Iklan

Rabu, Januari 02, 2008

Skandal DVD Seks Menteri Buka Tirai 2008

Semalam tirai 2008 sudah mulai dibuka. Semestinya yang paling mengujakan ialah kontroversi di sebalik skandal DVD seks yang melibatkan salah seorang pemimpin MCA yang juga merupakan menteri kabinet. Pengakuan serta penjelasan telah pun dilakukan dan umum sudah mengetahui bahawa individu yang dikaitkan dalam skandal tersebut ialah Naib Presiden MCA, merangkap Menteri Kesihatan iaitu Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.
Saya beranggapan isu ini sekadar bersifat peribadi. Ramai teman-teman yang mempersoalkan tindakan Dr. Chua yang tegar tidak mahu melepaskan jawatannya dalam politik dan kerajaan dan hanya menyerahkan nasib beliau kepada budi bicara Perdana Menteri. Kata mereka, perkara ini membabitkan imej dan moral seorang bertaraf menteri dan seharusnya tidak dipandang remeh.
Pada saya, Dr. Chua sudah cukup berani dengan membuat pengakuan, dan memohon maaf kepada umum khususnya kepada keluarga, rakan seperjuangan, penyokong-penyokongnya juga kepada seluruh rakyat Malaysia. Apa pun, saya ingin tunggu dan lihat apakah respon Perdana Menteri berhubung isu ini.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2008!

3 ulasan:

din merican berkata...

Nijwan,

Kita kena berhati hati, dan berdisciplin diri. Jika tidak, susah lah kita. Bukan mudah nak jadi peminpin. Imej mesti dijaga kerana musuh politik adalah banyak.

Saya kenal Dato Dr. Chua dan saya rasa dukacita tentang nasib dan imej beliau sekarang. Orang nya baik dan rajin. Mungkin kareer politik beliau berakhir dengan skandal ini.

MCA pun bolek main kasar untuk menjaga kepentingan Ong Ka Ting dan kroni beliau.

Pewaris Reformasi berkata...

Betul kata Pak Din..

2008 ni aku berazam utk hilangkan lesu aku..

Mai singgah blog aku :)=

din merican berkata...

Najwan,

Dato Dr. Chua sudah letak semua jawatan beliau sebagai MP, Menteri Cabinet dan orang kanan dalam parti MCA.Syabas bagi beliau.

Kita ingin melihat menteri lain yang korup and salahguna kuasa letak jawatan mereka juga.

Lebih baik PKR jadi kerajaan dan kita boleh jadi contoh kerajaan yang terbuka, bertanggungjawab, cekap, dan berjiwa rakyat. Kerajaan sekarang ini sombong dan bongkar.

Pemileh hendak bijak kali ini. Jangan lagi undi parti BN yang di terajui oleh Pak Kadok dari Kelapa Batas.

Pak Din