Iklan

Ahad, April 20, 2008

Khayal Berkhayal

Saya usai menyiapkan tesis tahun akhir. Selepas ini, fasa hidup akan memasuki alam sara diri. Beberapa tawaran tugas yang melibatkan kerja-kerja politik bakal dipertimbangkan barangkali sehingga majlis graduasi, atau mungkin lebih lama. Perancangan untuk aktif sebagai jurutera saya kira harus disemak semula, haha!
Saya mulai membaca sebuah buku Indonesia tentang bahasa, semiotika dan budaya yang dipinjam dari saudara Fathi Aris Omar beberapa bulan lalu. Baru hari ini saya punyai waktu untuk bersantai dengan buku. Apa khabar Fathi? Dikisahkan oleh beberapa orang teman Telawi, Fathi bakal bergelar bapa awal bulan hadapan.
Polemik babi di Selangor masih terus dicanang oleh media picisan Umno. Isu Ketuanan Melayu kini memasuki fasa baru apabila Umno (seperti lazimnya setiap kali kecundang dalam pilihanraya) menjemput pimpinan Melayu PAS dan PKR untuk duduk semeja berwacana tentang nasib Melayu.
Saya membayangkan MCA, MIC dan Gerakan mengumumkan penarikan diri dari menjadi sebahagian komponen Barisan Nasional dan menyertai Pakatan Rakyat. Bayangkan, Umno jadi parti tunggal. Terkontang-kanteng sendiri. Barangkali waktu itu ibu pejabat Umno bakal dipindahkan ke negeri Johor! Dan lama kelamaan, Umno mati tanpa nisan. Semakin dipinggir dan dilupakan...

6 ulasan:

r_feev berkata...

Tahniah...
Moga apa yang dicita-citakan akan tercapai...

najwan halimi berkata...

Afif,

Terima kaseh. Bila mahu lepak minum teh? Hari tu di Black 14 tak sempat bual panjang.

Pewaris Reformasi berkata...

Apa cerita jalan2 ke Indonesia?

rastom berkata...

Saya nampak HQ Umno bakal pindah ke Sabah atau Sarawak bah!

Tanpa Nama berkata...

wan, saya cadangkan supaya ruang pilihan pembaca - siapa layak pimpin malaysia ditukar kepada siapa bakal pm selepas anwar, kalau boleh di buatkan secara berpasangan untuk jawatan tpm sekali. Contohnya, 1. AZMIN ALI - SAIFUDDIN 2. HUSAM MUSA - KAMARUDDIN JAAFAR 3. LIM GUAN ENG - KHALID JAAFAR 4. KHAIRY - NORZA.

Nizam
KK

Pewaris Reformasi berkata...

Wah, Tuan Haji Rastom Dewa Dari Jelapang Padi campak terus ke Sabah, tu pun kalau orang Sabah mahu. Yang saya dok dengaq, kalau sampai Sabah tu serupa sampai Filipina!