Iklan

Sabtu, Mac 01, 2008

Maaf Edna, Rekod Anda Sudah Dipecahkan!

Edna Scott Parker (gambar atas) diiktiraf oleh Guiness World Records sebagai manusia paling tua di muka bumi ini. Edna yang lahir pada tahun 1893 kini menjalani hari-hari tuanya di sebuah rumah kebajikan, Heritage House Convalescent Center di Shelbyville, Indiana, Amerika Syarikat.
Pun demikian, pendedahan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia baru-baru ini sewajarnya diambil tindakan oleh pihak Guiness World Records. Rekod individu paling tua di dunia yang masih bernafas barangkali lebih layak dipegang oleh lebih 33 orang warganegara Malaysia yang lahir antara tahun 1880 hingga 1892.
Pemegang rekod dunia kategori usia paling tua yang baru ini seharusnya disandang oleh Noraini B Abu Samad yang dilaporkan menetap di Kampung Damansara Dalam, Seksyen 17A, Petaling Jaya.
Jika anda mahu pengesahan, boleh semak di pautan ini dengan memasukkan nombor kad pengenalan Noraini iaitu 800311086231 pada ruangan semakan yang disediakan. Keputusannya sahih! Noraini B Abu Samad yang lahir pada 11 Mac 1880 masih hidup dan bakal berusia 128 tahun tiga hari selepas hari pembuangan undi pada 8 Mac ini.
Pihak Guiness World Records sewajarnya membuat semakan semula. Jelas, rekod manusia tertua di dunia milik rakyat Malaysia. Maaf Edna, rekod anda sudah dipecahkan!

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah Kah Kah...Pak Lah tertido lagi kena buatan Jin (ejaan Jeanne) sampai rakyat Malaysia yg tertua di dunia pun takda sapa yg sedar!!!...Syabas Malaysia! Syabas Bodowi!

MODERATOR berkata...

LIPUTAN TERKINI : Foto-Foto Terbaru Barisan Alternatif - Saari Sungib (PAS), KEMPEN DI UKAY PERDANA, LEMBAH KLANG [ 1 Mac 2008, Pukul : 9pm - 12am ]

Foto Eksklusif Hanya Daripada :

http://theindiestory.blogspot.com

Izzat Nizam berkata...

Syabas Malaysia dan SPR!! Saya bangga jadi anak Malaysia. Macam ni la baru semangat Malaysia Boleh!

the hazim berkata...

spr kata takde surat mati..tu pasal dia tak delete nama...

Zulkijora berkata...

This comment has been removed because it linked to malicious content. Learn more.

MODERATOR berkata...

Dengan Izin Tuan Punya Blog:

LIPUTAN TERKINI : Foto-Foto KEMPEN BARISAN NASIONAL CALON PARLIMEN TITIWANGSA - Dato' Aziz Jamaluddin (DEWAN DATO' KERAMAT : 3 Mac, 8.30pm - 9pm)

FOTO-FOTO EKSKLUSIF HANYA DARIPADA:

http://theindiestory.blogspot.com/

Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

salam,saye ingin bertanyekan satu bende..saye pelajar U tempatan,dan saye dapati,ramai kawan2 saye,yg baik2 belaka atau kat sini org panggil rakan masjid,tp bukan org t'ganu,k'tan...sume dr tmpt2 lain..tetapi bile saye tanye mengundi kat mane,diorg mengundi kat kelantan or terengganu...diorg nie ape kes sbnrnye???fyi,mereka nie mmg penyokong PAS yg setia..sile jelaskan...

najwan halimi berkata...

tanpa nama,

Maaf, saya kurang periksa ttg perkara tersebut. Mungkin saudara/ri boleh siasat dgn meminta penjelasan lanjut dari teman-teman terbabit.

Tanpa Nama berkata...

spr yang pindah kan tempat mengundi..
itu pun nak kena jawab ke??


pasal apa spr pindahkan??
haa.. tu kena tanya rashit..
kadang2 celaka gak..
suami kena ngundi kat kedah, bini kena ngundi kat penang..

last2 dua2 x pi ngundi,..sebab susah, kereta ada satu je,..
tu je trick spr nak nyusahkan orang..

budak hepi berkata...

leh cye ke najwan sial ni???

Tanpa Nama berkata...

habis tu, boleh sangat ke percaya kat umno totok mcm budak hepi nih???


ahaha..

sori ye orang jawa totok, aku pinjam title..

budak hepi berkata...

hahah...kepale totok pitok ko...hahhaa..lek la...
korg ni xsedar asl usul..
pnat je umno dlu mintak merdeka...
last2 ko sokong pas n adil...ape la sgt jase dorg ni kt negare???
tao nk kritik je...
hurm...
ak xpaham la...........plz la pk...untuk keharmonian negaraku tercinta........

Tanpa Nama berkata...

umno dulu lain weh..
umno sekarang ni bersih sangat ke???


ikut cakap pemimpin ko, samy vellu..
wanita kalau umur dah 50 tahun, takkan cantik lagi dah..


hahaha.. samala macam umno be end, dah berkarat sana sini dah.. rasuah sana sini..

tu, ko tgk calon parlimen putrajaya tuh, tengku adnan tengku mansor..
tu tauke judi tu, ade saham dalam sports toto..

ini bukan fitnah, tapi kenyataan..
kalau dia melayu islam sejati, patutke dia pegang saham judi????

nak keje tukang sapu kat kedai toto pun haram...inikan pulak ade saham...

budak hepi berkata...

mane cik tao die ad saham dlm sport toto?
die 2 bapak ko ke???
hahah..
plek toll..
jg jage tepi spender org la..

Tanpa Nama berkata...

dasar umno totok ni nak kena suap bukti depan mata agaknya..

hahhaha..


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13026&Itemid=28

ko bace sendiri la kat akhbar harakah tu, akhbar harakah ni kalau cerita tak betul pasal puak bn, mana berani dia nak siar, kang kena tarik permit terus..
so, sekarang ni harakah dah siarkan benda yang betul je..

harap ko baca tanpa ragu ragu..
---------------------------------


Mari kenali Tengku Adnan Mansor
Azamin Amin
Thu | Mar 06, 08 | 6:55:32 am MYT

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Ramai yang pasti khususnya pengundi di Parlimen Putrajaya mengenali Menteri Pelancongan Tengku Adnan Mansor yang terkenal dengan kenyataan 'kontroversi' yang keluar dari mulut seorang muslim yang mengikuti konsep Islam Hadhari.

Beliau secara bijak telah mengeluarkan idea yang amat 'bernas' iaitu mencadangkan kepada kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melanjutkan masa berhibur di pusat-pusat hiburan sampai pukul 5.00 pagi.

Lebih mengejutkan, beliau tanpa rasa segan mahukan kerajaan Barisan Nasional (BN) menurunkan cukai arak, supaya harga arak di pasaran menjadi lebih rendah.Kedua-dua alasan ini motifnya untuk pelancongan.

Dua idea 'mantap' ini seolah-olah cuba menjadikan negara ini 'syurga arak' dan 'syurga hiburan' yang akan menyebabkan ramai pelancong-pelancong dari luar negeri berduyun-duyun akan berkunjung ke Malaysia untuk menikmati syurga-syurga tersebut.

Bagaimana idea 'kartun' ini telah dibantah keras oleh PAS termasuk Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam lantaran ianya akan mendatangkan musibah besar kepada membiaknya keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang membarah kepada rakyat Malaysia khususnya remaja dan umat Islam.

Walau apa pun, para pengundi perlu mengenali siapa Adnan yang mempunyai idea bernas ini supaya boleh menilai sama ada beliau layak sekali lagi untuk menerajui tampuk kepimpinan khasnya dalam bidang pelancongan hatta sebagai seorang ahli parlimen sekalipun.

Adnan telah dilahirkan di negeri Melaka pada 20hb Disember 1950 pada jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran lahirnya bernombor 100502.

Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor manakala pada tahun 1962, ketika beliau berusia 12 tahun, Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama sama seperti yang terdapat dalam surat beranak malah ketika menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada tahun 1969 namanya masih lagi kekal sebagai Adnan bin Mansor.

Tetapi, pada 3hb Oktober 1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku Adnan bin Tengku Mansor dan telah membuat akuan bersumpahnya bahawa beliau berasal dari Keluarga DiRaja Melaka.

Adnan merupakan seorang taukeh Sport Toto Malaysia yang diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asalnya Unilite Electrical Indusries Berhad.

Pada tahun 1987, syarikat ini bertukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambialih oleh Berjaya Group dan dikenali sebagai Berjaya Sport Toto Berhad.

Adnan mempunyai saham dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sport Toto sebanyak 3.5 juta saham melalui syarikatnya yang bernama Cimsec Nominees. Ini menjadikan Adnan terlibat dalam industri perjudian Sport Toto melalui pegangan sahamnya dalam Berjaya Group Berhad.

Sport Toto mempunyai 681 rangkaian kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.

Adnan dan kerajaan Pahang pada satu ketika dahulu melalui syarikat PASDEC Holding Berhad pernah memiliki saham dalam Bukit Tinggi Resort Berhad milik penuh Vincent Tan yang bergiat dalam kegiatan berjudi 'mesin slot', tetapi disebabkan oleh bantahan orang ramai, maka Adnan melepaskan pegangannya dalam bentuk saham dan kerajaan Pahang menjual sahamnya pada 23hb Mei 2003.

Apapun sepatutnya Adnan sedar akan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Kerajaan Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria bahawa orang Melayu-Islam telah membelanjakan RM4 bilion setahun untuk minum arak dan berjudi dan situasi gawat umat Islam ini sangat-sangat membimbangkan.

Sungguhpun begitu terpulanglah kepada para pengundi untuk mebuat penentuan di hari pengundian 8 Mac ini untuk membuat pilihan yang betul dan tepat dalam soal memilih pemimpin.

Masa untuk berubah! - mks.

Tanpa Nama berkata...

Budak hepi..

aku rasa kalau ko banyak membaca di blog2 parti pembangkang yang ternama seperti no2umno.blogspot, malaysia-today, malaysiakini, harakahdaily.net, laman marhaen, dan lain lain, aku rase hati ko akan terbuka untuk menerima pembangkang..


bukan ape, aku rasa ko kurang membaca... aku andaikan kalau pun ko membaca, ko hanya baca dari satu sumber je, iaitu media arus perdana, seperti tv dan suratkhabar selain harakah..


aku bukan lah nak mengutuk ko.. tapi dulu masa aku kecik2 aku pun dung anggap pembangkang ni jahat je semuanya... yelah, masa sekolah2 rendah dulu, kalau ade debat je, mesti kerajaan lawan pembangkang, zaman tu aku kecik lagi, so persepsi aku kerajaan je selalu btul.. yang pembangkang ni plak, ade je dia nak bangkang.. tu mentaliti aku masa kecik2 dulu..


sampailah aku masuk sekolah menengah.. bile aku dah faham skit pasal politik.. dah terdedah skit keburukan parti pemerintah (BN), maka stat pada tu persepsi aku mula berubah terhadap perkataan pembangkang...

bapak aku pun walaupun dah tua, dia masih lagi selidik dulu mana yang betul mana yang salah... dia cari pelbagai sumber..bukan tgk berita je..

dulu2 yela xde internet lagi, kalau ade pu dial up je..sekarang ni semua pakai braodband dah.. kalau nak maklumat tu, di hujung jari je...


cuma atas kita nak betulkan persepsi...yang mana satu hak dan mana yang batil..

mungkin sukar bagi ko untuk menerima pembangkang, tapi aku cadangkan ko supaya walau ko tak suke pembangkang sekali pun, ko fahamilah betul2 pemimpin bn yang ko sokong... jangan main sokong je, jangan main baca buku biografi je, mane la nak tulis yang buruk2 dalam buku biografi ye tak?


hm.. aku doakan semoga hati ko tak tertutup utk terima pembangkang..

aku tak marah ko sokong pembangkang, tapi aku mintak, ko fikir dulu sebab ape orang membangkang, usaha cari jwapan soalan tu sendiri, bukan amik jawapan dari mulut pemimpin umno...


"kenapa barisan alternatif tolak Bn?" kalau ko jumpe jwapan dia, aku rase hati ko terbukak.. cume janganla amik dari mulut pemimpin bn.. usaha sendiri.. tanya orang ramai ke, internet ke..lama lama mesti ko terima kasih kat aku..

National Security Agency (NSA) berkata...

Saya adalah penyokong kerajaan BN yang kuat TETAPI saya percayakan mekanisme check and balance di mana pembangkang turut memainkan peranan dalam hala tuju negara ini. Mengenai sokongan, selagi BA tidak mempunyai satu lambang utk semua parti seperti BN serta mempunyai kabinet bayangan ( sbg. contoh, sekiranya menang, siapa akan jadi PM), maka selagi itulah BA tidak akan memerintah Malaysia kerana semua parti yang mengaku berada dibawah BA mempunyai hala tuju yang berlainan.

Mengenai mekanisme check and balance,jika kita lihat, apabila kurangnya suara pembangkang di parlimen dalam memainkan peranan sebagai check and balance , maka berbagai-bagai kedurjanaan telah berlaku. Untuk makluman semua, check and balance bermaksud, sekiranya kerajaan membentangkan dasar yang tidak menguntungkan rakyat (sebagai contoh, Iskandar Development Region), pembangkang akan melaksanakan tugas check (kritik dan beri alternatif kepada kritikan tadi), manakala kerajaan pula akan melaksanakan perkara-perkara yang perlu dibetulkan untuk menguntungkan semua rakyat. Apabila pindaan yang menguntungkan dijalankan oleh kerajaan, maka inilah yang dikatakan balance.

Namun, dalam situasi Dinasti Abdullah dan Kera Jamaluddin, banyak kepentingan negara ini telah dijual kepada pihak asing seperti Singapura. Saya sayangkan UMNO, namun, inilah yang berlaku pada hari ini. Hak Melayu makin terhakis. Maka, saya menyeru rakan-rakan semua, undilah yang terbaik bagi PRU 12. Ingat, pada kali ini, undi anda bukan semata-mata untuk menentukan siapa yang yang akan berkuasa di Parlimen, TETAPI UNDI ANDA PADA KALI INI ADALAH UNTUK MENENTUKAN NASIB AGAMA, BANGSA DAN NEGARA YAKNI, JANGAN BIARKAN MALAYSIA DIJUAL PADA PIHAK ASING. HAPUSKAN KERAKUSAN DINASTI!

Dalam isu Kelantan pula, kenapa Kera Jamaluddin nak sangat Kelantan? Pasal satu jek, sila bukak link ini ..Jawapan ada di sini... http://jiwokelate.wordpress.com/2008/03/06/kenapa-bn-mahu-sangat-rampas-kelantan/ Jika BN menang, Kera Jamaluddin akan menggunakan SCOMI milik Kamaluddin Anak Badawi untuk sedut hasil bumi ini. Maka, rakyat Kelantan tengok jelah, jangan harap nak merasa.

Saya prefer, tak kisah kalau BN atau PAS menang di Kelantan, jangan sedut hasil tuh. Biarlah digunakan sekiranya pada masa hadapan, sumber bahan bakar itu sudah habis di perairan Terengganu, Srawak dan Sabah. Saya tak sanggup melihat dinasti Abdullah merompak harta rakyat lagi.

SEMOGA ALLAH SELAMATKAN UMNO, KELANTAN DAN MALAYSIA !

AMIN...

Tanpa Nama berkata...

kan aku dah cakap,
orang umno sendiri nak gulingkan badawi dan khairy jamaluddin..

pasal isu kelantan tu puak bn nak sangat sebab kelantan ada minyak,.

korang search kat youtube pun ade video budak kelantan, jumpe sumber minyak belakang rumah je.. kalau nak gas memasak, amik dari situ pun boleh..

ni kalau korang nak tau lagi, kena usaha sendiri cari, jangan jadi mcm budak hepi semashur tu, semua nak kena suap..

yang penting, nafikan majoriti 2/3 BN...


erm, apa khabar samy vellu di sungai siput?? 8 mac ni besday dia, ntah menang ke tak.. haha.. harap2 dia kalah pada hari jadi dia sendiri..

National Security Agency (NSA) berkata...

kepada Tanpa Nama,

Saya mengharapkan BN menang 2/3. Kenapa? Sekiranya Kerajaan Campurn terbentuk (Majoriti Mudah-menang separuh),kedudukan kerusi Parlimen akan menjadi seperti keputusan Pilihanraya 10 Mei 1969 dimana 3 hari selepas itu, berlaku rusuhan kaum yang paling dahsyat di Malaysia. Semestinya, Kera Jamaluddin adalah dalang utama sekiranya rusuhan kaum ini berlaku. Apa yang perlu dilakukan? Biarkan BA menang kerusi di Parlimen dengan banyak supaya mekanisme check and balance dapat dilakukan dengan berkesan oleh BA di Dewan Rakyat, tetapi BN dapat 2/3 supaya Kera Jamaluddin takder alasan nak cetuskan rusuhan kaum dan YANG TERAMAT PENTING, TUMPASKAN KERA JAMALUDDIN DI P.131 REMBAU. BIAR PADAN MUKA DIA!

Tanpa Nama berkata...

baik ko gi support mukhriz tu, orang orang KJ nak jatuhkn dia di jerlun nu..


aku tau, orang mcm ko ni penyokong kuat Mahathir..dan mmbenci Paklah, KJ serta anwar..


umno sekarang ada dua musuh, geng KJ dan pembangkang.. mcm mana nak memimpin negara? sedangkan presiden umno sendiri pun nak diguling kan??


oleh itu, aku menyeru semua agar sokong pembangkang.. untung2 minyak turun... barang murah..

Tanpa Nama berkata...

najwan halimi

Tanpa Nama berkata...

weh...
tgu ahad ni...ALLAH BERSAME ORANG2 YG BENAR...SAPE YG MENANG AHAD NI,DIALAH YG BENAR...INSYALLAH...
HIDUP BN...=)

Tanpa Nama berkata...

weh...
tgu ahad ni...ALLAH BERSAME ORANG2 YG BENAR...SAPE YG MENANG AHAD NI,DIALAH YG BENAR...INSYALLAH...
HIDUP BN...=)

Tanpa Nama berkata...

weh...
tgu ahad ni...ALLAH BERSAME ORANG2 YG BENAR...SAPE YG MENANG AHAD NI,DIALAH YG BENAR...INSYALLAH...
HIDUP BN...=)
AKU NK TGK SEJAUH MANE `PERJUANGAN` KORANG...HAHAHHAH...
XKEMANE...HEHEH
TAKBIR...HIDUP BN...
SEMOGE ALLAH MERAHMATI PAS DAN KEADILAN YG DIDALAM KESESATAN....
KALAU LAH KORANAG BETOL,AKU SALUT KORANG...KALO KORANG KALAH,AK BOOO KORANG...DEAL???IDUP BN N UMNO...THANX..~~~