli United Malays National Organisation boleh mengundurkan Abdullah dan kembali kepada era Najib Razak klon Mahathir. Jika ini pilihan mereka, maka kita semua akan kembali ke zaman gelap di mana pucuk pimpinan negara dikaitkan dengan kes pembunuhan.

Memilih Tengku Razaleigh Hamzah bermakna memilih agenda pencen ketuanan Melayu dan perpaduan Melayu.

Saya yakin rakyat akan mempertahankan glasnost dan perestroika untuk memunculkan Vladimir Putin dengan parti barunya. Pilihan rakyat ini akan membuka era pencerahan di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

walaupun mahathir bijak mentadbir negara tp anwar lagi bijak. anwar berkarisma manjadi pemimpin yg lebih hebat yg bukan sahaja bijak tetapi bebas dari politik kotor. tul x? diharap dpt la satu hari nnt dakwa mahathir. suharto pun sama. erks. huhu.

Tanpa Nama berkata...

hahaha....
puja la sangat ANWAR korang tuh....
memang sedap je dengar dia berceramah....
tapi kalau lah dia mengutamakan kesatuan bangsa (bersatu padu)..adakah dia akan memecah belahkan orang MELAYU?
sudah dibuktikan yang sikap MELAYU khususnya yang mempunyai kepentingan sukam memecahkan kesatuan bangsanya sendiri demi kepentingan peribadi...adakah sikap begini wajar dikategorikan sebagai pejuang bangsa?
ingin menyatu padukan masyarakat malaysia kununnya....sehingga mempergunakan PAS yang terang-terang dijadikan kuda tunggangan demi meraih sokongan politik...
keputusan PRU 12 banyak memihak kepada PR kerana kebayakkan rakyat ingin memberi pengajaran kepada pemimpin negara yang lemah dam lembab dalam membuat keputusan....
UMNO tetap relevan...namun kini pemimpin yang menerajui UMNO merupakan pemimpin tersilap pilih...TUN sendiri mengakui bahawa beliau silap memilih pengganti yang dahulunya "MR.CLEAN"...tetapi hanya menunjukkan dirinya yang sebenar setelah memegang kuasa pentadbiran...
adakah PR relevan masa sekarang?
takper...berikan masa kepada PR untuk menerajui 5 negeri buat masa ini...insyaalllah barisan UMNO akan kembali kukuh dengan desakan manjatuhkan paklah yang sememangnya lemah dan tidak mempunyai karisma sebagai pemimpin~

-hantugaz-

Tanpa Nama berkata...

Aku cabar Anwar Ibrahim dakwa Mahathir! Aku cabar Bedolah, PAkatan Rakyat dan dunia dedah kesilapan Mahathir. Jangan ingat Rahsia Anwar Ibrahim, Mahathir takda. Aku cabar korang bawa Mahathir ke Court. Hang dedah pasai aku, aku dedah tentang hang!

-Kakiberuk (Pembela Mahathir)

Pewaris Reformasi berkata...

sila-sila...

hidup dengan sangka-sangka.. :)

Tanpa Nama berkata...

heh...try g jadi pm tengok..tah2 ko pun jadi camtu..jangan hanya bersangka buruk kat org..nilai diri sendiri dulu..komen iklas..

Ahmad Fadhil Zhafri berkata...

whoever you are, it is time to change! these are voices of tomorrow's leaders. we need not to be nostalgic and sentimental in this matter. i am an UMNO members but, i see no progress in the development of malay community. sorry to say that we are still at the same level as before. if we can have a number of millionaires in felda settlements but why were some other whom are not so unfortunate people still living in poverty amidst all the development done? are we missing something here? u need not to say who is wrong and right in here. i see no relevance anymore in UMNO....it is a party that fight for the family members rather than its initial establishments to help the malay. as for me, to DSAI, keep up the good work DSAI as i believe that you can make a huge difference in the country in the future. to all malays, wake up! we are left far away behind.....