Iklan

Ahad, April 06, 2008

'Hatikvah' Buat UMNO

Baru-baru ini ada seorang pesara mendakwa Anwar Ibrahim hanya layak menjadi Perdana Menteri Israel. Tahun lalu, seorang cybertrooper Umno meninggalkan ulasan di blog saya dengan menuduh saya dibiayai oleh kerajaan Israel untuk mengendalikan blog ini.
Lebih sepuluh tahun lalu, beberapa orang aktivis PAS pernah ditahan dan didakwa kerana menyertai satu demonstrasi di Universiti Malaya bagi membantah kehadiran pasukan kriket Israel yang hadir ke Malaysia atas undangan rasmi seorang pesara yang suatu ketika dahulu merupakan seorang Perdana Menteri. Pesara itu jugalah orang yang mencemuh bangsa Yahudi dalam satu persidangan yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin kerajaan Islam tidak berapa lama dahulu.
Pesara itu cukup benci dan sangat sensitif dengan sebarang elemen yang melibatkan ehwal Yahudi atau Israel. Beliau marah dan mencemuh Anwar kerana bersahabat dengan seorang Yahudi Amerika. Mungkin pesara yang pernah memarahi bangsanya kerana 'mudah lupa' ini terlupa bahawa beliau juga mempunyai seorang teman Yahudi yang suatu ketika dahulu cukup dimusuhinya.
Sewaktu saya masih kecil, saya pernah bertanyakan ayah tentang mengapa pasport antarabangsa Malaysia tidak sah untuk digunakan di Israel. Jawab ayah, Malaysia dan Israel tiada hubungan diplomatik. Sehingga kini, setiap kali saya menatap pasport antarabangsa Malaysia, saya akan mengingatkan diri saya bahawa Malaysia dan Israel tidak memiliki hubungan diplomatik.
Pun demikian, saya berasa canggung dan sedikit aneh; jika Malaysia dan Israel tiada sebarang hubungan diplomatik, mengapa Bintang Daud boleh berkibar megah di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur? Apakah Umno sudah mulai mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara berdaulat? Apa kena mengena rejim Umno dengan rejim Zionis? Atau mungkin Umno menanti 'hatikvah' Yahudi untuk menyelamatkannya dari kemusnahan?

4 ulasan:

Kijar berkata...

SECURITY CENTER: See Please Here

r_feev berkata...

salam...
apa nak diherankan dengan bendera Israel di bangunan UMNO.. memang dah perangai kebanyakkan ahli UMNO itu sendiri macam Yahudi..
rampas tanah rakyat.. tipu duit rakyat.. amalkan monopoli.. kan ke gaya yahudi tu...

Tanpa Nama berkata...

UMNO lain MELAYU lain. ISRAEL/ZIONES lain YAHUDI lain.

Nizam
KK

Tanpa Nama berkata...

Cara Jawab Globalisasi

Agak-agaknya inilah cara Abdullah Hj Ahmad, Imam Besar Islam Hadhari, dan "Saya Perdana Menteri" Malaysia akan menjawab dalam satu Forum membincangkan Globalization di Forum Ekonomi Dunia.



Question: What is the truest definition of Globalization?

Abdullah Hj Ahmad: Princess Diana’s death.

Question: How come?

Abdullah Hj Ahmad: An English princess with an Egyptian boyfriend crashes in a French tunnel, driving a German car with a Dutch engine, driven by a Belgian who was drunk on Scottish whisky, (check the bottle before you change the spelling) followed closely by Italian Paparazzi, on Japanese motorcycles; treated by an Spanish doctor, using Brazilian medicines.

AND

This is sent to you by an American (using Bill Gates’s technology) and you’re probably reading this on your computer, that uses Taiwanese chips, and a Korean monitor, assembled by Bangladesh workers in a Singapore plant, transported by Indian lorry-drivers, hijacked by China, unloaded by African longshoremen, and trucked to you from Malaysia by Indonesian illegals…