Bubar Parlimen: Pak Lah Pembohong!
"Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok tak ada pembubaran Parlimen."
Pun begitu, apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya. Ternyata Abdullah Badawi berbohong. Sekitar jam 12.35 tengah hari tadi, bertempat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Abdullah mengumumkan bahawa Parlimen secara rasminya dibubarkan hari ini:
"Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini."
Kenapa perlu berbohong Pak Lah? Jika mahu membikin kejutan sekalipun, janganlah sampai menjatuhkan martabat anda dari seorang pemimpin kepada seorang pembohong. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana pula nanti ketika berkempen untuk pilihanraya, apakah Abdullah akan terus mengamalkan sikap sebegini.
Barangkali Abdullah ingin kelihatan santai dan terus membuat banyak pihak tertanya-tanya serta berspekulasi tentang tarikh sebenar pembubaran Parlimen. Bayangkan, laporan akhbar milik Umno-BN hari ini melaporkan bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan hari ini namun laporan tersebut hanya bertahan kesahihannya sehinggalah jam 12.35 tengah hari tadi.
Apa yang masih menjadi tanda tanya sehingga kini ialah penetapan tarikh penamaan calon dan hari mengundi yang masih belum lagi diketahui. Saya difahamkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bakal mengumumkannya esok. Sama-sama kita nantikan.



3 Ulasan:
tu LAH.. tipo je... aku baje Utusan online pg td.. Pak Lah penafikan parlimen bubar ari nie... alih2 aku refresh je page tu.. kuar brite Pak Lah bubar parlimen... Pstu najib lak umum dividen LTAT paling tinggi dlm 10 taun... ari tu imbuhan untuk felda... divide tabung aji pun naek... memng da rancang gile2 da diorng nie... lg 1.. bua PRU seblum Anwar Ibrhim abis "pantang"... kalau diorng anak jantan da tentu diorng akan lawan Anuar Ibrahim.. tp kite tengok sebliknye berlaku...
Tan Seri Rashid juga kata tidak ada parti baru mendaftar..
Di mana PMN yang bermatian sebelum ini?
PMN boleh bertanding guna tiket bebas.
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
Pautan pada catatan ini:
Buat Pautan
<< Laman utama