Iklan

Ahad, Februari 10, 2008

Cukuplah Pak Lah...Undurlah!

Saya kira sampai di sini saja baiah saya terhadap kepimpinan Abdullah Badawi.
Empat tahun lalu, saya menghias kamar bacaan saya dengan potret beliau, sebaik sahaja Mahathir menyerahkan fail tugasan Perdana Menteri kepadanya. Waktu itu saya kira, Abdullah bakal membawa sinar baru kepada negara. Malaysia yang lebih progresif, terbuka dan berdaya saing.
Mac 2004, Barisan Nasional menang bergaya dalam Pilihanraya Umum ke-11. Lebih 90% kerusi Parlimen dikuasai mereka. Hadi Awang tumbang di Kemaman. Terengganu mendapat Menteri Besar baru bernama Idris Jusoh. Abdullah kemudiannya mengisytihar agama baru Malaysia---Islam Hadhari, ditunjangi 10 rukun. Seterusnya beliau sibuk mengelilingi dunia menjaja doktrin baru ini. Saya mulai curiga.
September 2004, Anwar Ibrahim bebas. Abdullah dirai sebagai seorang yang baik hati dan berbudi. Beliau khabarnya sampai menghantar menantunya sendiri untuk menyampaikan salam kebebasan buat Anwar. Mungkin kala itu Najib cukup resah. Pun begitu, Abdullah tetap gah. Belum puas menghirup udara kebebasan, Anwar dicerca sebagai pengkhianat Umno, ditutup pintu keahlian oleh Hishammuddin Hussein. Barangkali Hisham juga resah. Dan saya bertambah gelisah.
Mei 2006, Mahathir Mohamad membidas kepimpinan Abdullah. Lemah dan tidak berdaya saing. Khabarnya Malaysia ditadbir atas buah akal menantu lulusan dari Eropah. Anak pinak Abdullah dicemuh kerana membolot kontrak-kontrak kerajaan. Abdullah menafikannya. Kata beliau: "Saya tak tahu". Gila. Apakah ini jawapan dari seorang Perdana Menteri. Saya mulai sangsi. Dan potretnya di kamar bacaan, saya humban ke bakul sampah.
April 2007, Barisan Nasional menang di Ijok. Kejayaan yang jijik dan hina. RM 100 juta dipertaruh semata-mata untuk membuktikan bahawa Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat sudah tidak relevan. Saya turut jadi mangsa. Dikasari mental dan fizikal umpama haiwan oleh mereka yang berjuang untuk ketuanan Melayu. Jiwa mulai membara.
Sepanjang 2007, Abdullah semakin hilang arah. Beliau melatah dan meragam entah apa. 9 November, dicabarnya rakyat: "Saya pantang dicabar!". Esoknya, 50 ribu rakyat memulangkan paku buah keras kepadanya. Kuala Lumpur kekuningan. Rakyat mulai bangkit meluahkan kemarahan. Dua minggu menyusul, saudara-saudara berbangsa India pula memprotes. Singgung mereka, pemerintah meminggirkan ehwal India. Seterusnya, lima dihumban ke Kamunting, ditahan tanpa bicara.
Hari ini, Abdullah semakin hilang arah. Ekonomi negara tidak menentu. Inflasi meningkat. Harga barang melambung. Kerajaan beliau kini memburu mandat untuk menaikkan harga petrol pula. Sindir mereka, adalah bodoh jika pembangkang mengatakan bahawa harga petrol bisa diturunkan dalam situasi pasaran dunia yang melonjakkan harganya. Anwar menjawab, harga petrol bisa diturunkan jika sekiranya kewangan negara diurus dengan baik.
Beberapa hari lalu, Mahathir menyeru agar pengundi kali ini jangan mengundi calon yang rasuah, korup. Undi calon, bukan parti. Barangkali Mahathir kini resah. Katanya, Abdullah hanya Perdana Menteri untuk sepenggal, itu janji antara mereka lima tahun lalu. Ah, Mahathir tersilap. 'Lembu' yang disangkanya boleh dicucuk hidung dan ditarik-tarik ini rupanya punyai nafsu rakus untuk terus merumput. Berkuasa.
Saya mahu perubahan. Sukar rasanya untuk membiarkan diri dipimpin oleh seorang yang 'tidak tahu' dan gemar tidur dalam majlis. Saya kira sampai di sini saja baiah saya terhadapmu Pak Lah. Cukuplah sepenggal. Cukuplah Pak Lah...undurlah!

5 ulasan:

din merican berkata...

Satu penggal cukup lah, Pak Lah. Rehat kerana anda sudah "kerja" kuat, terbang ke sana sini, berjoli. Jadi baik berhenti sebelum negara kita lingkop.

Tanpa Nama berkata...

Book ban: the two faces of Islam Hadhari
Ismail Che Yahaya (Malaysiakini.com, Feb 11, 2008)

On Jan 29, the Malaysian government banned 11 books, one of them The Two Faces of Islam: Saudi Fundamentalism and Its Role in Terrorism authored by Stephen Schwartz, a Muslim convert.

Schwartz suggested that ‘Saudi-Wahhabi agents’ in Malaysia had become alarmed by the publication of the book in Bahasa Indonesia, Dua Wajah Islam.

In a protest statement against the Malaysian ban, Schwartz commented: ‘It’s contemptible and, frankly, reveals the backward-looking attitudes of authorities in Malaysia, a country which prides itself on its alleged modernisation as an economic tiger.

‘In reality, books cannot be banned today. They are smuggled, pirated – especially in Southeast Asia – downloaded, and, in the case of my book, can easily be imported from Indonesia and read by Malaysians who do not know English’.

Regardless of Schwartz’s wild guess, book banning in Malaysia of late has gone beyond ‘Saudi- Wahhabi agents’.

Before The Two Faces of Islam, the Internal Security Ministry banned four titles on religious fundamentalism over two years. They are: Islamic Fundamentalism since 1945 (banned on 7 June 2007), Feminism and Islamic Fundamentalism: The Limits of Postmodern Analysis (26 April 2007), The Battle for God: Fundamentalism in Judaism, Christianity and Islam (8 June 2006) and, A Fundamental Fear: Eurocentrism and The Emergence of Islamism (8 June 2006).

See the ministry’s full list of banned books here.

Islamic fundamentalism is a broad phenomenon, not solely engineered or funded by the Saudi regime. In fact, fundamentalism is no longer a Christian or Muslim political landscape. It has gained currency and inflicted other religions too.

Karen Armstrong, in her banned book, describes religious fundamentalism of the 20th century as a response to modern, liberal, materialist globalised civilization. She writes: ‘The West has developed an entirely unprecedented and wholly different type of civilisation, so the religious response to it has been unique’.

Religious fundamentalists, she elaborates, ‘have absorbed the pragmatic rationalism of modernity, and, under the guidance of their charismatic leaders, they refine these ‘fundamentals’ so as to create an ideology that provides the faithful with a plan of action’.

Therefore, it is of no surprise that even Buddhism, Sikhism, Hinduism and Confucianism have developed fundamentalist factions.

That is why I find the banning is so overwhelming in that it shows the ‘two faces’ of Islam Hadhari as formulated by our present prime minister. On one hand, he tries to promote more tolerant, progressive and moderate Islam but on the other hand, his government has time and again banned such scholarly books on fundamentalism.

Does it mean our government is protecting and nurturing a fundamentalist mindset among Muslims? Has his Islam Hadhari project been infiltrated by fundamentalist elements in his bureaucracy?

http://www.malaysiakini.com/letters/77904

Tanpa Nama berkata...

Kamu semua buta hati dan mata. Paklah merupakan pemimpin yang terbaik yang dapat mengemudi negara kita ke arah Islam syumul dan hadhari. Kenapa ingin membantai Khairy Jamaludin? Kamu semua memang buta hati tak melihat jasa dan pengorbanan kepada bangsa kita!
- Ketuanan Melayu No.1

Tanpa Nama berkata...

Kamu semua buta hati dan mata. Paklah merupakan pemimpin yang terbaik yang dapat mengemudi negara kita ke arah Islam syumul dan hadhari. Kenapa ingin membantai Khairy Jamaludin? Kamu semua memang buta hati tak melihat jasa dan pengorbanan kepada bangsa kita!
- Ketuanan Melayu No.1

sekopi berkata...

jika benar pm kita berundur, dan penggantinya semestinya dato' najib, menteri keselamatan kita yang menjadi PM. PakLah mentadbir negara dengan latar belakang keluarga yg beragama. benar, mcm2 masalah berlaku di malaysia. namun sedar atau tidak kemiskinan tegar banyak dikurangkan dalam 5 tahun ini. tetapi, masalah sosial tegar masih berleluasa. bohsia, rempit (yg baru mengisi kamus sosial malaysia) dadah (yg masih belum berjaya diatasi). kalau mahu ditulis cukup satu ruangan disini. malah kelantan sekalipon, masalah sosialnya lebih parah di k.b dan bandar2. cukup agenda politik di negara ini tidak berhaluan. jika benar mereka sayangkan anak muda bakal pewaris negara. bantu mereka. tak perlu islam atau tidak pemerintah itu, jika dia dapat mengawal masalah sosial di malaysia. (mahu mencari anak DARA pon susah sekarang bang.)