Iklan

Rabu, Mac 12, 2008

Agenda Ekonomi Malaysia Buat Pulau Pinang

(Artikel ini diterjemahkan secara bebas dari penulisan Din Merican yang bertajuk A Malaysian Economic Agenda For Penang)
Sebaik sahaja Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak akan diguna pakai lagi di negeri tersebut, akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia (edisi 12 Mac 2008) menyiarkan kenyataan beliau sebagai berita muka hadapan, lantas membuka ruang buat pemuka-pemuka UMNO untuk menghentam kerajaan Barisan Rakyat yang baru dibentuk itu.
Utusan Malaysia sebetulnya gagal untuk mendedahkan realiti sebenar yang berlaku bahawa bangsa Melayu sebenarnya sudah pun lama dipinggirkan dan berada dalam kemiskinan yang teruk sepanjang berada di bawah pentadbiran Gerakan-UMNO. Kecuali di kawasan Balik Pulau, bangsa Melayu sebenarnya sudah tidak punyai tanah yang boleh dianggap milik mereka. Daripada sebuah masyarakat yang memiliki tanah, bangsa Melayu kini hanya mendiami rumah-rumah pangsa yang sempit. Hakikatnya, DEB sebetulnya sudah menemui ajalnya di Pulau Pinang lama dahulu iaitu apabila UMNO sendiri gagal berfungsi sebagai pembela hak Melayu di negeri tersebut.
DEB merupakan polisi tindakan afirmatif yang dilancarkan pada tahun 1970 dengan objektif untuk mengurangkan kemiskinan serta membina semula ekonomi negara. Sepanjang tempoh pelaksanaannya, rejim UMNO-BN telah menggunakan polisi ini untuk mencipta sistem politik naungan yang memberi kelebihan dan keistimewaan kepada beberapa kerat Bumiputera yang memiliki jaringan dengan elit kuasa dalam UMNO. Kesan daripada penyalahgunaan DEB ini juga kemudiannya melahirkan "kapitalis Melayu palsu" yang diasaskan melalui sistem naugan, kronisme dan nepotisme.
Pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan dengan DEB telah dinyatakan dengan jelas di dalam manifesto pilihanraya yang bertemakan Harapan Baru Untuk Malaysia:
"...Dasar Ekonomi Baru haruslah digantikan dengan agenda ekonomi yang berhasrat membantu dan mengembalikan maruah semua rakyat yang miskin, tidak kira kaum atau latar belakang mereka. Dengan ini, golongan elit yang kaya-raya tidak lagi akan boleh memperguna dasar yang sedia ada untuk lebih memperkayakan diri mereka lagi - sebaliknya, orang Melayu yang sememangnya merupakan majoriti golongan miskin Malaysia akan mendapat bantuan sepenuhnya, bersama-sama saudara mereka dari kaum India, Kadazan, Cina, Iban, Orang Asli dan lain-lain.
...Dasar afirmatif yang berasaskan sepenuhnya kepada ras dan bangsa, seperti yang diterjemahkan melalui Dasar Ekonomi Baru, telah terbukti kelemahannya yang ketara dengan penindasan yang dialami oleh sekalian rakyat Malaysia. Masih ada Melayu yang kaya dan Melayu yang miskin, Cina yang kaya dan Cina yang miskin, India yang kaya dan India yang miskin, demikianlah seterusnya."
Prinsip asas Agenda Ekonomi Malaysia ialah "peluang yang saksama perlu disediakan untuk setiap rakyat Malaysia, peluang untuk belajar, peluang untuk memperoleh hidup yang senang, dan peluang untuk mencapai impian". PKR akan turut mempertahankan peruntukan Artikel 153 dan juga hak semua warga Malaysia sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Apa yang dikesalkan ialah tindakan tidak bertanggungjawab serta berniat jahat dari pihak Utusan Malaysia yang mula memainkan sentimen perkauman sebaik sahaja rejim UMNO-BN menerima kekalahan teruk dalam pilihanraya umum baru-baru ini.

8 ulasan:

bayu mendayu berkata...

satu perubahan yang diharap menjadi titik tolak ke arah kemajuan malaysia.
walau pun di 'sebelah sini' rakyat masih menggunakan dacing sebagai penimbang tapi mungkin satu hari nanti kesedaran akan muncul.
kepada barisan rakyat teruskan usaha untuk mengemudi jalan yang benar di bumi malaysia.
tarik perhatian rakyat agar berubah.
teruskan usaha sedarkan mahasiswa.
walau pun AUKU membelenggu mahasiswa, terbelenggu hanya fizikal tapi minda kekal bebas.
tapi jangan barisan rakyat terpesong akhirnya.

terus berjuang demi rakyat.

Tanpa Nama berkata...

melayu mudah lupa

Muslim Knight berkata...

Tidak sama sekali. Melayu tidak lupa. Sekarang Melayu ingat. Mahathir-lah yang mudah lupa.

ikanez berkata...

well, personally i'm all for abolishing the DEB. bkannye beri manfaat pun pada org mlayu kebanyakan.

plus, dari segi manfaat nye pulak, kite cube tgk sket ape yg kite stand to gain should the gov abolish the policy.

1. kesetian kpd negara
siapa yg nk defend negara yg treat them mcm 2nd class citizens in the first place. by providing equality for all - they surely want to protect negara yg actually appreciate n care kat dorang.

2. increase in competitiveness.
kajian menunjukkan warga india n cina lebih berdaya saing coz of the environment they're in right now. the malays are viewed as lazy/slow by most of swedish MNC here in malaysia. i say kite hapuskan je DEB, baru kite tersentak sket.

as for implementations though - maybe not feasible utk dilupuskan serta merta. perhaps dimansuhkan beransur2.

owh - saya juga mencadangkan agar selepas ini segala usaha pelaksanaan DEB di rekodkan dan hasilnya diumumkan, at least ade more transparensi dan RAKYAT dapat lihat samada pemimpin tu mampu tuk carry out the DEB or not - more accountability.

kite set kan benchmark for each penggal let say 2 tahun, and if tak cpai target - then sack je. kite pun tak mahu selama2nya bertongkat, lets give non-bumis harapan yg DEB ni eventually akan dimansuhkan, coz lets face it - smpai bile je kite nk idup dlm dunia yg berat sbelah?

Tanpa Nama berkata...

Ermm. Bila kita berfikir secara terbuka memang tiada gunanya DEB, tapi dari segi tersirat byk faedahnya pada kita semua, bangsa kita.. Tanggapan yang amat salah. Sblm berceloteh pjg ttg DEB.. Ada baiknya anda jawab beberapa soalan ini. Sekiranya anda ada jwpn yg betul.. suarakan.. barulah kita boleh sembang psl DEB.
1. Mengapa matapelajaran math,science etc diwajibkan dipelajari dlm bahasa inggeris dari peringkat rendah?
2. Mengapa harga minyak dinaikkan?
3. Mengapa UITM hanya untuk bumiputera?
4. Mengapa sukan & aktiviti ko kurikulum dijadikan antara salah satu syarat untuk masuk ke Universiti?
5. Mengapa KLIA,KL Tower etc dibina?
6. Kelantan sedikit sebanyak membangun, dari mana dtgnya dana? Tahukah anda?

Jwb & kaji beberapa soalan ini.. Baru anda tahu dimana bangsa kita dan apa yang kita patut tahu tapi tidak untuk yang lain demi tdk menyinggung perasaan yang lain kerana kita negara demokrasi. Tapi ketuanan kita masih wujud. Cuma pernahkah kita ambil tahu? Pernahkah kita terfikir mengapa? Semoga Allah selamatkan agama & bangsa kita dari dicabul kedaulatanya.

Tanpa Nama berkata...

Bagus adanya persaingan dlm apa sekalipun kita lakukan.. Sesiapapun memerintah tidak menjadi persoalan.. Apa yang penting agama,adat,tertib,ketuanan & maruah kita sentiasa dijaga agar tidak sewenang2nya dicerobohi dan dicabuli.. Dan pemimpin kita semestinya telus.. Bukan hanya dari manifesto dan pilihanraya kita dpt tentukan baiknya sesebuah kepimpinan tapi dari mata yang melihat,telinga yang mendengar dan tubuh yang bergerak untuk satukan kita..

Dan kita Islam, Melayu, Beradat, Bertatasusila, Negara yang bernilai murni.. perlukah melabel seseorang rejim? kasar bunyinya.. Anda melayu? Anda Islam? Jagalah bahasa yang melambangkan bangsa kita.. Lebih byk bahasa yang lebih manis boleh dicoretkan.. Hanya berkongsi..

anwaribrahimdotcom.blogspot.com berkata...

Ok...byk soalan tentang mcm mana org tua boleh liwat org muda? bayangkan, kakitangan Jabatan PERHILITAN menggunakan ubat pelali yang diberikan secara tembakan senapang patah untuk tewaskan gajah yang bertan-tan beratnya. Jadi, adakah kemungkinan Saiful diberikan sedatif (dadah) utk melemahkannya dan selepas itu perbuatan liwat mengambil tempat?

Dulu, diberitahu dengan yakin, 30 MP BN akan masuk PR, tetapi sekarang tinggal 4? Mana yang lain?

Sesiapa yang tgk rancangan Hujan di TV9, debat antara Mahfuz dan Aziz dengan dipengerusikan Dr. Agus (UKM) pasal kenaikan minyak, pasti terpegun dengan hujah Mahfuz yang penuh fakta dan dia buat research ttg harga minyak dan mekanisma mengekang kenaikan harga minyak utk Malaysia. Anu war ader ke ckp apa yang dia nk lakukan utk mengekang kenaikan harga minyak? Takder kan, setakat cakap kosong je. Camner rakyat nak percaya.

Kenapa baru sekarang timbul ancaman bunuh? Kenapa ancaman bunuh tidak dihebahkan selepas PRU 12 kerana ada khabar angin mengatakan Anu war adalah faktor utama pengundi muda pangkah PR? Padahal, selepas election, makin galak Anu war pegi road tour , time tuh lagilah, semua tempat dia pegi kecoh, dan kalu orang nk bunuh, dh lama upah sniper tembak dia dari jarak jauh. Kenapa selepas je Saiful buat report, dia pergi Kedutaan Turki? Takut ke? Dan kenapa sampai skrg, dlm kenyataan Anu war kepada media, dia tak cakap " Saya tak pernah buat perbuatan liwat ke atas Saiful dan in adalah tipu helah semata"? Saya cuba refer sumber media dari dua2 pihak, BN dan PR tapi takder statement ni dikeluarkan?

Kepada adik2 yang semasa reformasi masih berada di sekolah rendah, meh saya ceritakan sedikit. Gelaran Al-[ SENSOR TKO ] kepada Anu war diberikan oleh pemimpin PAS, Mat Sabu dan isu Anu war berjubur ini pernah timbul dalam Majalah Keluaran PAS, Tamadun pada 1998. Tamadun diterbitkan oleh syarikat yang sama mengeluarkan Harakah. Time artikel Mat Sabu diterbitkan, Anu war masih dalam UMNO. Nak kata Mat Sabu tipu? Mat Sabu adalah antara orang yang rapat dgn Anu war sampai jadi driver Anu war. mesti dia tahu sedikit sebnyak pasal kelakuan Anu war yang Maha geli ni. Cari, jangan tak cari majalah tuh utk baca apa yang Mat Sabu tulis pasal kegiatan Anu war Kaki Jubor. Kalu nak clear lagi, tanya sendiri kat Mat Sabu kenapa dia tulis cerita tu?

Kepada mereka yang memuja blog Najwan, riwayathayat.blogspot.com, ingin saya bertanya, kenapa post ke-3 pasal musang dikeluarkan olehnya atas arahan Pejabat Anu war (ini didakwa oleh MatKeri)? Adakah kerana Saiful ini jambu orangya dan Anu war tak mahu jambunya ini terus dikacau oleh Najwan? Saiful tinggal di sebuah kondominium mewah. Sapa yang spionsor dia? Adakah Anu war? Tak munggkin oleh konspirator BN kerana sebagai staff Anu war, Saiful semestinya akan mengesahkan dimana temnpat tinggal dia dan sbg ahli politik, takkan Anu war tak menyuruh pihak2 berkenaan utk menyiasat siap dia Saiful? Gambar yang Wan Azizah tunjuk tuh dh lama ada dalam blog najwan. Bermakna, dh lama org2 PKR tahu tentang latarbelakang Saiful dan semestinya dh diberitahu kepada Anu war. Tapi tak berhasil tindakan mereka utk singkirkan Saiful dari Pejabat Anu war. Hasilnya, Saiful telh dinaikkan pangkat oleh Anuwar, jadi PA. Adakah Anu war tolak segala tohmahan orang kuat PKR semata-mata nak melayani nafsu buasnya? Saya hanya meletakkan soalan, bukan jawapan. Fikirkan
Saya rasa smpi setakat ni dulu. Kalu sapa2 nak cabar, silakan

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com