Iklan

Isnin, April 14, 2008

Fenomena Blog Komedi

Orang lain menulis blog, dia juga mahu menulis blog!
Penulisan laman blog berbentuk komedi semakin bercambah sejak akhir-akhir ini. Selepas langkah Dr. Khir Toyo menghilangkan kebosanannya dengan menulis blog, Ali Rustam pula kini mengikut jejak beliau. Apa yang berbeza, blog Dr. Khir boleh dikatakan bersifat lebih intelektual berbanding dengan blog Ali yang jelas menzahirkan kedangkalannya sebagai seorang pemimpin.
Selepas ini, alam siber bakal dihiburkan lagi dengan kemunculan laman blog komedi daripada beberapa orang pemimpin dalam Pergerakan Pemuda Umno. Khabarnya semua ahli Pemuda Umno yang berhasrat untuk bertanding dalam pemilihan parti Disember ini wajib (ulang: WAJIB) membina laman web/blog masing-masing. Alasannya ialah bagi membanteras budaya politik wang sewaktu sesi berkempen.
Aneh, bagaimana mungkin politik wang bisa dibanteras dengan hanya membina laman blog? Meminjam ungkapan keramat Dato' Seri S. Samy Vellu: "Ini semua kerja orang gila punyalah!"

5 ulasan:

FaNaQiLa berkata...

Wacha!!!
bukan ahli politik saja yg kini mula menulis blog. aku juga. hi najwan!
u da kene tag dr i. jdi kene la ikut syarat ek. baca blog, bg comment n... mulakan tag anda.
Daa...

Muslim Knight berkata...

Salaam 'alaykum

Najwan,

Harap tak termasuk pulak blog aku dalam kategori Blog Komedi (ish, tak mahu aku dilonggokkan sebaris dengan Ali Rustam atau Samy Vellu!), walaupun banyak jugak komedi & benda lucu yang aku bubuh dalam blog.

Hehehehe!

WasSalaam

p/s - Apa cerita Black 14? Aku tak pegi sebab sibuk siapkan tesis.

MODERATOR berkata...

Dengan Izin dan Budi Bicara Tuan Punya Blog yang dikasihi,

Foto-Foto Terkini "PERHIMPUNAN RAKSASA RAKYAT DI DEWAN SULTAN SULAIMAN", KG. BARU, KL. Tarikh:14hb. April / Masa: 8.30pm - 10.30pm (Sejarah Tercipta!)

Foto-Foto Eksklusif Hanya Daripada

theindiestory.blogspot.com

CHECK IT OUT! tq

PIE berkata...

http://www.masterdedah.com/

sy xskong ni...

bumilangit berkata...

itu bahaya menulis blog.

anda mungkin mendedahkan kebodohan anda.

(which is good)