Iklan

Jumaat, Januari 18, 2008

Mahathir Mudah Lupa


"Saya tak ingat terima apa-apa memo daripada Datuk V.K. Lingam tapi sebagai Perdana Menteri, saya ada terima surat daripada Tun Eusoff Chin walaupun saya tak ingat."
-Dr. Mahathir Mohamad ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan mengenai urusan pelantikan hakim-hakim, 17 Januari 2008

18 ulasan:

din merican berkata...

Najwan,

Is the RCI on the Lingam pita video serious or is it just another Badawi wang kulit or boria Kepala Batas. What do you think, my young friend?

Dr. Mahathir probably awed all of them with his charisma,strength of his personality (mind power) and his status as a former Prime Minister and now a Tun. They could not break him as their questions were mild and not well thought through.The Tun must have a great a field day at the hearing.

What do you think of Tengku Adnan's testimony? Accusing Lingam of being drunk? By the way is this minister a real Tunku (of Royal Blood)or a tongkol?

My cousin Dr Yaccob Merican and his wife Dr Tengku Sofiah Jewa are part of his legal team. They too did a good job.

MODERATOR berkata...

Salam Najwan.

Kita eratkan silaturaheem. Jemput datang ke blog saya. Selalu-selalu mencuba dimensi yang berlainan.

tQ

Tanpa Nama berkata...

Mahathir is a strategist. Buat apa nak reveal semua perkara sebabtu guna alasan lupa. Mahathir tahu apa yang berlaku sebenarnya. Tapi, di dalam politik mana pon, hakim ke, peguam negara ke, polis chief @ siapa2 mestilah akan dilantik yang in favor tu government aspiration. Soal promosi ni bukan saja si Lingam tu buat, ada lagi pihak lain yang melobi.

Jika Anwar Ibrahim naik PM dan tak lawan Mahathir, Anwar akan buat perkara yang serupa juga. Anwar sekarang bercakap ttg ketelusan dan sebagainya tapi aku tidak percaya yang beliau akan amalkan ketelusan seperti yang diperjuangkan.
Bila Anwar Ibrahim berada di dalam UMNO dan kerajaan, dia telah menjadi harapan Dr.M sejak 1980an dia masuk UMNO dalam meneruskan agenda pembangunan Melayu, kerana Melayu merupakan yang terbesar kaum di Malaysia ini. Apa2 masalah ekonomi negara perlu diselesaikan melalui pembangunan transformasi kaum melayu untuk ke bidang yang lebih berjaya.
Apabila Anwar naik jadi Finance Minister, pada mulanya okay, tapi towards the end, polisi IMF yang Anwar terapkan telah membantutkan ekonomi Malaysia apabila Anwar naik interest rate sehingga memamposkan peniaga2 tak kira Melayu, Cina dan India di Malaysia.
Ramai peniaga kecil, sederhana gulung tikar dan yang peniaga besar pun kena kesan penangan doktrin Ekonomi Anwar yang terbukti salah.
Memanglah bila naik interest rate, pelabur asing datang ke Malaysia..tapi apa guna tarik pelaburan jika dalam negara sendiri rakyat kita tenat? Bila interest rate yang Anwar naik sampai berbelas % diturunkan ke asal, NPL (Non Performing Loan) dapat di cover dan hasilnya tanda pemulihan dapat dilihat.
-Kakiberuk

Pewaris Reformasi berkata...

Kaki Beruk,

Agak melucukan. Sdr sepatutnya menanggap isu ekonomi 1997 yg membawa kebobrokan politik 1998 di kebanyakan negara Asia dgn lebih jernih.

Soal Anwar akan berlaku serupa seperti Mahathir hanyalah sangkaan2 senget kerana Anwar tak pernah jadi PM pun hingga kini! Sebab itu sdr harus melihat reformasi dari konteks yg lebih jernih. Ia soal pemerkasaan rakyat! Justeru, apa takut jika bagi peluang Anwar naik? Susah sangat nak jatuhkan jika dia teruk? Pak Lah yang terbukti hampeh pun korang tak berani, maksudnya rakyat tak cukup perkasa!

Pak Din,

Suruhanjaya Kehakiman ini hanya 1 alternatif. Elok kita berbaik sangka dan melihat seluruh prosesnya dgn lebih jernih. Walaupun saya punya alasan kukuh untuk tidak berbaik sangka, saya fikir ia terlalu awal. Dan kita juga mesti hati-hati. Ia bukan soal Anwar-Mahathir untuk saya, ia soal sistem! Cuma yang jelas komited di sini ialah Anwar..

Tanpa Nama berkata...

Pewaris Reformasi, aku akui kebanyakan negara asia terkena kesan serangan ekonomi melalui matawang. Pada masa itu, IMF telah menasihatkan semua negara termasok Malaysia dengan doktrin IMF untuk semua negara. Kenapa Anwar sebagai Finance Minister menerima nasihat bulat2 dari IMF sedangkan kita tahu acuan resipi ekonomi IMF akan mengakibatkan negara Malaysia teruk jatuh mendadak, para peniaga akan ranap dan hasilnya sudah tentu sharikat asing akan beli sharikat2 Malaysia yang dah nak mampos? Malaysia terkena kejatuhan ekonomi akibat daripada kegiatan spekulasi matawang dan bukannya isu-isu kronisme, nepotisme dan corruption yang menyebabkan ekonomi negara runtuh. Kita masih berada di tahap yang tidak menjuru kearah itu dengan teruk sekali.

Jika mengaitkan tentang isu kronisme dalam pembahagian kontrak kerajaan, aku nak tanya kenapa geng2 Anwar Ibrahim dapat kontrak sangat banyak? Jika benar kata kerajaan pada ketika itu mengamalkan favoritism to Malay, kegiatan kronisme melampau, mengapa geng Anwar bersepah2 dapat kontrak penting kerajaan? Anwar perjuangkan "keadilan" tetapi dia sendiri berada di dalam sistem yang direka oleh UMNO dan Kerajaan BN pada ketika itu. Kita perlu balik kepada soal yang asas, DEB memang favoritism to Malay kerana Kerajaan nak mengimbangi kek ekonomi negara. Sekarang ini, anwar mewar-warkan gagasan baru AEB, dan menghentam DEB yang pernah dia dokongi. Aku boleh terima Anwar kritik DEB dan menggagaskan AEB, kerana aku lihat AEB itu bagus dan idea yang bernas. Apa yang aku kurang puas hati ini bila Anwar dulu cakap lain sekarang cakap lain.
-kakiberuk

Tanpa Nama berkata...

Sdr Kakiberuk,

Buktikan tuduhan saudara itu. Mengapa sehingga kini tidak ada sebarang pertuduhan rasmi daripada mahkamah berhubung perkara tersebut?

Tanpa Nama berkata...

Anonymous, di sini aku meminjam kata-kata Dollah Badawi untuk kau.
" Anonymous, I don't know, I'm not involved"

Meminjam kata-kata Tun Dr. Mahathir " Hmm, I forgot"

hahahaha!

-Kakiberuk

bumilangit berkata...

jika lupa itu lambang seorang strategis,
maka aku seorang strategis dari bangku sekolah kerana sering guna ALASAN lupa buat kerja rumah.

Pewaris Reformasi berkata...

Kaki Beruk,

Kdg2 aku malas nak bual dgn org macam kau, tp aku layankan jerla.

Kalau kita tgk semula krisis ekonomi 1997 dan negara Asia, boleh dikatakan semua langkah kawalan yg dicapai berjaya! Boleh tunjuk tak kat aku kat mana deskripsi IMF itu gagal? Jika IMF itu tak diterima dan jadi sbb Anwar dibuang, nampak sgt kerajaan Mahathir tak ada telur, takleh buat keputusan sepenting itu dalam mesyuarat! Sebahagian deskripsi yg bersifat anti rasuah tu pun krn IMF anjurkan, haruskah kita buang buta2? Come on man, ingat key word aku - pemerkasaan rakyat!

Mahathir atau Anwar, jika kita dipanjangkan usia, kedua2 mereka insyaAllah akan pergi dulu dari kita. Kita yang harus peka dan belajar jadi berani buat keputusan. Dari keadaan sekarang, kita harus berani pilih mereka yg dapat wariskan pada kita terbaik dari apa yg ada. Cerita2 IMF ini hanya cerita pemuda UMNO taraf JKKK sampai mat rempit je, tp Menteri UMNO-BN pun mcm JKKK je otak, harap ada duit lebih sikit je dpt naik!

Tentang kroni Anwar, antara rujukan menarik, kau boleh baca saman cerita saman Rustam Sani.
Untuk aku, kroni bukanlah masalah besar. Sudah tentu sbg kerajaan kita nak projek berjaya, dan kita kena kenal bisnesman yg boleh jayakan projek kita. Itu asas penerimaan aku berkaitan kroni.

Tapi isunya kroni yg mcm mana? Kalau bailout duit rakyat yg bukan sekupang dua tu kat anak beranak, lulus projek pd anak yg baru bertatih, apa cer? Yg dah terang lagi bersuluh tak mau sibuk, yang samar2 korang kalut nak jadikan isu! Come on man, jgn nak tunjuk independent sampai tak tau punca!

Tanpa Nama berkata...

Kaki Beruk,

Kau ni betullah, memang UMNO sejati. Bodoh Dulu, Kini dan selama-lamanya. Kenapalah nak taksub sangat dgn Madey tu? Dia bukannya bijak sangat pun.

Kaki Beruk,

Kau cubalah buka minda kau seluas-luasnya, Madey yg kau banggakan tu pun ckp yg UMNO ni dah paralysed, lumpuh. Nak sokong buat apa lagi? Nak buat perubahan dari dalam? Berangan jela..kalau dah taik tu, taik la jugak!

Aku bukan apa Kakiberuk, aku sebenarnya lama dah baca komen-komen kau, mmg nampak sgt yg kau ni taksub madey.

Dulu seingat aku kat blog ni ada satu mangkuk nama dia Kekuatan Umno Putera. Mangkuk tu ProKhairy. Sbb dah malu giler kena tibai dgn Najwan kat blog ni, si KUP tu pun dah takde dah.

So skrg ni kau nak main peranan si bahlul tu pulak la yek? sudah2 la tu Kakiberuk, umno dah tak relevan dah pun.

Kau pun..dari gaya berckp, mmg betul la kata Pewaris Reformasi kat atas ni..tarat kau mcm pemuda umno cawangan je..

aduhai..kesian aku dgn budak2 umno ni!

Tanpa Nama berkata...

Wahai Anonymous, memang aku UMNO sejati pun tapi aku takdalah extrim macam sokong UMNO buta tuli. Aku neutral je.

Taraf gaya bercakap macam pemuda UMNO cawangan kata kau anonymous? hehe! Suka ati kolah nak kata aku taksub Tun Dr. Mahathir ke apa. Sebab Tun bijak la aku suka kat dia, wahai saudara Anonymous. kau cakap Mahathir tak bijak dari segi apa?

Mungkin kau pemuja Anwar, mungkin Nik Aziz ke atau sesiapa pun tapi itu merupakan hak sesiapa pun nak suka @ tidak suka pemimpin yang disanjungi. Aku rasa bukan aku sorang je sokong Mahathir, ramai lagi. Sokong dia sebab kerana jasanya. Aku tahu kau pun mempunyai idola yang tersendiri.

Okay, janganlah membandingkan aku dgn KUP yang ekstrim tu..,aku bukan macam dia pro-khairy main hentam je siap dia cakap macam orang gila.
Ada ke kenyataan aku menyindir forumers lain macam KUP. aku bercakap semua ttg isu dan bukan tuduhan.

Pewaris Reformasi, kalau IMF doktrin tu berjaya, kenapa cara acuan Mahathir itu berjaya bawa ekonomi Malaysia pulih lagi cepat berbanding lain? kenapa ramai peniaga mampus dan bangkrap bila polisi Anwar masa jadi Finance Minister tak menjadi?

aku ingat keyword kau, Pemerkasaan rakyat tu. Apa dasar Kerajaan under Mahathir since 1981-2003 bukan memperkasakan rakyat langsung ke? Bukankah dasar ke arah membawa Malaysia menjadi negara perindustrian keluar daripada sebuah negara Pertanian telah berjaya membawa Melayu keluar ke dari kepompong lama untuk mencari peluang pekerjaan baru, serta belajar ilmu sains dan teknologi di Malaysia?

Lihat, bagainmana kejayaan kita keluar dari krisis ekonomi (1984-1987) dan juga krisis ekonomi (1997-1998) dgn jayanya hasil dari kepimpinannya.

Kenapa Dr.M mengasaskan MTEN Majlis Tindakan Ekonomi Negara setelah melihat Ministry of Finance under Dato Seri Anwar gagal dalam usaha membantu memulihkan keadaan ekonomi Malaysia pada ketika itu?

Kawalan Modal Matawang telah menyebabkan RM dapat dikawal dari didagangkan sewenang-wenangnya dan juga untuk mengelak spekulasi matawang yang akan menjejaskan ekonomi negara.

Ekonomi Malaysia merosot kerana spekulasi matawang, dan bukan pasal faktor lain seperti tuduhan Anwar Ibrahim dan media barat yang hentam Malaysia amalkan Kronisme, Nepotisme dan korupsi macam Indonesia. Malaysia pada ketika itu masih tak teruk macam tu.

Kenapa apabila Mahathir arah senaraikan semua tender kerajaan pada perhimpunan UMNO 1998, Anwar tak counter back? Sebab sebelum itu dia suruh Dato' Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda UMNO pada ketika itu memainkan isu tentang kronism, Nepotism, Corruption di peringkat tertinggi agar akan ada pemberontakan tidak puas hati dikalangan orang UMNO dan pemimpin untuk undurkan Mahathir dari kerusi PM..secepat mungkin sebab Anwar kata dah lama sangat si tua nyanyok dok kat situ..aku pun nak naik gak hehe!

Pewaris Reformasi, aku hargai pendapat kau, nantila one day aku ulas tentang Kawalan Modal Malaysia vs Doktrin IMF. Terpulang kepada kau la nak menerima @ tidak pendapat aku, 1 day aku akan ulas tentang apa yang berlaku dalam 1997-1998. okay dude, I'll see u soon!

-kakiberuk

Pewaris Reformasi berkata...

Good attempt kaki beruk.

Aku tak kisah pun kau nak sokong UMNO ke apa, aku lebih pentingkan sistem. Aku hanya akan kritik UMNO dari segi sistem sebab aku percaya nama UMNO, PAS, PKR dan lain2 hanya lambang yg boleh ditukar.

Elok la tu, aku nak tunggu gak copy paste kau ttg IMF tu. Dakwaan kawalan modal lebih baik dari IMF tu agak melucukan. Untuk aku, bukan soal IMF atau kawalan modal, tetapi apungan pasaran pada saat itu yg menjadikan semua pendekatan berjaya!

Nanti aku harap kau dpt tunjukkan kununnya dakwaan kau ttg kawalan modal itu lebih berjaya dr dasar IMF yg diambil oleh sebahagian negara lain. Juga tunjukkan juga pendekatan2 negara lain yg tak ambil kedua pendekatan tersebut. Elok aku sebut, aku tak pro IMF, tp beberapa deskripsi dlm IMF tu patut kita setuju. Dan kerana sefaham aku pendekatan2 yg sgt pelbagai dlm usaha pemulihan ekonomi di rantau Asia, terbukti faktor pasaranlah yg membolehkan semua pendekatan berjaya.

Nampaknya sdr tak baca kenyataan saya berkaitan kronisme..harap dpt baca semula dan faham sejelasnya.
Juga harap sdr berusaha sedikit baca kenyataan Rustam Sani bila namanya juga Mahathir naikkan krn Anwar tak pernah lulus pun projek dia tp lepas Anwar kena pecat Mahathir luluskan!

Come on kaki beruk, kronisme mcm aku ckp tak ada masalah krn aku percaya kerajaan perlu kenal bisnesman yg nak jayakan projek kerajaan, bukan mcm zaman Pak Lah bocor sana bocor sini krn Ali Baba dan Rasuah. Tapi mcm aku sebut, bisnesman yg mcm mana?

Kenapa bailout kepada anak TDM berkali2? kenapa Rafidah jd pengerusi luluskan projek utk anak dia?

Kematangan dituntut. Personally aku x ada masalah pun nak menerima yg baik dan benar. Dokongan aku terhadap reformasi cukup jelas, tanpa selindung di mana-mana..kerana aku percaya negara Malaysia perlukan perubahan.

Tanpa Nama berkata...

good point from u pewaris reformasi. nanti aku ada bahan tu aku tulis kat sini. kena tunggu sikit. papehal, aku akan tulis benda tu, sbb aku pengunjung setia blog Najwan yang best ni!
-kakiberuk

Tanpa Nama berkata...

tgk gaya..cam kakiberuk nye ayat membina dan bernas sedikit berbanding perwaris reformasi..xtau aa kot2 ayat kakiberuk tu sume copy paste bak kata perwaris reformasi...tp xpe..aku tunggu perdebatan korg dua pasni

Tanpa Nama berkata...

lama juga kakiberuk ni cari info. ingatkan semua dah dalam poket berkokok kuat sangat..hmmm

Tanpa Nama berkata...

ala relaks ah! Aku pun ada kotak berguni2 ni nak cari kekhilafan strategi Anwar Ibrahim dalam menanagani krisis ekonomi Malaysia 1997-1998. Aku ngaku aku bukan expert semua benda dalam isu tu, aku pun kena rujuk balik buku2 ekonomi, artikel sebelum aku tulis kat sini. Dulu2 aku slalu argue ngan member aku masa awal 2000-2003 ttg tu. Skrang aku "tak ingat". kang aku tulis tersalah kang ko hentam aku lak..Relaks2 nanti aku akan dedahkan satu persatu seperti kes video lingam tu hahaha! Kalu ko tak sabar sangat nak tunggu aku, aku hanya boleh kata kat korang " I dont know, Im not involved..kui!kui!"
-kakiberuk

Tanpa Nama berkata...

Tak apa. Moga kau dapat tunjukkan IMF gagal dan hanya kawalan modal berjaya. Khilaf Anwar aku pun boleh tunjuk. Banyak lagi khilaf ahli politik kerajaan kenapa dibiar terperuk?

Mereka bukan insan suci!

Tanpa Nama berkata...

Mereka bukan insan suci.. Anwar atau Dr M.. politik adalah politik.. korang takkan tau kalau korang masih kat bawah..
ckp mcm pakar..mcm orang duk semeja dgn Dr.M dan anwar masa dorang memerintah..Masa tu pon korang duk ikut je bontot depa..tetiba je skang bukan main pandai..
semua fakta boleh diputar belit.. ckp ape pon kalau org yg dengar tu tak tau pasal benda tu.. peratusan utk org tu percaya kata ko tu memang tinggi..
PKR wujud lepas Anwar anggap diri dianiaya.. lambat pickup kot..
ntah lah.. politik2.. lepas di dunia kemana agaknya kita?
antara dunia dan akhirat mana agaknya lebih penting?

-Si Pembosan politik Malaysia..

p/s+- saje singgah tgk persembahan politik..