Aku lahir di Malaysia, di sebuah negeri bernama Selangor. Aku tidak pernah tahu akan adanya negara bernama Kuwait sehinggalah pada waktu Saddam Hussein mencerobohnya pada tahun 1991. Bapaku seorang penjawat awam, bukan duta Malaysia ke Timur Tengah, Jepun atau Singapura.
Aku mahu jadi seorang warganegara yang baik. Aku bukan Mat Rempit. Juga bukan penagih dadah. Aku tidak berpeluang belajar Falsafah, Politik dan Ekonomi di Universiti Oxford. Aku belajar kejuruteraan di sebuah universiti swasta. Aku juga tidak punya minat bercinta dengan anak Timbalan Perdana Menteri semata-mata untuk memudahkan diriku meraih kuasa politik. Aku pengkagum Anwar Ibrahim, tapi aku tak pernah cuba untuk memikat anaknya, Nurul Izzah.
Aku bersekolah, bermula dari tadika sehingga ke universiti, kesemuanya di dalam negeri bernama Selangor. Pergaulanku luas. Anak Melayu, Cina dan India --- kesemuanya aku berkawan. Aku sayangkan kawan-kawanku. Aku bertutur dengan mereka dalam bahasa Melayu. Aku mahir dan fasih berbahasa Melayu sejak kecil. Kawan-kawan Melayuku ramai dan aku memahami acuan budaya dan kehidupan Melayu. Aku rasa diriku layak bercakap soal Melayu.
Aku juga faham struktur pendidikan negara. Bermula tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke universiti, aku diproses melalui sistem ini. Aku rasa diriku layak bercakap soal pendidikan negara.
Aku minat bola sepak. Tapi aku tak minat MyTeam. Aku minat menonton filem. Salah satu daripadanya berjudul Pontianak Harum Sundal Malam. Tapi aku kurang minat dengan heroin filem itu. Aku minat memandu. Tapi aku tak mampu memandu BMW dengan nombor plat MY10.
Aku belum kahwin. Dan aku harap bakal bapa mertuaku bukanlah seorang yang kaki tidur dan kaki bohong. Aku suka mengkritik. Tapi aku takkan sampai menghina orang sebagai beruk dan monyet. Aku suka bersyarah. Tapi aku takkan sampai bersyarah berapi-api tanpa isi. Aku mahu lihat negara ini maju. Tapi aku takkan sampai hati menjual aset-aset dan harta negara ini kepada pihak lain.
Aku mahu bantu rakyat. Tapi aku takkan sanggup mengaut harta rakyat untuk mengisi kantung kekayaanku sendiri. Aku orang Islam. Bukan Islam Hadhari.
Aku bukan perosak. Aku bukan pengkhianat. Aku bukan penjahat. Aku bukan perasuah. Aku bukan penipu. Aku bukan Khairy.
13 ulasan:
nice piece of writing.
aku juga bukan khairy..!
Pastinya aku bukan Khairy sebab aku tiada ciri-ciri 'seorang' monyet..
aku bukan rahim thamby chik! heheheee
najwan, kalau free jemput sekali sekala singgha blog saya.
Assalamualaikum
Hebat, najwan. Saya jadi saksi bahawa najwan bukan perosak,penghianat, penjahat, perasuah, penipu dan anda bukan KJ. Najwan adalah sa-orang mahasiswa yang cinta kepada ugama, bangsa dan negara. Banyak sukses untuk anda.
Lana tetap lawan.Salams.
untung jadi khairy. dapat harta juta-juta. tapi sebaliknya kesian juga. maruah diinjak-injak!
najwan, jangan gel rambut tuh, nampak lagi cam die huhuhu.
ape barang jadi khairy, tak mat salleh lah camnih! :D
aku bukan juge bukan khairy..!!
sebab aku bukan samseng jalanan seperti si beruk itu...
haha
nice writing bro...
rugilaa korang..jadi khairi laa best
ak sokong ko...that a good piece of writing..truskan usha ko..
najwan, ada dua cara untuk memastikan kau bukan khairy;
1) buncitkan perut
2)botakkan kepala
tapi nanti ko jadi macam aku..
muahahahah
love the way you express this.. so cute!
K - Khianat
H - Haloba
A - Anarki
I - Iblis
R - Rasuah
Y - Yahudi
Best gak...pandai ko buat owh...hehe
Catat Ulasan