Iklan

Sabtu, April 26, 2008

Keadilan Buat Altantuya

Din Merican memaklumkan saya mengenai penyiaran artikel berkisar perbualan telefon antara beliau dengan Raja Petra Kamaruddin di laman Malaysia Today tentang perkembangan terkini kes bunuh Altantuya Shariibuu yang sehingga kini masih lagi dalam proses perbicaraan. Sedar tak sedar, prosiding kes tersebut sudah pun melangkaui tempoh setahun.
Sehingga ke hari, keadilan masih belum terlaksana. Siapa pembunuh Altantuya yang sebenar masih kekal misteri. Jika sebelum ini prosiding perbicaraan tersebut mendapat liputan meluas media-media tempatan dan antarabangsa, namun kini kes bunuh Altantuya seakan dilupakan dan seolah-olah sengaja dipinggirkan dari perhatian rakyat.
Jika diteliti ulasan kronologi perbicaraan kes ini oleh Raja Petra melalui artikel perbualannya bersama Din Merican di Malaysia Today, jelas terdapat banyak keraguan yang timbul sepanjang prosiding perbicaraan dijalankan. Penolakan terhadap keterangan afidavit, pertukaran hakim, penarikan diri peguam dan pelbagai lagi jenis kepincangan jelas dizahirkan sepanjang proses perbicaraan ini.
Altantuya jelas dizalimi. Dan keadilan masih belum ditegakkan untuk membelanya. Saya secara peribadi menyahut saranan Raja Petra yang mengusulkan agar dirangka satu gerakan bertujuan menuntut keadilan buat mendiang Altantuya.
Khabarnya, perjalanan perbicaraan kes ini dipantau dengan rapi oleh kerajaan Mongolia dan wujud kemungkinan akan berlakunya krisis dalam perhubungan diplomatik antara Malaysia dengan Mongolia gara-gara ketidaktelusan perbicaraan kes ini. Barangkali klip video di bawah bisa menerangkan semuanya. Ke manakah hilangnya integriti dan sifat perikemanusiaan rakyat Malaysia?

3 ulasan:

Danielle_Corleone berkata...

kisah bicara yang sama sekali akan tiada hujung akhirnya... kerana yang sebenar lepas bebas...

Tanpa Nama berkata...

haha..mitos semua tu kalo najib terlibat

Tanpa Nama berkata...

Raja Punggung memang terkenal dengan hasad dengki! Najib tak bersalah! Anwar pengkhianat!!! yahudi bangsat shaitan pukimak tahap wahid!!!!!

- Kuala Lipis Evo Racer!