Iklan

Selasa, Januari 29, 2008

Kakitangan UNITEN Dilarang Baca Blog

Saya sempat bertukar dialog dengan seorang pekerja automotif di perusahaan tempat saya menjalankan kajian projek tahun akhir pagi semalam. Bicara kami berkisar tentang isu-isu semasa merangkumi politik, kenaikan kos sara hidup serta skandal penyelewengan dalam badan kehakiman negara. Kesedaran golongan berpendapatan rendah seperti beliau jelas mengejutkan saya. Capaian internet sememangnya sukar bagi beliau pun begitu kesedarannya dalam meneliti laporan songsang akhbar-akhbar milik pemerintah cukup membanggakan.
Tegas beliau, rakyat bukanlah bodoh seperti yang disangka. Golongan bawahan seperti buruh dan pekerja industri juga punyai pertimbangan dan kebijaksanaan sendiri dalam menilai isu terutama apabila berhadapan dengan propaganda picisan media milik pemerintah. Optimisme saya semakin meningkat melihat perkembangan ini.
Petangnya selepas kuliah, saya menghadiri majlis ramah mesra dan dialog dengan pimpinan perwakilan mahasiswa universiti. Apa yang mengejutkan ialah kehadiran Timbalan Naib Canselor (HEP), Prof. Ghazali Abod yang menjadikan majlis tersebut sebagai platform beliau untuk mempertahankan dasar-dasar dan polisi pentadbiran universiti yang semakin mengelirukan dan membebankan aktivisme mahasiswa. Majlis yang seharusnya menampilkan sesi dialog bersama pimpinan mahasiswa bertukar menjadi sesi pertanyaan bersama Timbalan Naib Canselor. Apa yang mengecewakan ialah bila mana persoalan yang dibangkitkan oleh mahasiswa dipesongkan beliau melalui respon naif dan tidak meyakinkan.
Prof. Ghazali turut menzahirkan kemarahannya terhadap fenomena blogging di kalangan mahasiswa Uniten yang semakin rancak sejak akhir-akhir ini. Blog-blog mahasiswa dikecam sebagai memberikan impak negatif kepada imej universiti. Beliau kemudiannya secara lantang mengumumkan polisi barunya yang melarang semua kakitangan universiti daripada melayari, membaca dan memberi respon terhadap blog-blog yang dikendalikan oleh mahasiswa kampus.
Majlis berakhir jam 11.30 malam dengan pelancaran laman web pimpinan mahasiswa serta buletin khas yang bakal diterbitkan kelak. Saya ucap tahniah atas perkembangan ini. Mudah-mudahan pimpinan mahasiswa akan lebih komited dalam usaha memperjuangkan isu-isu yang meyentuh kebajikan mahasiswa. Usah ulangi kecelaruan pimpinan terdahulu!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semua orang Uniten diminta pindah ke UiTM, lagi murah, bagus dan bernas dari korang duduk kat Uniten takleh baca blog haha! lagi tak bagi orang baca blog, lagi tu orang akan gali makllumat di blog2 tu!
Macam cerita lucah xxx, lagi tak kasi tengok, lagi tu kita akan buat dicovery mana channel nak dapatkan benda2 haram tapi seronok tu hahaha!
-kakiberuk

Tanpa Nama berkata...

kemenangan diri telah dicipta apabila anasir-anasir luar terpaksa menjatuhkan martabat seseorang dengan perbuatan yang sememangnya tidak releven dan busuk....

opsss tanpa nama....

Tanpa Nama berkata...

boleh x terangkan pasal "buletin khas yang bakal diterbitkan kelak"? Buletin apa erk?..huhu~