Iklan

Sabtu, Januari 05, 2008

Membina Salasilah Keluarga

Ketika di Sabah bulan lalu, Khalid Jaafar telah memperkenalkan kepada saya sebuah laman web interaksi yang membolehkan pengguna membina susur galur keturunan keluarganya.
Sudah hampir sebulan saya mengembangkan penggunaan laman web ini kepada ahli keluarga terdekat dan sehingga hari ini, saya sudah berjaya membina salasilah keluarga sehingga moyang saya yang kesembilan dan menyusun hampir 200 orang kerabat (termasuk yang sudah meninggal dunia).
Buat yang berminat membina susur galur keturunan mereka, barangkali boleh mengaplikasikan kemudahan laman web ini. Ianya mudah dan menghiburkan. Sila klik sini untuk proses selanjutnya.

1 ulasan:

robiatul103 berkata...

Salam...Thanx coz share link...
Mmg da lama nak buat bende nieyh...
Tp asl nk move person x ley ek???
bley ajar x???