Tahniah Sifu M. Nasir!
"Terima kasih kerana berdiri untuk saya."
-M. Nasir, 30 Mac 2008
Demikian kata-kata penghargaan oleh M. Nasir saat dirinya diiktiraf sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Zaman pada majlis Anugerah Bintang Popular 2007 sebentar tadi.
Saya membesar dengan lagu-lagu beliau, melalui zaman kanak-kanak, menggeluti dunia remaja dan melangkah ke alam dewasa dengan kiasan dan irama ciptaannya. Awal perkenalan saya dengan alam falsafah sebetulnya dipengaruhi oleh semangat karya beliau.
Saya ucap tahniah buat M. Nasir. Semoga terus segar bersenandung.



0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
Pautan pada catatan ini:
Buat Pautan
<< Laman utama