Iklan

Isnin, April 28, 2008

Isu Keris: Hishammuddin Pengkhianat Melayu (UMNO)

"Hishammuddin mengapa perlu meminta maaf? Ini hak orang Melayu, apa kena minta maaf. Di mana maruah orang Melayu. Keris ada dalam bendera UMNO. Dalam pertabalan Yang di-Pertuan Agong pun mencium keris. Ini simbol orang Melayu!"
-Datuk Syed Ali Al-Habshee, 27 April 2008
Saya harap Khairy Jamaluddin menang dalam pemilihan kerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dijadualkan pada Disember tahun ini.
Saya masih ingat, pada bulan November tahun lalu (beberapa hari sebelum perhimpunan BERSIH), Khairy ada menegaskan bahawa "selagi ada Pergerakan Pemuda Umno, keris Panca Warisan akan dijulang selama-lamanya". Tambah beliau lagi, "bahawa sesiapa yang tidak berani menghunus dan menjulang keris Panca Warisan adalah pengkhianat kepada Melayu dan UMNO".
Barangkali di mata Khairy, Hishammuddin Hussein kini merupakan pengkhianat Melayu dan UMNO. Kita sama-sama tunggu dan lihat apakah Khairy akan menjulang keris Panca Sitara..oops, Panca Warisan ini lagi seandainya dia diangkat sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kelak.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kau mahu Khairy itu menang Ketua Pemuda? Hahaha! Dialah pengkhianat Melayu, tanah air dan agama! Kerana dia maruah Malaysia tergadai! Orang2 sekeliling dialah yang menyebabkan imej UMNO menjadi sial sesialnya di mata orang Melayu, Cina dan India!

Penderhaka kepada bangsa wajar dinyahkan dari tanah air ini!

Saat aku untuk keluar UMNO akan makin hampir jika si bangsat ini bersama-sama Abdullah kekal sbg Presiden UMNO.

Kedua, saat aku untuk keluar UMNO akan semakin hampir jika Tun Dr.Mahathir, Mukhriz, Ku Li dan lain2 diperhina oleh manusia bangsat spt dia dan rakan2nya..

UMNO akan tinggal sejarah dan hanya dijadikan kenangan silam. UMNO sekarang UMNO rosak.

Semoga Mukhriz menjadi Ketua Pemuda UMNO. Lihatlah, sudah ramai profesional UMNO lari dari UMNO kerana mereka kecewa, tapi bukan mereka benci UMNO. Mereka benci pemimpin opportunis!

-Syahir

Tanpa Nama berkata...

yuhooooOOOO~

dari ayat,
"Dalam pertabalan Yang di-Pertuan Agong pun mencium keris."
-Datuk Syed Ali Al-Habshee

kepala hanggok dia. pertabalan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (Tunku Mizan) tidak pernah berlaku mencium keris. kalau tak percaya, boleh tengok semula dalam National Geographic di mana Tunku Mizan hanya menjulang keris, tetapi tidak mencium keris tu! bengap sungguh orang yang bercakap tetapi tidak melihat pertabalan tu.

UMNO dah tak relevan..

-pembuat_konspirasi-

Tanpa Nama berkata...

dan aku nak tambah lagi,

"bahawa sesiapa yang tidak berani menghunus dan menjulang keris Panca Warisan adalah pengkhianat kepada Melayu dan UMNO"

ni adalah ayat berunsur perkauman! rasict! UMNO racist! habis tu kalau aku tak mau julang keris, bermakna aku pengkhianat kepada Melayu? RACIST! kita kena hidup bersatu dengan bangsa lain!

Tanpa Nama berkata...

dan aku nak tambah lagi,

"bahawa sesiapa yang tidak berani menghunus dan menjulang keris Panca Warisan adalah pengkhianat kepada Melayu dan UMNO"

ni adalah ayat berunsur perkauman! rasict! UMNO racist! habis tu kalau aku tak mau julang keris, bermakna aku pengkhianat kepada Melayu? RACIST! kita kena hidup bersatu dengan bangsa lain!

-pembuat_konspirasi-

Tanpa Nama berkata...

Suara RAKYAAAAAAAAAAATTTTTTTTTTTT!!!!!

Suara RAKYAAAAAAAAAAATTTTTTTTTTTT!!!!!


-Syahir