Iklan

Khamis, Februari 21, 2008

Gelombang Tsumadi Melanda Balik Pulau


"Saya tidak bertanding kerana hendakkan jawatan atau wang, rezeki saya sudah cukup sebagai peguam, tetapi yang menggerakkan hati kecil saya untuk bertanding adalah bagi membantu saudara mara saya, jiran tetangga, orang-orang kampung di sini."
-Yusmadi Yusoff
Khabarnya, gelombang tsumadi kini sedang melanda Balik Pulau. Anak kelahiran Kampung Jalan Bahru bernama Yusmadi Yusoff sedang rancak mengelilingi kawasan sekitarnya dengan membawa harapan baru buat rakyat setempat.
Madi, panggilan mesranya di kalangan teman-teman. Bersahaja, gemar berjenaka dan punyai wawasan tersendiri tentang kepimpinan. Saya mulai mengenal beliau melalui reputasinya sebagai seorang peguam muda yang berjaya. Sewaktu di Sabah beberapa bulan yang lalu, Yusmadi antara teman yang paling menyenangkan.
Untuk dua minggu mendatang, Yusmadi yang mendapat jolokan sebagai Barack Obama Malaysia bakal lelah berkempen sebagai calon kerusi Parlimen Balik Pulau. Khabarnya lawan beliau ialah Nor Mohamed Yaakop, Menteri Kewangan Kedua.
Nah! Buat anak muda yang perlukan idola, Yusmadilah orangnya. Lupakan saja Khairy Jamaluddin. Beliau hanya layak jadi idola untuk Mat Rempit.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga berjaya Yusmadi!!
Jangan jadi macam Madi watak cerita Remp-It..

Tanpa Nama berkata...

PRU-12 mencetus kebangkitan anak muda dan anak-anak ahli politik terkenal...

Tanpa Nama berkata...

Siapa Yusmadi?apa yang nak diperjuangkan?