Iklan

Selasa, Mac 18, 2008

Awas! Ada Musang Berbulu Ayam (2)

Beberapa orang teman terkejut apabila mengetahui yang saya telah melakukan tapisan terhadap ulasan-ulasan yang singgah di blog ini. Kata mereka, tindakan saya itu bakal merosakkan imej sebagai seorang pendukung kebebasan bersuara. Petang semalam, saya kembali melupuskan praktik tersebut dan kini ulasan serta komentar dalam blog ini kembali bebas tersiar.
Saya punyai alasan tersendiri dalam hal ini. Menyorot kembali entri 'Awas! Ada Musang Berbulu Ayam', jelas terdapat beberapa individu yang sensitif lantas melatah tanpa memikirkan kesan dan akibatnya kepada diri mereka sendiri. Saya menganggap pihak yang merasakan diri mereka 'musang berbulu ayam' ini sebagai terdesak dan gelisah serta kurang matang dalam berhadapan dengan realiti. Bermula dari kesilapan mengeluarkan kenyataan, seterusnya menukar identiti melalui nama samaran, 'musang' yang sedang resah ini kemudiannya mengambil tindakan jahat dengan menyerang dan mencemuh peribadi beberapa individu yang sebetulnya tidak ada kaitan dengan persoalan yang dibangkitkan.
Saya suka untuk menjawab tuduhan fitnah seorang bekas 'pemimpin' mahasiswa (yang kandas dalam pengajiannya) yang menyebut saya sebagai penyebab kejatuhannya sewaktu beliau berkuasa sebagai seorang pimpinan kampus serta menyebabkan kehidupannya terumbang-ambing. Persoalannya, apakah saya yang menentukan hala tuju hidup individu ini? Jika benar saya punca kejatuhannya, maka saya kira hujah beliau cukup dangkal memandangkan saya hanyalah seorang mahasiswa biasa tanpa kuasa yang mampu menentukan naik turun seseorang. Bekas 'pemimpin' mahasiswa (yang kandas dalam pengajiannya) ini harus merenung dirinya kembali. Urusan pemecatan dari kampus ini merupakan subjek di bawah bidang kuasa pentadbiran universiti, bukan saya.
Jika dibaca kembali entri 'Awas! Ada Musang Berbulu Ayam', jelas bahawa saya tidak pernah menyebut atau menuduh nama sesiapa pun, namun demikian masih ada juga seorang dua individu yang resah. Dan individu-individu resah ini kemudiannya menyerang dan mencemuh peribadi mereka yang langsung tiada kaitan dalam isu ini.
Kelab Anwar Ibrahim (AIC), sebuah organisasi anak muda yang mewacanakan idea serta pemikiran Anwar Ibrahim dijadikan sasaran fitnah dan lepas-geram individu-individu resah ini. Melalui penyamaran identiti, individu yang dikesan sebagai salah seorang pemimpin AIC ini mencemuh dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berniat jahat yang disanggah oleh banyak pihak. Tuduhan-tuduhan jahat tanpa asas ini mengingatkan saya kepada tragedi yang menimpa Anwar hampir 10 tahun yang lalu gara-gara fitnah dan permainan kotor pihak yang tidak menyenanginya. Ini kelihatan mulai berlaku dalam AIC, melalui individu yang dikatakan diangkat sebagai pemimpin organisasi itu sendiri.
Situasi sebegini akhirnya memaksa saya untuk mengambil tindakan menapis semua ulasan yang singgah di blog ini demi memastikan tidak ada individu yang bakal teraniaya dek kerana agenda politik sempit segelintir oportunis yang rakus kuasa.
Saya menyeru kepimpinan AIC agar dipertimbangkan satu rombakan kepimpinan demi meletakkan semula objektif AIC pada landasan yang sepatutnya. Reputasi serta kredibilti AIC sebagai sebuah kelab pemikiran tidak seharusnya dipertaruhkan setaraf dengan kelab Mat Rempit ala Putera UMNO yang sarat dengan para oportunis rakus kuasa.
Barangkali benar dugaan saya. Musang berbulu ayam mungkin wujud dalam lingkungan kakitangan di pejabat Anwar. Sama-sama kita tunggu dan lihat apa pula percaturan mereka selepas ini.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Ada 1001 cara orang nak meloncakkan diri & namanya di persada politik. Antaranya berpaut pada tokoh-tokoh tertentu. Pada aku cara ini hanya dilakukan oleh mereka yang tak mampu bersaing dan tak punya bakat.

Perkenalan singkat dengan Najwan dalam satu program di Sabah dapatlah aku menilai anak muda ini seorang yang pintar, berbakat dan bersahaja. Watak bersahaja adalah sifat yang mesra alam. Mesra alam selalunya tiada musuh dan tak berkepingtingan.

Ok Najwan tulislah sesuatau yang dapat memperbetulkan keadan. Untuk mendapat idea2 baru dalam menulis jom kita makan ikan bakar kat restoran pak din di sinsuran.

Nizam
KK

Pewaris Reformasi berkata...

Wah, sdr Nizam di KK juga ada sini?
Apa khabar org jauh? Rindu pulak aku nak ke Sabah lagi..

Sdr Najwan,saya kurang bersetuju kebebasan bersuara dgn membuka komen utk org ramai di blog sdr wlpn sy puji usaha memberi ruang seluasnya kpd komentar.

Boleh saja mereka yg terusik dgn komen sdr membuka blog dan menulis balas. Tidak ada permit diperlukan selain mempunyai emel.

Wlpn sy mendaftar utk mailing list AIC, sy tidak pernah ikut serta dlm mana2 program AIC krn sy belum lihat agenda jelas AIC selain politik lingkungan :)

r_feev berkata...

salam reformasi..
amatlah memalukan apabila saya membaca ulasan-ulasan di dalam entri musang berbulu ayam (1).. dalam kesibukan Barisan Rakyat menyusun strategi membentuk kerajaan.. kita di golongan muda masih bertelagah tentang 'si musang'.. hentikanlah perkara terkutuk ini..memalukan.. adakah kita ini semua nanti yang bakal mewarisi kepimpinan negara.. berfikiran kolot dan tidak pun terfikir untuk memberi idea-idea bernas kepada YB2 kita dalam cara-cara untuk mereka mengubah taraf kehidupan rakyat dan perubahan yang boleh dilakukan.. hentikanlah semua ini.. setakat kecoh pasal sapa lwn sapa. sapa fitnah sapa.. memang tak ubah seperti UMNO dan BN lah kita nie.. malu dan amat memalukan.. kita kononnya mengutuk UMNO dan BN kerana sikap mereka.. tapi sedikit sebanyak perangai kita dah mula terikut2.. MALU!! baru menang 5 negeri kita dah macam nie.. bertelagah tak tentu pasal.. kalu betul si saiful tu kerja dgn najib pun.. lantaklah dia.. apa dia bole buat.. kenapa kita perlu takut.. tak cukupkah kita melihat apa yang mampu dilakukan oleh kuasa rakyat dalam PRU12 yang lepas.. napa nak takut dengan najib seorang???

saya mungkin seorang dari luar uniten.. dan tidak tahu cerita sebenar. tapi apa yang sudah tu sudah.. yang penting sekarang kita sebagai anak muda harus terus memikirkan usaha dan cara untuk terus memenangi hati rakyat bagi menghadapi PRU 13 nanti.. kita perlu memikirkan cara untuk memastikan survival Barisan Rakyat dan seterusnya mampu membentuk sebuah kerajaan pusat...

Fikirkan lah.. jgn kerana 'selisih faham' ini kita semua terjerumus ke lembah kehinaan

wassalam...
http://qanunfiatdunia.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

owhh.
inilah dia pencipta blog anti-khairy. student uniten rupanya. mmg kami dah lama cari.

najwan halimi berkata...

Syukur, orang di Sabah masih ingat pada kita. =)

Saya pun sebetulnya sudah tidak berminat untuk mengulas isu politiking sempit sebegini. Cukup memualkan!

Oh ya, nanti kalau ke Sabah kita ketemu lagi! Wajib bawa saya ke Restoran Pak Din, hehe!

bumilangit berkata...

lalalalaala~

ribut dah berenti?

Tanpa Nama berkata...

betul ke saiful diliwat?

Tanpa Nama berkata...

bumilangit:

ribut dah kembali laa

anwaribrahimdotcom.blogspot.com berkata...

Pak Lah dihancurkan kredibiliti oleh Tingkat 4 JPM. Anwar dihancurkan kredibiliti oleh AIC dan antaranya adalah Najwan. Najwan adalah liabiliti PKR dan PR.

anwaribrahimdotcom.blogspot.com

anwaribrahimdotcom.blogspot.com berkata...

Ok...byk soalan tentang mcm mana org tua boleh liwat org muda? bayangkan, kakitangan Jabatan PERHILITAN menggunakan ubat pelali yang diberikan secara tembakan senapang patah untuk tewaskan gajah yang bertan-tan beratnya. Jadi, adakah kemungkinan Saiful diberikan sedatif (dadah) utk melemahkannya dan selepas itu perbuatan liwat mengambil tempat?

Dulu, diberitahu dengan yakin, 30 MP BN akan masuk PR, tetapi sekarang tinggal 4? Mana yang lain?

Sesiapa yang tgk rancangan Hujan di TV9, debat antara Mahfuz dan Aziz dengan dipengerusikan Dr. Agus (UKM) pasal kenaikan minyak, pasti terpegun dengan hujah Mahfuz yang penuh fakta dan dia buat research ttg harga minyak dan mekanisma mengekang kenaikan harga minyak utk Malaysia. Anu war ader ke ckp apa yang dia nk lakukan utk mengekang kenaikan harga minyak? Takder kan, setakat cakap kosong je. Camner rakyat nak percaya.

Kenapa baru sekarang timbul ancaman bunuh? Kenapa ancaman bunuh tidak dihebahkan selepas PRU 12 kerana ada khabar angin mengatakan Anu war adalah faktor utama pengundi muda pangkah PR? Padahal, selepas election, makin galak Anu war pegi road tour , time tuh lagilah, semua tempat dia pegi kecoh, dan kalu orang nk bunuh, dh lama upah sniper tembak dia dari jarak jauh. Kenapa selepas je Saiful buat report, dia pergi Kedutaan Turki? Takut ke? Dan kenapa sampai skrg, dlm kenyataan Anu war kepada media, dia tak cakap " Saya tak pernah buat perbuatan liwat ke atas Saiful dan in adalah tipu helah semata"? Saya cuba refer sumber media dari dua2 pihak, BN dan PR tapi takder statement ni dikeluarkan?

Kepada adik2 yang semasa reformasi masih berada di sekolah rendah, meh saya ceritakan sedikit. Gelaran Al-[ SENSOR TKO ] kepada Anu war diberikan oleh pemimpin PAS, Mat Sabu dan isu Anu war berjubur ini pernah timbul dalam Majalah Keluaran PAS, Tamadun pada 1998. Tamadun diterbitkan oleh syarikat yang sama mengeluarkan Harakah. Time artikel Mat Sabu diterbitkan, Anu war masih dalam UMNO. Nak kata Mat Sabu tipu? Mat Sabu adalah antara orang yang rapat dgn Anu war sampai jadi driver Anu war. mesti dia tahu sedikit sebnyak pasal kelakuan Anu war yang Maha geli ni. Cari, jangan tak cari majalah tuh utk baca apa yang Mat Sabu tulis pasal kegiatan Anu war Kaki Jubor. Kalu nak clear lagi, tanya sendiri kat Mat Sabu kenapa dia tulis cerita tu?


Kepada mereka yang memuja blog Najwan, riwayathayat.blogspot.com, ingin saya bertanya, kenapa post ke-3 pasal musang dikeluarkan olehnya atas arahan Pejabat Anu war (ini didakwa oleh MatKeri)? Adakah kerana Saiful ini jambu orangya dan Anu war tak mahu jambunya ini terus dikacau oleh Najwan? Saiful tinggal di sebuah kondominium mewah. Sapa yang spionsor dia? Adakah Anu war? Tak munggkin oleh konspirator BN kerana sebagai staff Anu war, Saiful semestinya akan mengesahkan dimana temnpat tinggal dia dan sbg ahli politik, takkan Anu war tak menyuruh pihak2 berkenaan utk menyiasat siap dia Saiful? Gambar yang Wan Azizah tunjuk tuh dh lama ada dalam blog najwan. Bermakna, dh lama org2 PKR tahu tentang latarbelakang Saiful dan semestinya dh diberitahu kepada Anu war. Tapi tak berhasil tindakan mereka utk singkirkan Saiful dari Pejabat Anu war. Hasilnya, Saiful telh dinaikkan pangkat oleh Anuwar, jadi PA. Adakah Anu war tolak segala tohmahan orang kuat PKR semata-mata nak melayani nafsu buasnya? Saya hanya meletakkan soalan, bukan jawapan. Fikirkan
Saya rasa smpi setakat ni dulu. Kalu sapa2 nak cabar, silakan

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

ferozkhan berkata...

kalau tamadun 1998 buku 50 dalil dah keluar dik oii...malah perancangan jatuhkan Anwar dgn isu liwat dibuat sebelum 1998 sudah tentu pembangkang sudah dimaklumkan..

ferozkhan berkata...

Anwar ada buat comen sikit semasa Mat Sabu kena tangkap basah...tu yang Mat Sabu marah di kata dia close dgn DSAI klu dia jahat dah lama dia raba Wan Azizah masa dia jdi driver Anwar biasalah politic tengok Ezam sudahlah.Pada awal dan sebelum pemectaan Anwar sudah dengar isu2 liwat ni dalam ceramah2 Mat Sabu malah dalam buku Lufti ada tempias2nya tapi ia belaku sekitar tahun tu semasa hubungannya dengan Tun Mahathir ada problem...atau paling tepat semasa Aziz Samsudin,Rahim Thambychik dll dah duduk dalam round table paham2lah..

ferozkhan berkata...

Sudahlah dalam Islam pun dah bagi kita jalan keluar dalam keraguan ni sama ada ia atau tidak jika tidak menepati hukum islam kita tolak jangan biar mereka menuba fikiran kita dari masahalah yang lebih besar spt sestem Kehakiman,rasuah dll ingat kita semakin hampir jgn hancurkan perubahhan ini once kita buat ia akan kekal walau pun pemimpin (Anwar)betukar...

Tanpa Nama berkata...

Apalah salah nya DSAI sendiri membuat sumpah benar bahawa dia tidak terlibat dalam kes meliwat ini mengikut kaedah Islam yg betul untuk memberikan kebenaran sekali seumur hidup agar pihak lain yang menaburkan fitnah (wallahualam) tutup mulut…..

Tanpa Nama berkata...

korg perasan tak bila Anwar nak bertanding mesti ada kes liwat..... takkan seseorg tu amat bodoh kalau nak bertanding nak buat hal?

Tanpa Nama berkata...

hahah ... yang penting utk menjadi penyokong anwar ... kita mestilah selalu berdolak dalih .. salahkan sistem kehakiman, cari "anak ayam" untuk di jadikan "korban" ... mulut perlu sentiasa manis ... dan akhir skali .. anggap saja apa saja yang salah tetapi di anggap betul sebagai ... "cobaannnnn" ....

selamat berjuang ... !!