Iklan

Ahad, Mac 16, 2008

Usah Amal Budaya Kotor Ala UMNO

Kata orang, jangan kau cuba melawan arus.
Pecah bahtera, kau kecundang karam terjerumus...
-Melawan Arus, nukilan M. Nasir dalam album Phoenix Bangkit

Lirik di atas boleh diteliti dan dihayati sepenuhnya dalam lagu Melawan Arus, karya seniman M. Nasir dalam album Phoenix Bangkit. Menurut cerita orang-orang yang rapat dengan Nasir, lirik lagu tersebut sebenarnya dinukil sebagai simbolik tragedi kejatuhan Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri yang lantang mempertahankan prinsip dan maruahnya dengan mencabar pemerintahan autokratik Dr. Mahathir Mohamad.
Saya bukan bermaksud untuk membicarakan soal kejatuhan Anwar. Saya kira Anwar kini sedang berada di landasan kejayaan yang mungkin akan membawa beliau ke mercu kepimpinan tertinggi negara suatu hari nanti. Siapa tahu! Begitu pun, adakalanya kejatuhan seseorang pemimpin itu bukanlah atas kelemahan dan kesilapan percaturannya sendiri; ianya kadang-kala dan lazimnya berlaku disebabkan oleh orang-orang di sekeliling pemimpin tersebut yang tersilap langkah lalu merosak dan menjatuhkan reputasinya. Moga-moga perkara sebegini tidak akan menimpa Anwar dan pemimpin-pemimpin rakyat yang lain.
Kejayaan besar dalam pilihanraya umum baru-baru ini seharusnya dijadikan ukuran buat semua dalam kita menilai dan menyusun semula struktur perjuangan yang adakalanya tanpa kita sedari terkeluar dari landasan prinsip kemuliaan yang sangat kita junjung. Agenda peribadi, perencanaan sulit untuk mengangkat kroni, serta percaturan politik yang bersifat gelojoh seharusnya disisihkan daripada berakar umbi dalam budaya perjuangan parti-parti yang mendakwa sebagai pembela hak dan kebenaran. Budaya kotor ini bukan budaya kita dan seharusnya tidak dibiarkan bersemai dalam jiwa mereka yang mendakwa diri sebagai reformis dan aktivis. Jangan sekali-kali dibiarkan budaya kotor warisan UMNO ini menular dalam perjuangan kita!
Dugaan saya, jika budaya kotor ala UMNO ini dibiarkan wujud dan merebak dalam gerak kerja parti-parti Barisan Rakyat, maka tidak mustahil lima tahun dari sekarang kita bakal menerima nasib yang sama sebagai mana yang dirasai oleh UMNO dalam pilihanraya umum baru-baru ini.

3 ulasan:

Muslim Knight berkata...

Lemahnya umat Islam di kala ini adalah disebabkan ketiadaan Adab dan Hikmah. Semoga Allah memberi kita hikmah dan kekuatan untuk bertindak dengan hikmah. Amin!~

khamizi berkata...

Pak Lah patut bertanggungjawab keatas apa yang berlaku kepada Malaysia

PIE berkata...

http://ukhwah.com/viewtopic.php?forum=2&topic=36904

Apabila Lim Kit Siang membantah
keputusan Raja Muda Perak, dia terus
dicop sebagai menghina titah Sultan,
terutama oleh Media arus perdana dan
pemimpin UMNO.

Sehari selepas itu, dia kemudiannya
memohon maaf dan menyatakan dia tidak
berhajat menghina sultan. Mungkin kerana
terikut dek emosi dan terkejut dengan
keputusan Sultan.

Namun yang terkini, di Perlis, apabila
Raja Perlis menitahkan dan membuat
keputusan bahawa Shahidan tidak lagi
dipilih sebagai MB, dan digantikan oleh
Isa Sabu, mantan MB tersebut dengan
jelas dan terbuka menolak perlantikan
itu, malah dengan bongkaknya menyatakan
dialah MB Perlis yang sebenar, yang
mendapat perkenan daripada PM! sekali
lagi diulangi, PM!!

Tidakkah tindakan ini juga boleh
dianggap sebagai menghina keputusan
Raja? Secara tidak langsung tidak
menghormati keputusan raja, atau lebih
senang difahami, mengHINA Raja?

Tetapi, Kenapa media arus perdana tidak
pula mencopkan dia sebagai menghina
raja? Kenapa? Sebab dia orang BN? Lim
Kit Siang pembangkang? Di tambah pula
dia berbangsa cina. Begitu?

Inilah satu lagi bukti yang jelas
tentang kebobrokan UMNO!

Dan kepada media arus perdana.
Hormatilah hak rakyat! Peliharalah etika
kewartawanan! Dan perlu diingat,
pemimpin datang dan pergi. Seorang
pemimpin tidak akan selamanya menjadi
pemimpin! Yang diatas, tidak slamanya di
atas. Yang berkuasa tidak berkuasa
selamanya! Semuanya pastikan berubah.
Adakah kerana yang sementara itu, kamu
semua sanggup lacurkan diri dan perinsip
kewartawanan untuk mereka yang bersifat
sementara ini.

Adakah, apabila mereka yang di atas
kini, tatkala berada di bawah, akan
terus kamu ampu?


-----------------
Suburkan Persaudaraan..
Kerana Setiap Orang Islam itu Bersaudara..